Adakah anda masih tercari-cari idea renovasi untuk ruang dapur yang menarik? Jika benar, ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan anda semua.
Ada beberapa idea renovasi yang menarik untuk ruang dapur di rumah anda yang boleh dijadikan sebagai panduan atau pun sumber inspirasi.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan idea renovasi menarik untuk ruang dapur yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi.
Sekiranya anda mempunyai saiz keluasan ruang dapur yang luar, amat digalakan untuk melakukan renovasi ini bagi mendapatkan ruang memasak yang begitu selesa.
Selain itu, aliran pengudaraan yang baik adalah sangat penting untuk ruang dapur atau memasak. Ini kerana, aliran pengudaraan yang baik dapat memberi keselesaan ketika memasak selain bau-bauan tidak menyenangkan terperangkap dalam rumah.
Sumber: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Kabinet TV Lama Diberi Nafas Baru, Kini Tampak Lebih Cantik & Mewah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teratak Indah Sebuah Banglo Idaman
Pandemik Covid 19 cukup memberi impak kepada semua masyarakat. Tidak kira apa sekali pun. Begitu juga dengan IMPIANA, jika dahulu mudahnya kami diberi peluang untuk menjamu mata melihat keindahan kediaman miliki peribadi kediaman diluar sana. Kini, IMPIANA hanya boleh bertemu dialam maya dengan pembaca dan pemilik yang kami sayang. Hasrat untuk berkongsi ilmu dalam dekorasi tidak pernah putus walaupun dalam keadaan apa sekali pun.
IMPIANA diberi peluang untuk berkongsi kisah sebalik pemilik rumah ini yang bermurah hati untuk berkongsi konsep kediaman mereka dengan pembaca IMPIANA yang lain. Pemilik, Puan Khairunnisak Ramli dan Suami Encik Azaini Abd Aziz yang mempunyai tiga orang anak cahaya mata kesemuanya sudah besar panjang. Puan Khairunnisak yang mesra dengan panggilan Puan Nisa ini telah bersara dari TNB kini bergiat aktif dalam aktiviti memasak dan laris menjual diatas talian. Manakala, suami beliau masih bekerja sebagai juruaudit.
Kediaman ini dibina di atas tanah lot berkeluasan 7500 kaki persegi yang terletak di Sungai Udang, Klang. Pada tahun 2017 pasangan ini mula merancang untuk membina sebuah banglo idaman. Rumah ini berjaya didiami pada tahun 2018.
Kediaman jenis banglo berkonsepkan English Garden diilhamkan oleh Puan Nisa sendiri dari sudut luaran dan dalaman. Manakala usaha menyiapkan susun atur hiasan dilakukan oleh suami dengan bantuan anak-anak.
“Banglo kami yg diberi nama IZZA SOPHEA adalah bersempena gabungan nama dua anak perempuan kami. Didiami oleh kami suami isteri dan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan), seorang menantu perempuan dan seorang cucu. Mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air, satu ruang solat, satu ruang dapur kering dan satu ruang dapur basah serta ruang tamu, terang Puan Nisa”.
Cukup luas dan sempurna kediaman ini. Banglo ini meriah dengan kehadirann cucu Puan Nisa dan suami. Binaan dalam rumah ini sengaja dilakukan dalam pelanlantai yang sama dan kurang denga liku rekaan agar ia tampak lebih luas dan selesa bagi setiap ruang.
Terdapat jugak ruang makan tetamu yang dihiasi dengan jubin pada dinding dan gayakan dengan akuarium dinding bagi menaikkan mood dan suasana pada ruang makan tersebut. Ruang solat yang berasingan juga disediakan bagimemudahkan para tetamu yang datang bertandang ke rumah mereka.
“Sejujurnya saya amat meminati hiasan berkonsep English Style dan kebanyakan perabot bertemakan warna putih. Kebanyakan hiasan dalaman juga dibeli di SSF dan Ikea. Saya juga minat memasak. Oleh kerana itu ruang dapur kering saya sering menjadi tumpuan setiap kali saya mengambil foto masakan saya. Ruang ini juga adalah profile picture untuk Instagram saya iaitu Izzasophea.kitchen, cerita Puan Nisa.”
Selain dari minat memasak saya juga minat menghias taman. Saya dan suami telah menghasilkan taman mini diruang santai bersebelahan ruang dapur basah dan ruang menonton kami. Saya gabungkan pokok2 bunga dan beberapa jenis pokok masakan seperti bromeliad, orkid, siti zubaidah, fiddle fig, pokok daun kesum, daun pandan, pucuk kadok,daun sadri dan beberapa jenis pokok gantung ditaman mini kami. Tambah beliau lagi.
Walaupun perkarangan rumah tidak berapa luas, kami juga ada menanam beberapa jenis pokok buah-buahan seperti mangga,rambutan,longan,
limau dan nenas. Ada setengahnya di tanam di dalam pasu bagi menjimatkan ruang kerana saya lebih mengutamakan keselesaan ruang santai di setiap sudut. Contohnya dikawasan belakang rumah saya juga menyediakan meja taman untuk keselesaan kami sekeluarga menikmati suasana di mini kebun buah-buahan.
Saya juga ada menanam pokok doa di tepi rumah. Selain sebagai hiasan ianya juga meredupkan kawasan rumah. Bersebelahan pokok doa ada disediakan kerusi taman dan beberapa jenis tanaman berbunga. Manakala, disebelah kawasan pakir, terdapat jugak pokok mangga dan beberapa jenis pokok hiasan serta kerusi taman bagi menghiasi laman.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inspirasi Natural Calm Bilik Tidur
Bilik tidur sepatutnya menjadi tempat paling mendamaikan di dalam kediaman. Ditambah pula dengan konsep dekorasi yang mencerminkan personaliti anda juga identiti keseluruhan ruang ini. Untuk memberikan magis lebih natural, gandingkan elemen kayu dengan kesesuaian tema penataan.
Seperti semua kita tahu, bilik tidur merupakan ruang untuk menikmati waktu istirahat setelah seharian penat bekerja atau melakukan aktiviti rutin. Bilik tidur yang sempurna bukan sahaja selesa tetapi memiliki karakter tersendiri. Dalam soal ini, anda sebagai penghuni lebih tahu untuk mencorakkannya agar tidur malam lebih lena dan berkualiti.
Meskipun trend hari ini pelbagai material digunakan untuk mencipta bingkai katil, namun penggunaan perabot kayu tetap ada di dalam ruang ini. Tidak keseluruhan, mungkin satu dua sahaja. Ada juga yang hanya meletakkan item perhiasan daripada material kayu bagi mewujudkan suasana lebih semula jadi dan menenangkan. #
GAYA ORIENTAL
Cetuskan sebuah bilik tidur dengan tema bersifat etnik. Salah satunya gaya Oriental yang sangat rapat dengan dengan masyarakat Indo China. Pada keseluruhan ruang, gunakan sepenuhnya elemen kayu berona gelap diadun dengan kemasan lembut dalam rona terang atau lembut.
Pemilihan katil bertiang dihias tirai linen membangkitkan keindahan. Lantai rona merah oak meredupkan suasana, manakala kehadiran bangku yang diletakkan pada hujung katil, meja sisi juga kabinet penstoran dalam rona yang sama melengkapi aura semula jadi dalam ruang beradu. Untuk menambahkan dramatik, gunakan lampu chandelier rekaan klasik.
ILHAM KAYU PALET
Bilik tidur dalam warna semula jadi pada penggunaan tekstil dan cat dinding akan mewujudkan keharmonian keseluruhan ruang. Untuk mencipta penegasan dan titik tumpu yang unik pada bilik tidur gaya moden, anda boleh gunakan kayu palet dan lekatkan pada dinding. Ia boleh juga dijadikan sebagai kepala katil dengan melekatkan kayu palet tersebut sehingga mencecah siling. Untuk nampak sedikit kontra, anda boleh gandingkan perabot berona gelap dan cerah.
ALL WHITE
Semuanya putih. Siapa mengatakan putih itu membosankan? Putih merupakan rona yang membuatkan suasana di dalam bilik tidur terasa lebih tenang, lembut dan suci. Selain dinding dicat putih, anda boleh abadikan ia dengan pemilihan perabot seperti katil dan meja sisi juga berwarna putih. Digandingkan dengan kemasan lembut iaitu cadar dan sarung bantal bercorak agar tidak kelihatan terlalu kaku. Pemilihan lantai laminasi berona putih keabuan menambahkan lagi karakter pada ruang berehat ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Cara Mudah Buat Sendiri Sabun Dari Minyak Masak Terpakai
Minyak masak, sebaiknya digunakan hanya 3 kali. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah memastikan hidangan yang dihasilkan enak. Namun, secara tradisionalnya minyak masakkan terpakai akan dibuang ke dalam saliran air keluar begitu sahaja. Hal ini antara punca utama pencemaran sumber air seperti sungai jika tidak melalui proses tapisan atau tidak diurus baik sebelum dilepaskan ke saliran air utama
Sedar kepentinggan pengurusan pepejal ini secara bijak tambahan ada kegunaan lain minyak masak terpakai, banyak syarikat atau pembeli kini membeli minyak masak terpakai untuk di proses menjadi Bio-diesel. Harga belian minyak masak terpakai ini antara RM 1.20-2.00.
Namun, bagi kita yang menghasilkan minyak masaka terpakai tak berapa nak banyak ni. Untuk hasilkan 5 liter minyak terpakai pun berbulan, hal ini agak melecehkan. Nak pakai oil hardener dan buang pun, boleh menjadi punca pencemaran.
Sebenarnya minyak goreng ikan dan ayam yang nak dibuang tu, boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan sabun. Salah satu lagi cara bijak menguruskan sisa pepejal. Zarraz Medicare berkongsi cara piling mudah untuk hasilkan sabun dari minyak masak terpakai dengan menggunkan teknik coldpress. Jom kita tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI