Memang lebih seronok sebenarnya bila waktu petang santai makan-makan dan berehat bersama keluarga, ambil angin di gazebo.Jika ada ruang tanah dan kawasan di rumah boleh buat Gazebo sendiri.
Kreatif, kemas dan cantik hasil gazebo buatan Encik Abu Kasim Md Jani ini. Walaupun baru pertama kali buat, tiada pengalaman bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan gazebo ini. Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Anggaran kos yang diperlukan lebih kurang RM3,000 sahaja. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini.
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya.
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteri tukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
Proses Penyediaan:
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
5. Ni bab yang ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu. Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Mesti Baca: Taman Dinding Solusi Ruang Sempit Kediaman Tak Ada Tanah
Baca Lagi Di Sini:(Gambar) Idea Hias Taman Guna Batuan Buat Laman Lebih Ohsem
IMPIANA: Hebatnya boleh buat gazebo sendiri, belajar dengan google je. Walaupun tiada pengalaman dalam bertukang. Namun hasilnya memang sangat cantik dan kemas.
Sumber : Abu Kasim Md Jani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI