Perhiasan di dalam rumah mempunyai peranannya yang tersendiri. Tanpa sebarang perhiasan, ruang boleh kelihatan ‘flat’ atau tiada jiwa. The Artisan Haus menempatkan pelbagai gaya aksesori dan hiasan buat kediaman yang ingin tampil unik dan lebih cosy.

KOLEKSI SEANTERO DUNIA
“Artisan” seperti yang diterjemahkan didalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud, “pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang” merujuk kepada seseseorang yang mahir menghasilkan sesuatu peralatan atau aksesori menggunakan tangan. Ini juga bermakna, setiap satu barangan tersebut telah dihasilkan dengan teliti dan bersungguh-sungguh oleh pembuatnya.
Bertempat di tingkat 2 pusat beli belah The LINC yang terletak di Jalan Tun Razak, The Artisan Haus mengumpulkan perhiasan buatan tangan daripada seluruh pelusuk dunia. The Artisan Haus bertanggungjawab untuk mengumpulkan hasil kerja artis-artis dari India, Indonesia, Iran dan banyak lagi.

PLATFORM GOLONGAN KREATIF
The Artisan Haus amat komited untuk memperkenalkan jenama tempatan pada pasaran jadi, dengan wujudnya rangkaian ini, pelbagai jenama yang bernaung dibawah satu bumbung akan dengan mudah dapat diakses oleh pembeli yang sememangnya dahagakan produk tempatan yang berkualiti.
Mereka juga berbesar hati dan bangga dapat mewakili jenama-jenama tempatan yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi dan mendapat tempat dihati pengguna seluruh rantau.

+ INFO KEDAI
Premis : The Artisan Haus
Lokasi : Lot 2-30, Tingkat 2, The LINC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 11 pagi – 9 malam