Dekorasi

Berbaloi Tanam PEGAGA Sendiri, Guna Teknik Ini Untuk Subur Merimbun!

Share

Ulam pegaga memang banyak khasiatnya, dari awet muda sampailah untuk kecerdasan otak. Sebab itulah berbaloi sangat tanam sayur ini. Bila rasa nak makan petik saja.

Nak tanam dalam pasu, polisterin atau terus atas tanah pun boleh. Boleh juga tanam dalam pasu gantung untuk mudah petik.

Tumbuhan ini mempunyai rasa yang sedikit pahit dan ia kerap dijadikan sebagai ulam atau sayur tambahan kepada pelbagai jenis hidangan tempatan yang popular seperti mi kari, kari ikan, mi goreng ataupun nasi goreng. Dalam hidangan nasi putih berlauk, daun pegaga dihidangkan dengan sambal belacan untuk dicicah dan boleh juga dijadikan sebagai pencuci mulut tradisional yang sedikit pedas tetapi sedap.

Ini cara bagaimana teknik nak tanam pokok pegaga agar subur: 

1. Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.

2. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

3. Pegaga! Beli dipasar RM2 seplastik. Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan ditengah daunnya.

4. Cucuklah pegaga tadi terpulang pada anda. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.

5. Tadaa! Selepas 2 minggu bukan main subur dan sihat lagi pegaga ni. Anak daun dah mula tumbuh disana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.

Boleh la cuba tanam pegaga lepas ni. Mudah kan! Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Artikel Berikut: Teknik Betul Tanam Pokok Sup, Pokok Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ini

Mesti Baca: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

 

Published by
Nana