Beri ketenangan dan tak suka ‘outstanding’, rona Monokrom menjadi pilihan pemilik kediaman. Cantik, ringkas dan menenangkan melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah ini.
Pilihan rona hitam, putih dan kelabu mendominasi keseluruhan hiasan dalaman kediaman ini. Baik dari segi perabut, kabinet dapur, perkakasan, peralatan elektrik mahupun aksesori hiasan.
Ternyata, bapa tunggal kepada 3 orang anak ini, bijak menghias dan mengatur suai padan dekorasi di rumahnya.
“Rumah aku ni simple. Cat putih sahaja seluruh rumah, takde fancy colour. Aku guna tona monochrome gitu. Perabut hitam, putih, grey diserikan dengan warna kayu.”
Lampu aku beli yang simple, industrial design. Beli kaler hitam, kipas pun hitam. Beli di Puchong, kedai apa ntah nama dia, punyalah banyak lampu sampai tak tau nak pilih. Murah pulak tu.
Aku guna mentol warm white (lampu kuning) sebab aku suka efek kaler dia dan aku jenis tak suka lampu putih yang cerah dan terang bederang. Aku suka warm dan cosy. Tenang dan romantik gituh.
Aku tak suka hiasan sarat. Takde hiasan sangat rumah aku ni. Ada lah pokok sikit, ada frame gambar sikit. Mostly wall aku kekalkan kosong jer. Banyak yang jadi hiasan adalah lego anak-anak aku ni lah.
Ads
Kenapa aku pilih tona mono hitam putih grey ni?
Sebab aku jenis yang tak suka outstanding. Aku suka low profile dan rileks jer. Shade ni bagi ketenangan pada aku. Lagi satu aku suka warna industrial. Tona begini juga lebih “manly” untuk kami 4 beranak yang semuanya lelaki.
Ohh kolam ikan pun buat sendiri je. Aku beli tangki fibre kat Shopee, pastu beli set pam dan filter. Siap pasang aku pergi nursery beli pokok, lepas tu singgah kedai akuarium beli ikan. Settle.
Ads
Sebenarnya nak bagitau yang semua benda aku buat sendiri tau. Adalah adik-adik aku ada datang bantu juga. Cuma memang takde melibatkan upah tukang atau orang lain. Kami buat sendiri semuanya.
Tebuk dinding, pasang rail langsir, pasang semua lampu kipas buat sendiri. Kitchen cabinet tu tough sikit sebab nak tebuk kayu table top tu nak pasang sink dan hob memang kena buat betul-betul. So adik-adik aku datang bantu, pegang, ukur, tebuk dan pasang.
Ads
Puas hati wehh bila dah siap. Hasil tangan sendiri semuanya. Pandaikan? Sesuai tau nak jadikan calon suami. Hiks.
IMPIANA: Cantik dan kemas hasil garapan dekorasi rumah sendiri dengan konsep monokrom. Bersesuaian dengan citarasa dan gaya hidup pemilik yang ringkas, tak menonjol serta sukakan ketenangan.
Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri.
Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium.
Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda.
Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan.
Sumber: Facebook Kakidek
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Terdapat lebih 5000 jenis mangga yang di tanam di seluruh dunia. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 32 meter bergantung kepada jenis dan boleh hidup hampir 100 tahun dengan penjagaan yang rapi.
Di beberapa negara Asia seperti Thailand dan Indonesia, menggunakan kaedah tanaman pokok mangga di dalam pasu atau dikenali dengan nama Tabulampot. Ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya juga lumayan.
Sebenarnya, tak susah tanam mangga dalam pasu. Hanya 3 langkah
1. Pemilihan benih.
Pilih benih dari mangga jenis mangga Chuk Anan, Epal, dan Nam Dok Mai. 3 jenis mangga ini adalah jenis senang berbuah. Manakala jenis seperti mangga Harum Manis pun boleh, cuma tidak sekerap 3 jenis ini.
Pemilihan benih pula boleh didapati dalam bentuk anak pokok yang sudah siap dikawinkan atau di “tut” dari pokok induk yang berkualiti dari nursery-nursery berdekatan anda. Kalau diambil dari biji buah, akan memakan masa yang agak lama untuk menghasilkan buah. Jadi beli terus di nursery, lebih mudah dan cepat.
2. Cara penanaman.
Dapatkan pasu plastik/tanah liat bersaiz besar lebih kurang diameter 60cm, atau tong drum (bahagi 2, tebuk lubang kecil dibawah supaya air boleh mengalir keluar). Masukkan selapis serbuk kayu gergaji ataupun cocopeat 1/3 pasu. Selepas itu masukkan tanah campuran top soil + cocopeat atau tanah topsoil sahaja (mana-mana tanah yang nursery jual pun boleh). Jangan lupa masukkan pokok sebelum siap isi tanah dalam pasu ya. Fungsi masuk serbuk kayu/cocopeat adalah untuk air mengalir keluar dari pasu, supaya pasu tidak menakung air. Kalau air bertakung, pokok boleh rosak.
3. Pembajaan.
Dari segi pembajaan pula, boleh pakai baja buah yang terdapat di nursery berdekatan anda. Untuk perkongsian kandungan NPK baja yang boleh digunakan adalah 15:15:15 atau 17:17:17:2, atau baja tahi ayam sahaja. Baja perlu diletak lebih kurang 2/3 kali sebulan. Siram sehari dua kali untuk tanah kekal lembab dan tempatkan pokok di bawah cahaya matahari terus.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.