Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar. Pengisar atau blender, tak kira lah baru beli apa tah lagi yang sudah lama mesti ada kesan kekuningan akibat kunyit dan berbau cili. Kesan ni, walau dah cuci dan rendam dengan air sabun, memang tak boleh hilang macam tu je. Tapi, kalau nak jug pengisar tu bersih berseri macam baru beli, cuba peruntukkan sedikit waktu untuk buat “deep cleaning”. Berikut, 3 cara “deep cleaning” jug pengisar

1.Guna Kelapa Parut

Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah bau cili pun tiada.

Baca juga: Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham

Ads

2. Limau Nipis Dan Beras

Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kena kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.

Kalau setakat nak kisar bawang putih 2-3 ulas, memang tak sesuai pakai pengisar besar. Pakai wireless chopper mini je. https://invol.co/cl8ypiy klik link ni Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar

Ads

3. Baking Soda Dan Cuka

Baking soda memang banyak kegunaan untuk tujuan pembersihan. Salah satunya menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya, ambil 1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.

Ads

Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa.Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar

Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang. Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI