Isi Kandungan
ToggleMemiliki sebuah rumah di usia muda sudah menjadi impian ramai anak muda masa kini, jika bijak mengatur kewangan anda, sudah pastinya dapat memiliki rumah idaman. Sharul Azwan berkongsi rumah lama yang di beli beliau kini sudah menjadi sebuah rumah baru. Menukar wajah baru untuk kediaman rumah milik peribadinya ini hanya bermodalkan RM 40,000.
Beliau cukup bijak berbelanja, tidak gopoh dalam merialisasikan apa yang diinginkan. Kata Sharul kediaman ini di buat secara sedikit demi sedikit untuk mendapatkan apa yang diingininya. Ilham dan idea ini beliau dapat dari menonton drama dan juga filem lama sebelum ini. Minat untuk menghias dan mendekorasi rumah cukup menebal dalam diri beliau. Lihat hasil sentuhan dan idea beliau pasti anda juga terinspirasi dengan cara dan ideanya.
Sebelum
Selepas
Gambar Perkongsian Shahrul Azwan @_rumah16
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Banglo 3200Kps ‘Mediterranean Style’,”A House That Make You Feel At Home”
Isi Kandungan
Toggle“A house that make you feel at home”. Definisi rumah bagi pemilik kediaman ini. Begitulah seharusnya pengertian bagi sesebuah kediaman, mampu membuatkan penghuninya rasa tenang dan bahagia apabila berada di rumah sendiri.
Saat pertama kali IMPIANA melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini laman media sosialnya, hati sudah terpesona. Memang cukup indah dan mendamaikan konsep dekorasi yang dipilih baik di dalam rumah mahupun di laman.
Sungguh pemilik mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menghias rumah banglo berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terletak di Johor ini. Malah walaupun tanpa latarbelakang dalam bidang hiasan dalaman, setiap cetusan idea dekorasi rumah hanyalah daripada kreativiti pemilik sendiri dan gandingan hebat suami yang handal bertukang. Hasilnya, memang cukup sempurna.
Konsep Rumah ‘Mediterranean Style’
Bagi pemilik, ruang balkoni dibina tidak begitu besar bertepatan dengan rumah berkonsep ala ‘Mediterranean Style’. Malah konsep dekorasi juga mengikut citarasa sendiri asalkan sedap mata memandang. Malah menggandingkan konsep baru dan lama untuk dekorasi rumah.
“Rumah kami ni boleh dikatakan ala Mediterranean style. Jadinya balkoni kami tak seluas balkoni rumah-rumah di Malaysia,”
“Mempunyai konsep deko yang sedap di mata saya memandang. Saya follow trend tapi tidak sampai terlampau mengikut sangat. Nak kata “old school” saya ni boleh lah jugak. Saya suka mix old and new but definately no for modern concept,” ujarnya.
Perancangan Masa Hadapan
Spesifikasi ruang kediaman ini mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, ruang laundry, pantry dan 1 ruang dapur. Perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk membuat ‘outdoor kitchen’ untuk kegunaan apabila berkumpul seisi keluarga.
“Saya hanya ada 1 kitchen sahaja sebab dulu fikirkan membazir ada dry kitchen. Buat cantik-cantik tapi tak guna. Cuma sekarang plan nak buat outdoor kitchen untuk family buat BBQ atau steamboat. Tapi ini perancangan projek akan datang. Perlahan-lahan kami buat, sebab kami buat sendiri. Saya design dan suami yang bertukang,” ujarnya.
Tahniah buat pemilik sekeluarga yang berjaya menjadikan “A House That Make You Feel At Home”. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam mendekorasi rumah sendiri.
Nama Pemilik:Roszita Md Khairi & Azman Jamaludin
Jenis Kediaman: Banglo 2 Tingkat
Usia Kediaman: 5 Tahun
Lokasi: Johor
Keluasan Kediaman: 3200 kaki persegi
Spesifikasi Ruang: 6 bilik + 6 bilik air dan 1 dapur
Konsep: Mediterranean Style
Mesti Baca:Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Baca Lagi Di Sini:Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tapi Cantik Yang Sesuai Untuk Anda
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
BACA:10 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membina Ruang Dapur
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI