Bagi anda yang mengemarkan makanan tradisi masyarakat Melayu dan ingin menikmati suasana kampung, restoran White N Black Kampong Heritage, Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Restoran White N Black Kampong Heritage yang mengetengahkan konsep dekorasi tradisi Melayu dengan suasana seakan seperti di kampung halaman tercinta ini terletak di tengah bandaraya ibu kota raya Kuala Lumpur.
Sememangnya jarang-jarang kita dapat lihat sebuah restoran atau kafe yang berkonsepkan seperti ini di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Jadi buat anda yang gemarkan suasana kampung, sudah pastinya akan berasa teruja untuk menikmati juadah makanan yang disediakan di sini.
Lihat sahaja dekorasi ruang dalaman restoran White N Black Kampung Heritage ini, mengunakan elemen seni tradisional kain batik, rotan serta kayu papan daripada rumah kampung lama sebagai pilihan bagi mewujudkan suasana kampung yang lebih sempurna.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke White N Black Kampung Heritage ini, boleh datang ke restoran yang beralamat di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, 80300 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat anda, sepanjang bulan Ramadan ini juga, White N Black Kampung Heritage akan menyediakan menu ‘ala carte’ termasuk signature White N Black Kampung Heritage iaitu Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar dan Pais Patin serta banyak lagi bermula harga dari RM30 sehingga RM70.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di laman media sosial rasmi dibawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Memartabatkan Kesenian Warisan Malaysia, Temple Tree Resort Bina Semula 8 Buah Rumah Lama Dari Serata Tanah Air