Siapa kata berkebun mesti belanjakan wang yang banyak, paling penting harus bijak mengguna sumber yang ada

 

  1. Ingin membina batas kekal atau planter box untuk tujuan bertanam?

 

Anda boleh menggunakan palet kayu terpakai sebagai asas dinding batas. Baringkan palet kayu tersebut dan isikan tanah memenuhi ruang kosong antara kayu dan gunakan ia sebagai batas untuk menyemai.  Untuk membina batas tanaman yang lebih cantik, gunakan batuan seperti boulder stone, batu kelikir bersaiz besar atau batu bata untuk dijadikan sebagai dinding atau bingkai planter box. Susun ia mengikut saiz dan ketinggian batas tanaman yang hendak digunakan. Ketinggian minimum untuk membina planter box ialah 100mm.

Berkebun ‘ZERO COST’? Ini Caranya Yang Boleh Anda Praktis

Ads
  1. Perlu membaja halaman berumput dengan kos yang murah?

 

Tanam beberapa kelompok Trifolium spp di kawasan berumput di laman rumah.  Klover merupakan sejenis rumpai hijau yang cantik dengan tekstur daunnya yang menarik. Ia dapat membantu untuk memperbaiki kandungan nitrogen di dalam tanah yang diperlukan oleh rumput. Dalam masa yang sama, tumbuhan ini akan membaja halaman berrumput anda secara berterusan tanpa perlu di selenggara. Namun anda perlu berhati-hati, jangan biarkan klover mendominasi kawasan berumput di laman rumah anda. Pangkas apabila ia kelihatan mula merimbun.

Berkebun ‘ZERO COST’? Ini Caranya Yang Boleh Anda Praktis

Ads
  1. Ingin menghasilkan bekas tanaman yang menarik?

 

Pelbagai perkakas di rumah boleh digunakan untuk dijadikan bekas tanaman yang menarik. Jangan buang jika ada sebarang perkakas dapur yang telah rosak dan tidak boleh digunakan seperti periuk, teko, cawan yang telah sompek dan sebagainya. Selain itu juga anda boleh menggunakan barang terpakai seperti kasut terpakai, tin dan botol sebagai pasu. Taman anda bertambah ceria dengan kehadiran bekas tanaman terpakai tersebut.

Ads

Berkebun ‘ZERO COST’? Ini Caranya Yang Boleh Anda Praktis

  1. Anda perlu bekas menyemai biji benih?

 

Kebisaannya ramai antara penggemar bertaman akan menggunakan polly bag atau plastik hitam untuk tujuan menyemai biji benih. Namun harga dan kesukaran untuk mendapatkan bahan tersebut membatasi aktiviti anda. Sebenarnya anda boleh  menggunakan barang-barang yang lebih mesra alam yang terdapat di dalam rumah seperti kertas surat khabar, kulit telur, penggulung tisu, cawan kertas dan sebagainya untuk menggantikan plastik hitam tersebut

Berkebun ‘ZERO COST’? Ini Caranya Yang Boleh Anda Praktis

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI