Harga rumah yang terlalu tinggi merupakan antara faktor ramai gagal memiliki rumah terutamanya anak muda.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, jangan bertangguh lagi. Baca perkongsian Azizul Azli Ahmad ini.
Kelebihan Membeli Rumah Sebelum Umur 30 Tahun:
1. Pelaburan Jangka Panjang:
Semakin awal beli rumah, semakin lama masa untuk menikmati kenaikan nilai hartanah. Biasanya, nilai hartanah akan meningkat dari masa ke masa, jadi ia boleh jadi aset yang berharga di masa depan.
2. Kestabilan Kewangan:
Memiliki rumah sendiri boleh beri kestabilan kewangan berbanding terus menyewa. Selepas habis bayar pinjaman, kos tempat tinggal akan jadi lebih rendah.
Ads
3. Kadar Faedah Pinjaman Lebih Rendah:
Jika beli rumah pada usia muda, biasanya bank tawarkan kadar faedah yang lebih rendah sebab usia kerja masih panjang. Ini boleh jimat banyak duit dalam jangka masa panjang.
4. Perancangan Keluarga:
Kalau ada rancangan untuk mulakan keluarga, memiliki rumah lebih awal boleh beri kestabilan dan ruang yang cukup untuk berkembang bila keluarga bertambah.
5. Pengurusan Kewangan Lebih Baik:
Ads
Membeli rumah pada usia muda memaksa untuk belajar urus kewangan dengan lebih baik, sebab ada tanggungjawab besar yang perlu ditunaikan setiap bulan.
6. Kebebasan dalam Reka Bentuk dan Renovasi:
Bila ada rumah sendiri, kita bebas untuk buat reka bentuk dan renovasi ikut suka hati tanpa perlu minta izin dari tuan rumah.
7. Keselamatan Emosi:
Ads
Memiliki rumah sendiri beri rasa selamat dan selesa yang sukar diperoleh dengan menyewa. Ini adalah tempat yang benar-benar boleh dianggap sebagai milik sendiri.
Tambah pakar ini lagi membeli rumah lebih awal juga boleh bantu capai matlamat kewangan lebih cepat. Tapi, penting untuk pastikan kewangan stabil dan pertimbangkan semua faktor sebelum buat keputusan besar ini.
Harga rumah mahal dan pendapatan rendah mungkin antara keluhan kebanyakan rakyat Malaysia lagi-lagi yang ‘hidup’ di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Berhenti mengeluh dan apa kata kita guna solusi dengan membina rumah kecil mampu milik tapi selesa ini. Sembilan model rumah mampu milik dari luar negara dengan harga di bawah RM400,000 yang berpotensi menjadi rujukan sesuai untuk pasaran di Malaysia.
Dengan harga yang berpatutan dan inovasi reka bentuk yang praktikal, model-model ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah idaman mereka.
1. Rumah Modular (Modular Homes)
Rumah Modular atau ‘Modular Homes’ adalah rumah yang dibina menggunakan modul bangunan yang dihasilkan di kilang dan dihantar ke tapak pembinaan. Modul-modul ini kemudian dipasang di lokasi untuk membentuk keseluruhan rumah.
Reka bentuk rumah ini berasal dari Amerika Syarikat tetapi sesuai diguna pakai di Malaysia untuk kawasan yang mempunyai infrastruktur terhad, memerlukan pembinaan yang cepat dan kos rendah. Anggaran rumah modular bermula daripada RM50,000 hingga RM150,000.
2. Rumah Kubah (Dome Homes)
Rumah Kubah atau ‘Dome Homes’ merupakan rumah yang beratap atau berbumbung lengkung dan berbentuk seperti kubah. Struktur tersebut dapat menahan cuaca ekstrem dan menawarkan kecekapan tenaga yang baik.
Rumah beranggaran sekitar RM80,000 hingga RM200,000 ini berasal dari Amerika Syarikat dan menggunakan bahan-bahan murah serta teknik pembinaan yang efisien.
Di Malaysia, rumah ini sesuai untuk menghadapi hujan lebat dan panas terik, menjadikannya ideal untuk iklim tropika negara ini.
Rumah kecil atau ‘tiny houses’ merupakan konsep kediaman berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi dengan kelengkapan yang lengkap dan sederhana. Fokus sasaran model rumah kecil adalah pesara dan individu di luar bandar yang ingin mencari penyelesaian perumahan kos rendah.
Gerakan memilih konsep rumah kecil sebagai gaya hidup bermula dari negara Amerika Syarikat serta Eropah dan telah tular di Malaysia baru-baru ini.
Biarpun lebih popular dibina sebagai rumah persinggahan atau percutian, konsep ini boleh dipertimbangkan untuk dijadikan rumah kediaman kekal di Malaysia dengan anggaran harga bernilai kurang daripada RM120,000.
Rumah Bumi atau lebih dikenali sebagai ‘earthship’ merupakan rumah yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, penggunaan tenaga solar dan boleh dikitar semula.
Konsep idea rumah ini berasal daripada seorang arkitek di Amerika Syarikat, Michael Reynolds, yang ingin membina kediaman untuk mengurangkan perubahan iklim di bumi dan meminimumkan karbon secara serius.
Rumah ini berharga sekitar RM100,000 hingga RM250,000 bergantung kepada kos skala projek dan lokasi. Dengan penyesuaian yang betul, konsep ini boleh digunakan untuk membina rumah yang lebih mesra alam dan berdaya tahan di Malaysia.
5. Rumah Bambu (Bamboo Houses)
Rumah Bambu berasal dari Indonesia dan dibina dengan menggunakan bambu sebagai bahan utama termasuk atap, dinding dan lantai, kecuali rangka rumah dan tiang yang menggunakan kayu keras.
Bambu sesuai dengan iklim tropika Malaysia dan dapat memberikan penampilan yang unik. Ia juga merupakan bahan yang murah dan boleh didapati dengan mudah. Rumah Bambu dianggarkan bernilai RM50,000 hingga RM150,000 sahaja.
Rumah yang dicetak menggunakan printer 3D dengan campuran konkrit termasuk simen, pasir, dan bahan lain dapat memberikan kekuatan dan ketahanan pada kediaman ini. Teknologi cetakan 3D menawarkan peluang untuk pembinaan rumah yang lebih cepat dan murah.
Reka bentuk rumah Cetak 3D boleh diubah suai untuk memenuhi pelbagai keperluan iklim dan telah dibina di negara-negara seperti Jerman, Australia, Rusia dan Amerika Syarikat.
Bagi Rumah Cetak 3D yang kecil dan berkeluasan sekitar 500 kaki persegi, ia boleh menelan kos sebanyak RM225,000 hingga RM337,500.
7. Rumah Prefabrikasi (Prefab Homes)
Uniknya bagi Rumah Prefabrikasi adalah komponen-komponen rumah dibina terlebih dahulu di kilang sebelum dipasang di lokasi. Konsep rumah yang berasal dari Jerman ini berharga RM60,000 hingga RM180,000, bergantung kepada lokasi.
Rumah prefabrikasi atau ‘prefab homes’ adalah pilihan ideal di Malaysia kerana ia menawarkan penyelesaian pembinaan yang cepat dan kos efektif dengan reka bentuk sesuai untuk iklim tropika.
8. Rumah Kontena (Shipping Container Homes)
Di Amerika Syarikat, terdapat banyak rumah yang dibina menggunakan kontena penghantaran terpakai. Konsep ini diperkenalkan kerana ia dianggap sebagai penyelesaian untuk rumah yang murah dan boleh di ubah suai mengikut keperluan.
Di Malaysia, ramai yang sudah mula menggunakan kontena sebagai ‘rumah’ biarpun konsep ini kebanyakannya diambil untuk tujuan penginapan sementara.
Namun, ia boleh di ubah suai di Malaysia untuk menahan cuaca tropika dan sesuai untuk pembinaan yang cepat dan murah. Anggaran bagi rumah kontena bermula RM40,000 hingga RM120,000, bergantung pada penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dilakukan.
Rumah ini berasal dari negara Belanda dan direka untuk terapung pada permukaan atas air. Ia amat sesuai untuk kawasan yang terdedah kepada banjir atau perubahan paras air.
Bagi Malaysia, konsep rumah ini berkemungkinan sesuai untuk kawasan pesisir pantai atau kawasan rendah yang sering mengalami banjir.
Rumah Terapung dianggarkan bernilai sekitar RM150,000 hingga RM400,000. Kos rumah terapung lebih tinggi kerana keperluan untuk membina struktur rumah yang boleh terapung dan menahan banjir.
IMPIANA : Bagaimanapun, mengadaptasi model-model rumah ini di Malaysia melibatkan penyesuaian dari segi bahan, reka bentuk, dan struktur rumah agar sesuai dengan iklim dan keperluan tempatan.
Siapa sangka, ubahsuai banggunan lama menemui rangka bayi lebih 100 tahun.
Penemuan rangka bayi di bawah papan lantai sebuah rumah di Fore Bondgate, Bishop Auckland, County Durham, ketika pengubahsuaian dipercayai meninggal dunia lebih 100 tahun lalu dalam keadaan mencurigakan.
Kontraktor menemui rangka bayi itu selepas mengangkat papan lantai di sebuah unit flat pada 11.15 pagi 28 Julai lalu. Bayi itu dibalut dengan surat khabar bertarikh 1910 dan terdapat seutas tali di lehernya.
Siasatan Polis
Polis Durham menyiasat sejarah penduduk terdahulu dan mengesahkan bayi itu cukup bulan pada 40 minggu, tetapi jantinanya tidak diketahui. Ujian forensik lanjut sedang dijalankan, termasuk penentuan usia melalui tarikh karbon.
Lokasi penemuan adalah bangunan zaman Victoria yang pernah menempatkan unit ibu dan bayi dikendalikan gereja, tetapi dipercayai bayi itu disembunyikan sebelum tempoh tersebut.
Ketua Detektif, Inspektor Mel Sutherland berkata siasatan sukar kerana kejadian berlaku lama dahulu. Fokus utama adalah untuk mengetahui identiti bayi dan apa yang berlaku. Mereka bertekad memberikan upacara pengebumian yang sesuai dan bermaruah kepada bayi itu.
Pengumpulan Maklumat Sejarah
Polis sedang mengumpul maklumat sejarah mengenai pemilikan rumah dari tahun 1900 hingga 1920, termasuk rekod dan susur galur keluarga untuk mengenal pasti sebarang saudara-mara yang masih hidup.
Beruntung bagi pemilik kediaman yang mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri.
Namun, ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa malah ada yang tergamak menanam bayi sendiri di parking rumah sewa berkenaan.
Semalam, gempar apabila ada laporan berita mengenai penemuan mayat bayi yang ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah teres. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat bayi tersebut adalah perempuan dan dilahirkan tidak cukup bulan.
Dia juga menambah, berdasarkan keterangan pakar patologi, bayi itu lahir ketika kandungan berusia tujuh bulan dan siasatan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi dan bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.
Berdasarkan keterangan pemilik rumah tersebut, kali terakhir kediaman itu dihuni adalah oleh wanita warga Indonesia. Namun, dia telah melarikan diri sejak sebulan yang lalu.
Rumah itu telah disewakan kepada seorang wanita sejak tiga tahun lalu dengan kadar sewa RM400 sebulan. Pemilik rumah, yang tinggal bersebelahan, mengesahkan bahawa rumah itu telah dibeli 20 tahun lalu dan disewakan. Dia juga menyatakan bahawa wanita Indonesia itu mengandung kerana dia mengutip sewa setiap bulan secara tunai.
Mayat bayi ditemui sekitar jam 11 pagi semalam oleh penyewa baharu, seorang warga Indonesia, yang sedang mengorek tanah untuk menyimen semula lantai parkir. Penyewa itu terjumpa cebisan kain dan menemui mayat bayi tersebut
IMPIANA : Pengajaran buat tuan dan pemilik kediaman, hati-hati apabila menyewakan rumah kepada penyewa. Selidik latar belakang penyewa dahulu.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!