Dekorasi

Berdepan Bebanan Bil Elektrik, Masjid Al-Mursyid Jimat 60% Dengan Panel Solar

Share

Penggunaan tenaga solar sangatlah digalakkan kerana ia lebih mesra alam, bersih serta merupakan sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pemasangan panel solar adalah cara terbaik untuk rakyat menjana tenaga elektrik sendiri sekali gus menjimatkan wang.

Berdepan dengan bebanan bil elektrik setiap bulan, sebuah masjid di Arau Perlis mengambil inisiatif bertukar ke tenaga solar ini.

Jadi model Program Transformasi Masjid

Projek wakaf solar itu dilaksanakan menerusi kutipan daripada jemaah masjid bersama hasil sumbangan orang awam.

“Kutipan projek wakaf solar ini dilakukan bermula bulan September lalu dan turut diuar-uarkan secara dalam talian bagi memudahkan penyaluran maklumat,” katanya.

Syed Abu Bakar berkata, Masjid Al-Mursyid juga menjadi model bagi pelaksanaan Program Transformasi Masjid Kepada Rumah Ibadat Hijau dengan kerjasama dan kepakaran Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari, Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Terkini, Masjid Al-Mursyid berusaha untuk meraih pengiktirafan sebagai rumah ibadat hijau melalui Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

“Inisiatif ini turut melibatkan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) Unimap daripada program Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik.

Tambah Syed Abu Bakar, masjid berkenaan turut menjadi perintis bagi projek wakaf solar di negara ini. Walaupun terletak di pinggir bandar, namun, katanya, masjid berkapasiti 800 jemaah itu telah mencapai banyak perubahan drastik.

Dalam program Wakaf solar di Masjid Al-Mursyid ini, projek wakaf solar hasil sinergi bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Bank Rakyat.

Inisiatif projek tersebut bermula sejak September lalu dan menariknya pengurusan masjid berjaya mengumpul RM30,000 bagi merealisasikan usaha berkenaan. Menerusi pelaksanaan itu, Bank Rakyat turut menyumbangkan sebanyak RM62,000 manakala MAIPs menyalurkan RM20,000 bagi pembangunan projek solar bernilai RM110,000 tersebut.

IMPIANA :  Kita juga boleh mulakan langkah menjaga alam sekitar dengan memasang panel

suria di atas bumbung rumah.

Sumber: Utusan

Mesti Baca: Pasang Panel Solar Rumah Untuk Jimat Bil Elektrik, Kalau ‘Gigih’ Boleh Pasang Sendiri
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana