Baru-baru ini, pakar hartanah dan kewangan, Azizul Azli Ahmad telah berkongsi nasihat dan menyarankan kepada orang ramai supaya tidak membeli kediaman atau rumah ‘sambung bayar’ hutang pemilik asal.
Malah katanya lagi, kegiatan penjualan hartanah sedemikian kini juga sudah mula diiklankan kepada orang ramai sejak kebelakangan ini.
“#TabungRumah JANGAN BELI RUMAH SAMBUNG BAYAR? Saya kongsikan di fb tadi sekarang, mula ada iklan jual rumah secara sambung bayar.
“Rumah yang tuan rumah beli, tak mampu bayar maka dia jual secara sambung bayar. Sambung bayar ini biasanya mereka beli rumah yang ‘overmarket value’.
“Dapat jual pun masih tak boleh ‘cover’ hutang bank, maka cara paling mudah dan meriah adalah buat jualan sambung bayar,” tulisnya.
Maklumnya lagi, tindakan untuk membeli rumah ‘sambung bayar’ ini sememangnya salah dari segi undang-undang khususnya proses jual beli hartanah.
Selain itu, ia juga akan memberikan impak dan kesan yang buruk kepada pembeli di masa akan datang.
“kawan kawan, ketahuilah bahawa kegiatan ini salah dari segi undang undang. sama macam sambung bayar kereta, liabiliti masih ditanggung oleh pembeli asal.
“Pembeli baru hanya ‘tolong’ bayarkan hutang orang sahaja. Jika dah habis bayar tuan rumah kata dia tak mahu pindah milik kita tak boleh buat apa apa.
“Jika tuan rumah mati juga kita hanya akan melopong sahaja. Jangan ambil mudah urusan jual beli rumah. Paling penting jangan salah beli rumah, jika kita beli rumah dengan cashback RM650K, siap dapat cashback RM50K lagi.
“Biasanya kediaman begini dah 10 tahun pun harga masih sama sekitar RM600k sahaja. Hutang dan faedah bank masih tinggi dan terluka jiwa membayarnya.
“Kalau nak jual mesti kena ‘Top Up’ lagi, jadi elakkan beli kediaman yang bagi ‘cashback’, jika dapat pun mintak pemaju potong terus pada harga rumah agar hutang kita jadi kecil.
“Jangan salah beli rumah, kita ingat harta boleh diwariskan rupanya beban hidup buat mereka.” tulisnya lagi.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Pentingnya Miliki Insurans Rumah Ramai Yang Ambil Ringan