Harga hartanah yang diramal merosot dari 10% hingga 15% berikutan wabak COVID -19 dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi dunia. Penurunan harga hartanah ini dijangka lebih teruk jika dibandingkan pada tahun 1998, ketika Malaysia berhadapan dengan krisis kewangan asia.
Peluang ini adalah kelebihan untuk pelabur hartanah dan pembeli rumah pertama. Tetapi ia tetap merungsingkan kerana masa depan ekonomi negara membuatkan pasaran sewa hartanah kurang menarik atas kebimbangan hilang punca pendapatan dan pekerjaan.
Pasaran hartanah sebenarnya banyak bergantung pada pertumbuhan ekonomi negara. Apa yang boleh dikatakan di sini, bagi yang mempunyai wang untuk melabur di dalam hartanah haruslah bijak. Manakala yang baru ingin membeli kediaman pertama, rebutlah peluang ini.
Apa pun pastikan anda membeli harga rumah yang mampu dengan duit poket anda. Agar tidak menjerat diri. Rancang sesuatu sebelum melakukannya. Miliki rumah sendiri lebih baik dari menyewa. anda membayar sewa beli akhirnya rumah itu menjadi milik anda. Jika anda menyewa ia tidak menjamin untuk masa depan anda. Renung dan pertimbangkan, jika mampu langsungkan niat anda untuk memiliki rumah sendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?
Tidak dinafikan, kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman.
Umum mengetahui, terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam bergantung kepada syarat kelayakan pemohon. Kebiasaannya, pihak bank akan menawarkan tempoh pembiayaan pinjaman selama 15 hingga 30 tahun.
Tetapi tahukah anda, bagi mereka yang golongan berusia lebih 25 tahun tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun. Ingin tahu mengapa?
Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta nasihat kepada orang ramai.
Jelasnya, untuk melangsaikan hutang pinjaman rumah dengan segera adalah tindakan yang amat disarankan supaya masalah bebanan hutang di hari tua dapat dielakkan.
SELESAIKAN HUTANG SEBELUM USIA 55 TAHUN!
1. Rancang baik baik hutang kita kawan kawan.
2. Jika kita nak ada hutang rumah 30 tahun, belilah rumah diusia 25 tahun. Pada usia 55 tahun hutang akan berakhir.
3. Jika beli pada usia 30 tahun, pendekkan tempoh jadi 25 tahun atau bayar deposit lebih sikit sebelum beli.
4. Jika nak beli kereta, pastikan usia 55 tahun hutang kereta dah tiada. Sepanjang 30 tahun kerja, tukar sahaja berapa kali kereta. Janji sebelum 55 kita dah tiada hutang lagi.
5. Ada lebihan duit, menabung atau selesaikan hutang segera.
6. Jangan ada impian beli rumah atau bina rumah selepas bersara. Ia akan habiskan simpanan kita. Kawan kawan, Hidup ini bukan untuk bekerja sampai mati, hidup ini untuk dinikmati juga.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bijak Rancang Kewangan, Pasangan Muda Realisasikan Impian Miliki Rumah Pertama
Isi Kandungan
TogglePasangan suami isteri ini mempunyai perancangan kewangan yang bijak dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah pertama.
Langkah awal mereka adalah mewujudkan simpanan khas untuk rumah selama lima tahun, yang akhirnya berjaya mengumpul sehingga RM160,000.
Hasil Kerja Keras Sebagai Pencipta Kandungan
Wang simpanan tersebut adalah hasil kerja keras mereka sebagai pencipta kandungan di media sosial pada usia muda. Fatin Nadiah Md Nazri, 29, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Aidil Abdul Rahim, 29, membeli rumah sekunder (subsale) iaitu teres satu tingkat berharga RM280,000 di Melaka pada tahun 2021.
Penggunaan Simpanan untuk Pembelian Rumah
Menurut Fatin, wang simpanan itu digunakan untuk membayar wang pendahuluan sebanyak 15 peratus daripada harga rumah iaitu RM48,000, yuran peguam untuk perjanjian jual beli rumah (S&P), dan pengubahsuaian sebanyak RM100,000.
“Dia menggunakan pendekatan ini kerana mahu mengurangkan komitmen pinjaman dengan bank serta memastikan mereka mempunyai kewangan yang baik dan berkemampuan untuk membayar ansuran rumah tanpa terbeban,” katanya.
Pemilihan Rumah yang Strategik
Pasangan ini memilih rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi kerana kedudukannya yang strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin dan Lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). Kawasan perumahan tersebut juga menawarkan banyak kemudahan seperti sekolah dan kedai untuk keperluan harian.
Proses Pembelian yang Mudah
“Proses untuk membeli rumah ini mudah dan permohonan pembiayaan perumahan lulus dalam tempoh dua minggu,” tambah Fatin.
Pada peringkat awal, bank memaklumkan bahawa dokumen permohonan pembiayaan mereka kurang kuat kerana bekerja sendiri. Namun, Fatin menyediakan dokumen sokongan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji, yang membolehkan permohonan mereka berjaya dalam masa dua minggu.
Pengubahsuaian yang Menyeluruh
Fatin juga menyatakan bahawa mereka menyediakan bajet yang besar untuk pengubahsuaian kerana rumah sekunder berusia enam tahun itu memerlukan baik pulih beberapa aspek. Antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuk memasang kabinet dapur, siling kapur, lantai batu plastik komposit (SPC), dan menukar cat. Keadaan rumah berubah sepenuhnya daripada yang asal, mewujudkan persekitaran kondusif dan selamat untuk anak-anak mereka.
Pencapaian Peribadi dan Inspirasi untuk Golongan Muda
Jelas Fatin, kejayaan membeli rumah tersebut adalah pencapaian peribadi bagi mereka yang mahu memiliki kediaman pada usia muda. Beliau berharap kisah ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada golongan muda untuk memiliki rumah pada usia awal.
Nasihat untuk Pembeli Rumah Muda
“Nasihat saya adalah untuk tidak ‘markup’ pembiayaan perumahan atau membuat pinjaman peribadi untuk membeli atau mengubahsuai rumah. Tindakan tersebut boleh menjerat diri dengan bebanan hutang. Kita layak membeli rumah tetapi belum tentu mampu membayarnya, kerana bukan sahaja perlu membayar ansuran bulanan tetapi juga komitmen lain,” katanya.
IMPIANA : Semoga kisah ini dapat menjadi panduan dan dorongan kepada semua, terutamanya golongan muda, untuk merancang masa depan kewangan mereka dengan bijak dan merealisasikan impian mereka dengan penuh yakin.
Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Sumber : hmetro
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kenali 4 Jenis Kediaman Lazim Yang Terdapat Di Malaysia
Setiap negara mungkin mempunyai terma yang sama tapi ciri-ciri kediaman atau rumah yang sedikit berbeza. Ciri-ciri sesebuah rumah itu ada yang dibezakan daripada segi jenis rumah, fasiliti, sudut legal, pemilikan tanah, harga dan lain-lain.
Dalam kategori atas tanah (landed), rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat. Tiga tingkat paling maksimum yang admin pernah lihat di Malaysia. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (individual title/geran individu).
1. Rumah teres / Terraced house
Rumah jenis ini boleh dikatakan agak padat kerana tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah yang lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam. Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.
2. Rumah berkembar / Semi-detached
Definisi rumah semi-detached atau nama lainya semi-d, rumah berkembar, separa terpisah adalah seperti kembah siam keran rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, bercucuk-tanam, buat landscaping. Lebih menarik, ada pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu biji rumah yang lebih besar yakni banglo!
3. Banglo / Bungalow
Lonely soldier boy ialah frasa yang kita boleh fikirkan bila bercerita tentang banglo. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Pemilik rumah banglo harus dan semestinya bercucuk-tanam di sekeliling rumah!
STRATA
Dalam kategori strata (level), rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan beberapa unit-unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata). Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksud layer atau level dari sudut bahasa. Di Malaysia, agak sukar untuk membezakan rumah jenis strata kerana kebanyakannya meminjam ciri-ciri satu sama lain.
4. Flat / Pangsapuri
Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok di dalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke-14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif . Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama. Daripada segi tempat meletak kereta, konsep siapa cepat dia dapat dan jarang sekali menyediakan tempat meletak kenderaan jenis berbumbung.
Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis ‘naco’ dan berlantaikan simen. Pada pendapat peribadi saya, rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda hendak membuat pelaburan hartanah pertama, jangan sisihkan flat daripada pilihan anda!
Sumber : Terima kasih http://www.7senarai.com/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI