Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones baru-baru ini membuat keputusan untuk menjual rumah agam mewah mereka yang bernilai RM57 juta.
Alasannya, mereka berasa sunyi tinggal di rumah mewah Irvington yang terletak di Westchester County, New York itu setelah anak-anak berpindah keluar untuk hidup berdikari. Mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Dylan, 23 tahun, dan Carys, 21 tahun.
“Ketika membeli rumah ini, saya tahu kami sekeluarga akan berkongsi banyak momen gembira di sini. Dan benar, ia menjadi kenyataan. Sekarang anak-anak kami sudah hidup berdikari, jadi ini masa yang sesuai untuk menjualnya,” kata Catherine kepada Wall Street.
Jom Intai Rumah Mewah Mereka
KEDIAMAN MEWAH PASANGAN ROMANTIS, MICHAEL DOUGLAS & CATHERINE ZETA-JONES
Isu poligami dalam rumah tangga bukanlah sesuatu isu yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Sering kita mendengar atau melihat, apabila berlakunya situasi poligami dalam rumah tangga, soal isu tuntutan hak si isteri sentiasa menjadi perkara utama yang dibahaskan.
Apabila berbicara soal hak seorang isteri seperti tuntutan hak, harta sepencarian dan sebagainya yang kebiasaannya akan melalui proses tuntutan setelah berlakunya penceraian atau suami meninggal dunia.
Tetapi dalam konteks poligami ini, adakah hak-hak ini boleh dituntut oleh seorang isteri walaupun masih dalam perkahwinan itu?
Menerusi siaran langsung rancangan bual bicara Wanita Hari Ini di saluran TV3, telah membincangkan isu tersebut bersama tetamu jemputan di studio, pada Khamis lalu.
Peguam Syarie, Muhammmad Nur Hafiz Roslan ketika diundang sebagai tetami jemputan telah membincangkan isu tersebut serta menjelaskan beberapa tuntutan yang boleh dibuat oleh isteri menerusi topik bertajuk Poligami: Hak Isteri bersama penonton.
“Bagi persoalan isu ini, ada dua perkara mengikut situasi yang perlu anda tahu. Pertamanya, dia telah dipoligamikan tetapi tidak mahu dipoligamikan. Kedua, dia telah dipoligamikan tetapi masih dalam kes permohonan.
“Untuk kes dalam permohonan seperti ini, selalunya si suami akan membuat permohonan di hadapan Makhamah Tinggi Syariah, nanti kemudian saman akan dibuat dan dikeluarkan selepas itu perbicaraan akan dijalankan.
“Antara kewajipan dalam perbicaraan tersebut, defenden iaitu isteri pertama, wali, bakal isteri wajib untuk hadir dengar perbicaraan
“Jadi, saman itu perlu disampaikan, suami bukan perlu untuk minta kebenaran isteritetapi dalam Mahkamah suami perlu mencapai maksud mampu dan adil dalam hukum undang-undang.
“Saman perlu disampailkan supaya isteri boleh respon dan defend diri dia di dalam Mahkamah mengenai apa hak yang dia ada atau boleh dituntut.
“Antara apa hak yang boleh dituntut oleh isteri adalah nafkah, harta sepencarian dan hak bermalam juga perlu dinyatakan. Bukan itu sahaja, hak bakal isteri juga perlu dinyatakan.
“Selain itu, cadangan hak bakal isteri dan anak-anak juga perlu dinyatakan termasuk hak bercuti sekalipun,” jelasnya.
Penjelasan selanjutnya anda boleh menonton video penuh pada pautan di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ramai yang mengeluh, nak renovate atau ubah suai rumah zaman ini. Harga naik melambung-lambung jika dibandingkan zaman sebelum Covid19 menyerang. Bukan je pemilik yang terkesan dengan harga, malah pengusaha atau kontraktor pun turut mengalami masalah yang lebih besar apabila banyak projek terpaksa dibatalkan atau terpaksa mengunakan bajet yang sangat terhad.
Tapi, bagi anda yang merancang nak renovate rumah ni ada triknya kalau nak jimat. Mohd Shukur, yang merupakan seorang pakar kewangan berkongsi trik jimat nak reno rumah di facebook miliknya.
Pagi tadi semasa breakfast kat mamak terdengar perbualan seorang kontraktor dengan bakal klien dia. Dia menerangkan tentang kenapa kos renovate rumah ( juga buat rumah ) kini meningkat harga.
Betullah apa dia explain tu ✅
Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan bukanlah dalam kawalan dia.
Ramai kontraktor kecil kini tersepit dan terkesan kerana ramai yang membatalkan atau menangguhkan renovate rumah kerana kenaikan kos barang2.
Jika anda nak renovate rumah ataupun buat rumah di tanah anda, saya cadangkan barang-barang tu beli sendiri. Pembinaan tu yang upah orang.
Upah orang ni ada 2 cara :
1) Bayar gaji hari.
Tapi bukan bayar setiap hari, maksudnya ialah kiraan gaji hari. Tetapkan setiap Sabtu akan bayar gaji minggu lepas.
2) Bayar Lump sum.
Bayar ikut progress.
Ramai orang ambik jalan mudah iaitu pembelian barang2 & upah serah semua kepada kontraktor.
Ini disebabkan mereka tidak ingin atau tiada masa belajar perkara-perkara baru seperti :
Beli barang2 sendiri dari hardware atau supplier.
Study sket harga barang2 binaan dan survey kat mana lebih murah dan kualiti.
Mereka anggap mesti susah nak uruskan, padahal belum mencuba melakukannya pun.
Sebuah banglo 4 juta yang anda lihat itu boleh dibuat sama dengan anggaran kos 2.5 juta.
Begitu juga rumah 1 juta tu boleh dibuat dengan anggaran kos 600K.
Tapi AWAS 🔥
Semasa proses pembinaan rumah atau renovate rumah, JANGAN bawa wife anda pergi tengok. Jika anda bawa wife,
Budget anda 1 juta jer akan jadi 1.4 juta.
Budget anda 500K akan jadi 750K
Budget anda 300K akan jadi 500K
Beli rumah sama ada sebagai eset atau untuk buat perniagaan, mesti ada sebuah rumah yang kita akan pilih sebagai tempat untuk “settel down”. Tapi sebelum “settel down” mesti kita dah siap-siapkan rumah tu terlebih dahulu. Tapi, macam mana rumah yang sesuai dan praktikal untuk “settle down” nak-nak bila usia dah kategori warga emas? Public health Malaysia berkongsi ciri-ciri rekaan rumah yang sesuai untuk ” settel down” di dalam facebook page mereka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.