Berhati-Hati Jika Ada Banyak Cicak Di Rumah, Mungkin Ini Petandanya. Cicak, antara haiwan menjadi tetamu yang tidak diundang. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul dari celah-celah lampu, kipas, bingkai gambar dan sebaginya.
Tapi, jika kehadirannya banyak di dalam kediaman, ia mengundang masalah lain pula. Bukan sahaja pada kesihatan fizikal malah rohani. Sebab itu, anda tak boleh pandang ringan kehadiran cicak di rumah. Jadi, berhati-hatilah kerana kehadiran cicak mungkin membawa perkara-perkara tersebut
1. Tinja dan bangkai cicak membatalkan wuduk dan solat
“Yang rajih adalah pendapat jamhur ulama, bahawa kotoran cicak dan juga bangkainya dikategorikan sebagai najis. Oleh itu, ia Wajib dibersihkan jika terkena pada pakaian, badan mahupun tempat solat. Selain itu juga, wajib dihindari
Cicak di jelaskan mempunyai sifat munafik atau khianat
Dalam hadisnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda yang ertinya: ” Bahawasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya, kecuali cicak. Kerana sesungguhnya cicak itu menghembus-hembus api yang membakar Ibrahin.” (HR. Ahmad)
Ads
Nak cegah dan basmi cicak di rumah, boleh cuba guna perangkap ni. Dah terjual lebih 42k unit di shopee. Harga nya pun tak mahal. Klik je link ni kalau nak beli https://invol.co/cl970az
3. Cicak digunakan sebagai medium sihir
Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.
Ads
4. Cicak pembawa Penyakit
Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.
Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.
5. Tindak balas najis Cicak
Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.
Pahala mem8unuh cicak
Di dalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pengemar timun jepun boleh cuba cara Asyraf Rahim ni. Taman timun jepun dekat balkoni rumah sahaja dah dapat hasil yang cukup mengujakan. Tengok la kesegaran timun jepun hasil tanaman sendiri ini.
Timun jepun ni memang sedap dan ranggup kalau buat ulam berbanding dengan timun biasa. Timun jepun ni kurang berair dan banyak khasiatnya. Harganya pun lebih mahal dari timun biasa.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Pokok buah atau bunga yang di tanam, bila mengeluarkan hasil lumayan adalah manfaat yang paling dinanti. Baru sebiji pun dah seronok, cuba bayangkan hasil buahnya sampai boleh patah dahan. Nak pastikan pokok mabok bunga dan berbuah sampai patah dahan, bukan sahaja baja diperlukan. Booster yang mendorong tanaman untuk lebih kuat dan produktif pun perlu disediakan
Puan Suhaili Baharudin berkongsi resipi mudah booster tanaman. Tapi hasilnya memang puas hati. Dengar kata, booster ni dah digunakan pekebun-pekebun di Thailand.
Nak beli biji benih sayur berkualiti tanpa GMO, IMPIANA nak cadangkan beli jenama Soon Huat Seed. Beli online lagi murah di sini https://invol.co/clt9zi
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Baki peraman, boleh simpan dalam peti sejuk
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama, Terus tumbuh anak pucuk baru!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.