Beli rumah siap atau beli tanah lot, buat rumah design sendiri, mana lebih baik. Seringkali persoalan ini sering bermain difikiran mereka yang bercadang untuk memiliki kediaman sendiri.
Bingung memikirkan, apakah pilihan yang terbaik yang boleh dilakukan. Bimbang pula tersilap langkah, jadinya banyaklah ilmu selok belok membeli hartanah terus digali. Melalui perkongsian Burhan Yusuff Property lelaki ini berkongsi tip khas untuk anda yang masih berkira-kira sama ada ingin membeli rumah yang sudah siap dibina oleh pemaju atau membeli tanah lot, kemudian buat rumah sendiri. Moga bermanfaat.
Apakah pilihan terbaik antara beli rumah siap yang dibangunkan oleh pemaju atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu. Ramai yang menginginkan kediaman milik sendiri. Tak kan lah selama duduk di rumah sewa sahaja.
Mungkin anda sudah membuat tinjaaun di beberapa buah rumah dan lot tanah. Tengok harga rumah sekarang ini mencanak naik dari setahun ke setahun. Nak cari rumah yang harga bawah RM100 ribu memang susah.
Kebanyakan harga rumah sekarang RM200 – 300 ribu ke atas. Terlalu mahal bagi mereka yang bergaji RM3000 ke bawah. Ramai merasakan membeli rumah jauh lebih mahal. Bukan sebab itu sahaja,perkara lain yang perlu difikirkan ialah biasanya rumah yang dibeli daripada pihak pemaju perlu dibuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu untuk memenuhi citarasa tersendiri.
Kebiasaannya renovasi dilakukan pada bahagian bilik, dapur atau meluaskan bahagian parkir depan rumah. Dan ini sudah tentu melibatkan kos mungkin beribu-ribu ringgit! Aksesori, pendawaian dan lampu-lampu semuanya memerlukan kos yang berasingan.
KENAPA NAK BINA RUMAH SENDIRI?
Memandangkan harga rumah siap dibina semakin mahal sekarang ni, pilihan yang ada ialah dengan beli tanah lot untuk didirikan rumah di atasnya. Dari segi keluasan pun aku rasa puas hati untuk buat rumah mengikut design sendiri. Lagipun, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju.
PANDUAN DAN CARA UNTUK BELI TANAH
1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
Ads
2. Bandingkan harga dan ikut keluasan.
3. Cari tanah yang ada jiran dan telah membangun persekitarannya.
4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan nombor PT, lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
7. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
Ads
8. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Boleh ambil peguam untuk memudahkan urusan.
Kesimpulannya, buatlah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana keputusan untuk membeli dan membina kediaman perlu dirancang dan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Potong kobis? kacang je. Pejam mata pun boleh buat. Tapi tanpa anda sedar, sebenarnya teknik yang digunakan salah sama sekali. Disebabkan itu, hidangan kobis anda kelihatan tidak menarik untuk dijamu dan ada pula sampai bahagian batang keras pun di goreng sekali.
Sebenarnya, memang betul memotong kobis sangat mudah. Akan tetapi, ada teknik profesional yang lebih memudahkan anda dan secara tidak langsung menjadikan hidangan makanan anda kelihatan lebih menarik ketika dihidang. APa kata, tonton tutorial 5 kaedah memotong kobis macma profesional dari akaun Youtube Cooking with Sonny
Jika ada bahagian kobis yang tidak digunakan, untuk memastikan ia kelihatan segar boleh sapukan jus lemon pada bahagian yang dipotong
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
RM, ahli kumpulan lelaki popular BTS ini sangat menggemari dunia seni. Dilahirkan pada tahun 1994, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon menetap di sebuah apartmen di kawasan elit Korea Selatan, Nine One Hannam, Seoul.
Kompleks pangsapuri rumah miliknya merupakan antara yang paling mewah di mana beliau telah membelinya dengan harga sebanyak 6.36 bilion won.
Di kompleks ini, pemilik juga dapat melihat keindahan tebing Sungai Han dengan pemandangan Menara Namsan. Menariknya, kompleks elit ini juga dikenali sebagai Beverly Hills versi Korea.
Bukan itu saja, rumah RM juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan seni yang bernilai jutaan dolar. Mahu tahu bagaimana rupa rumahnya? Jom kita lihat.
Melalui YouTube BANGTANTV, RM menunjukkan bahagian dalam rumahnya dalam vlog harian beliau. Dapat dilihat lelaki kelahiran tahun 1994 ini menghiasi rumahnya dengan warna dominan kayu coklat dan bahagian dalam kayu juga boleh dilihat di beberapa sudut serta bahagian penting rumah.
Bermula dari kabinet TV, meja makan dan kerusi sehinggalah ke sofa di ruang keluarga, rata-rata hiasan dalaman di rumahnya dibuat oleh artis bertaraf dunia dengan harga yang lumayan.
RM juga dikenali sebagai peminat setia Yun Hyong-keun dan turut mempunyai salah satu karyanya di rumah persendiriannya. Buat makluman, Yun Hyong-keun adalah seorang pelukis yang terkenal kerana sering bermain dengan komposisi cahaya dan kegelapan yang seimbang dalam hasil seninya.
Artis yang turut menjadi pilihan RM adalah Kim Whanki. Umum memang mengetahui bahawa ketua kumpulan BTS ini sangat mengagumi seni lukisan dan arca.
Bukan itu sahaja, dia turut menggemari seni seramik dan kraftangan lain yang berunsur alam semula jadi dan keseimbangan.
Antara karya lukisan di rumah RM
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.