KUALA LUMPUR, 1 NOV 2017 -Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.
“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Ads
Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan. Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Ads
“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.
Ads
Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,” tambah Ho.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, pelbagai warna yang berada disekeliling diri kita memberikan erti serta mempunyai makna yang tersendiri istimewa buat diri anda sendiri. Selain bagaimana warna ini melambangkan identiti dan keperibadian diri kita, sudah semestinya ia jua mengambarkan luahan isi hati serta perasaan anda. Malah, ada juga dikalangan kita yang sering kali terhenti sejenak untuk merenung apa yang dianggap penting dalam kehidupan kita, namun begitu warna juga merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.
Terbaharu, jenama syarikat pengeluar cat terkemuka tanah air iaitu Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. kini telah melancarkan Koleksi Warna Global miliknya untuk tahun 2023, yang menggangkat tema Stories sebagai pilihan berlansung di The Paper, APW Bangsar.
Untuk maklumat anda, aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus khas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman anda, di samping membekalkan pengguna peluang untuk mendefinisikan diri mereka melalui pelbagai trend warna yang baharu. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya. Dengan caranya sendiri, ia menyuntik elemen keceriaan pada mahligai idaman kita.
“Warna membolehkan kita meluahkan buah fikiran, emosi dan tindakan – ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan menjadi asas kepada ruang kediaman yang dihuni. Sementara gaya hidup dan keutamaan kita berubah seiring dengan masa, kita sering cuba menyelami diri untuk memahami teras dan matlamat diri kita, dan renungan ini lazimnya mengambil tempat di rumah; di mana kita berasa selamat, di mana kita memperbaiki diri, dan di mana kita mencorak cerita-cerita yang mendefinisikan diri kita. Kami telah menimba inspirasi untuk memperkenalkan #JotunColourStories kerana dalam perniagaan yang melibatkan warna ini, kami sedar bahawa sebuah rumah yang dihiasi dengan warna-warna yang bersifat abadi, luhur dan serba kaya, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesejahteraan diri kita, di mana minda, jiwa dan raga kita disuburkan dan saling dihubungkan.
Dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2023, kami telah menghasilkan aneka warna yang dapat membantu anda meneroka serta kongsikan kisah unik anda menerusi kediaman yang anda huni. Bukan itu sahaja, kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Jun Ong, Pengasas Bersama POW Ideas, dan Ee Soon Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Art Printing Works (APW) bagi inisiatif mentransformasi ruang APW untuk mempamerkan #JotunColourStories kepada warga umum.” ujarPengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APW, Ee Soon Wei berkongsi, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jotun dan POW Ideas dalam penggunaan ruang ini dengan matlamat untuk memberi warna sebuah nafas di samping merangkap sebuah cerita. Dari saat anda melangkah masuk, anda dapat mengamati sebuah dunia yang diisi dengan sebuah tema dan cerita. Kami telah mengambil ilham daripada visi Jotun untuk menukilkan sebuah cerita menggunakan warna dan cat ditujukan kepada rakan-rakan kongsi Jotun dan warga umum, dan kami ingin melakukan yang terbaik untuk bantu merealisasikan #JotunColourStories.”
“Setelah kami mendapat tahu yang Jotun ingin meluahkan sehimpun cerita menggunakan warna dan cat di sebuah ruang fizikal, kami sedar bahawa ia merupakan satu idea yang patut diterokai. Kami selalu mendahagakan idea-idea baharu serta kolaborasi untuk membantu pelbagai jenama menukilkan cerita mereka kepada audiens masing-masing. Selepas beberapa sesi perbincangan, kita telah bantu menghiasi ruang APW untuk merangkapkan sebuah cerita yang istimewa. Kami telah berhasrat untuk mempamerkan bagaimana setiap tema warna adalah berbeza dari satu sama lain, setiap tema tersirat dengan ceritanya yang tersendiri – satu untuk minda, satu untuk raga, dan satu untuk jiwa. Kami berbangga dengan hasilnya dan berharap orang ramai yang mengunjungi ruang ini dapat mengamati sendiri suasananya dengan #JotunColourStories,” sebut Pengasas Bersama Pow Ideas, Jun Ong.
Dengan Majestic Sense yang baru sahaja diperkenalkan oleh Jotun ini, elemen kecantikan dan juga kesihatan bakal menjadi pelengkap mahligai idaman anda. Cat interior bertaraf premium ini dirumus khas dengan teknologi inovasi yang membolehkan membekalkan tahap kualiti udara yang bersih di ruang dalam rumah anda di samping mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk didiami. Majestic Sense juga tidak berbau, berketahanan lama pada permukaan dinding, menghilangkan cela serta membuat dinding rumah anda kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan kemasannya yang serba halus.
Daripada 21 rona yang dipersembahkan dalam Kad Warna tahun ini, 9 merupakan ahli baharu dalam koleksi Jotun. Makmal teknologi warna Jotun menerusi kerjasama dengan Larsen dan pasukannya, telah membangunkan sebuah pelet warna unik yang mencakupi warna-warna neutral serba suam, hijau natural yang mendamaikan, serta warna merah yang diperkayakan antara lainnya.
Warna-warna baharu ini telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan, bersama rona-rona yang sedia ada daripada Jotun untuk menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi. Langkah ini membantu menghasilkan interior serba koheren yang menggambarkan sebuah cerita mengenai kediaman tersebut berserta penghuninya. Larsen dan pasukan beliau menilai mood dan minda individu, kota, dan juga masyarakat di serata dunia. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan salah satu penemuan yang penting serta kecenderungan sosiobudaya masa kini. Keheningan dalam kesederhanaan, kenaiman alam semula jadi, dan nostalgia sebuah kehidupan.
Tambah beliau, “Bagi kebanyakan kita, peranan kediaman kita dan apa yang kita inginkan daripadanya telah berubah mutakhir ini. Sebelum ini, ia berfungsi sebagai tempat berlindung di mana kita pulang dan berehat, tapi memandangkan kini kita lebih meluangkan masa di rumah, maka apa yang kita inginkan daripadanya juga turut berubah. Rumah kini telah menjadi wadah untuk bekerja, bermain, berehat, dan berhubung. Koleksi Warna Global baharu oleh Jotun menyedari kenyataan ini dan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kediaman mereka sebagai cerminan kepada apa yang mereka pentingkan. Untuk memilih warna yang dapat memberi mereka inspirasi, biar untuk apa jua tujuan. Untuk berhenti sejenak dan turunkan kreativiti dari hati. Tiga tema warna tersebut ialah:
SERENE PRESENCE Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.
Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu anda kekal tertumpu.
NATURAL GROUNDED Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang lembut.
Warna-warna dalam pelet ini membina titian ke alam semula jadi, selain memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau memetik gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.
CURATED LIVING Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.
Gandingan yang sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari, pelet yang bersifat abadi ini sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah anda. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri anda.
Sejajar dengan hasrat untuk mengisi jiwa, raga, dan minda orang ramai, Jotun akan menghoskan sebuah sesi kebersamaan selama sebulan dari 3 November hingga 4 Disember di The Paper,APW Bangsar di mana pelawat boleh mengunjungi ruang pameran bagi mendapatkan konsultasi warna daripada warga pakar kami, atau untuk memetik ilham. Anda akan disajikan dengan persembahan muzik oleh artis tempatan, bengkel membuat wangian untuk melengkapi warna kediaman anda, dan sesi perkongsian untuk membantu anda menggubah ruang kediaman yang diidamkan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Lebih 24 ekor burung kakak tua Yellow-crested yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan oleh pihak polis Indonesia dari menjadi mangsa penyeludupuan. Paling menyedihkan, burung kak tua tersebut disumbat ke dalam botol air miniral 500ml yang telah dikosongkan untuk mengaburi pihak kastam yang melakukan pemeriksaan di Tanjung Perak Surabaya, Indonesia.
Walaupun kejadian telah berlaku pada 5 May 2015, ia kurang di hebahkan dan proses penyeludupan sehingga kini masih berjalan. Menurut International Union Conservation Of Nature and Natura Resources, burung kakak tua Yellow-crested disenaraikan sebagai spesies terancam sejak 2017.
Kadar tangkapan juga semakin banyak dengan perluasan kawasan termasuklah Rawa Aopa Watumohai National Park, Buton dan Pulau Kadatua. Jumlah penyeludupan semakin meningkat dan tetap diteruskan disebabkan oleh permintaan tinggi di negara-negara Eropah. Setiap ekor burung kak tua boleh dijual pada harga £650
Dalam proses penyeludupan, disahkan 40% burung kakak tua akan mati akibat sifat tidak keperimanusiaan penyeludup yang menyeksa haiwan tersebut ketika dalam perjalanan. Ini bermakna, dalam 1,000 ekor yang diseludup 400 ekor akan mati.
Secara tidak langsung, Jumlah kuwujudan burang kakak tua Yellow-crested menjadi turun secara mendadak di tambah dengan masalah pengondolan hutan secara berleluasa. Tambahan, menurut banci lebih 10,000 spesies kaktua termasuk Lories ditangkap di Utara Halmahera, Indonesia setiap tahun untuk tujuan penyeludupan.
Mengecilkan lagi populasi disebabkan oleh kadar pembiakkanya yang sangat perlahan dimana ia berupaya bertelur sekali dalam tempoh setahun. Tidak seperti jenis burung yang lain 3 kali musim. Bagi setiap musim mengawan, burung kakak tua hanya mampu menghasilkan 2 biji telur maksimum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengemas rumah bukan satu perkara mudah dan ia memenatkan kalau tidak merancang mana satu hendak dilakukan terlebih dahulu. IMPIANA tertarik denga produk terbaru ECOVACS ROBOTICS (“ECOVACS”) ini yang melancarkan keluarga baharu Vakum & Mop DEEBOT X1 semua dalam satu. Baca artikel ini sampai habis tentang kelebihan dan kehebatan vakum 2 in 1 ini.
ECOVACS ROBOTICS (“ECOVACS”), jenama robotik perkhidmatan terkemuka dunia, melancarkan DEEBOT X1 Family perdana baharu yang merupakan pembersih vakum robotik serba guna pertama dalam industri. Dilancarkan di bawah tema “Masa Hadapan Robot, Hari Ini.”, DEEBOT X1 Family, yang merangkumi DEEBOT X1 OMNI dan DEEBOT X1 TURBO bersama-sama dengan stesen pangkalan semua dalam satu pertama industri OMNI, menggabungkan fungsi dan reka bentuk. Ia mencipta penanda aras industri robotik perkhidmatan rumah baharu untuk pembersihan rumah premium dan menetapkan hala tuju bagi pembangunan masa hadapan dengan menampilkan kuasa sedutan terkuat ECOVACS sebanyak 5000Pa, teknologi AIVI 3D dan TrueMapping 2.0 terkini dan pembantu suara interaktif AI bahasa semula jadi pertama dalam industri, YIKO. Dengan reka bentuk oleh Jacob Jensen Design, ia menjadikan setiap model DEEBOT X1 seumpama karya seni yang menyempurnakan mana-mana rumah yang direka bentuk dengan elegan.
David Qian, Ketua Pegawai Eksekutif ECOVACS ROBOTICS berkata, “DEEBOT X1 Family yang baharu dilancarkan mengangkat robotik perkhidmatan rumah ke peringkat seterusnya dengan siri teknologi pintar baharu yang direka untuk membawa automasi, kemudahan dan manfaat yang tiada tandingan kepada pelanggan kami.”
Stesen OMNI yang unik dan fungsi pembersihan yang lebih berkuasa memberikan kemudahan dan manfaat yang tiada tandingan kepada pengguna DEEBOT X1 OMNI ialah pembersih vakum robotik pertama yang berupaya menguruskan keseluruhan proses pembersihan lantai. Selain daripada menyapu, memvakum dan mengemop, model baharu ini juga membasuh dan mengeringkan pad mop serta mengumpulkan lebih banyak habuk menggunakan stesen pangkalan baharu, menjadikannya pembersih vakum robotik serba guna pertama yang benar-benar menjimatkan masa pengguna daripada melakukan kerja pengemasan rumah.
Stesen OMNI, stesen pangkalan serba guna pertama ECOVACS yang juga pertama seumpamanya di dunia menggabungkan fungsi pengumpulan habuk automatik, membersihkan mop, mengisi semula air dan pengeringan udara panas. Stesen pangkalan OMNI serba lengkap mempunyai tangki air bersih/kotor 4L untuk menyimpan dan mengitar semula sisa air secara automatik selepas membersihkan pad mop dan mengisi semula tangki air model DEEBOT X1 OMNI dengan air bersih.
DEEBOT X1 Family juga dilengkapi dengan stesen satu fungsi — Stesen Pembersihan — yang berfungsi dengan model DEEBOT X1 TURBO. Selepas setiap pusingan pembersihan, stesen pangkalan secara automatik mencuci pad mop dan mengeringkannya menggunakan udara sejuk untuk menghilangkan bau apabila bekerja dalam persekitaran lembap.
Kedua-dua stesen pangkalan membenarkan DEEBOT X1 Family mengosongkan dan mengemop lebih lama, mengubah cara pengguna menggunakan pembersih vakum robotik mewah dan menyambut era baharu industri robotik perkhidmatan rumah.
DEEBOT X1 Family juga menampilkan sistem mop terkuat1, Sistem Mop Tekanan Putar OZMO Turbo 2.0. Ia menggabungkan tekanan tinggi dan putaran berkelajuan tinggi 180 rpm (putaran seminit) untuk membersihkan kotoran degil dengan berkesan, termasuk kesan kopi dan kicap yang memejal selepas tiga hari. Gabungan sistem sedutan yang berkuasa dan Sistem Mop Tekanan Putar Turbo 2.0 OZMO menjadikan DEEBOT X1 unggul dalam pelbagai fungsi. Berbeza dengan sistem menyapu dan mengemop lain dalam industri, DEEBOT X1 memastikan pad mop sentiasa lembap untuk memastikan kedua-dua proses diselesaikan dengan cekap sekali gus.
Peta 3D dan 3D AIVI yang lebih pintar mendedahkan potensi yang menarik ECOVACS menambah teknologi AIVI 3D serba baharu kepada DEEBOT X1 Family, meningkatkan persepsi robot terhadap persekitaran menggunakan teknologi laser dan penderiaan visual dengan lebih ketara.
Siri ini menampilkan sensor RGBD, sensor paling kompleks yang dibangunkan oleh ECOVACS. Ia termasuk teknologi pengimejan julat dinamik HDR dan boleh menangkap imej persekitaran dan maklumat semantik dengan tepat dalam persekitaran yang gelap.
Teknologi TrueMapping 2.0 mempercepatkan pemetaan dan menawarkan medan pandangan yang lebih luas. Dengan sokongan teknologi 3D AIVI, ECOVACS menambah dimensi ketiga pada pemetaan isi rumah. Gabungan ini meningkatkan kelajuan pemetaan sebanyak sepuluh kali ganda, menggandakan julat visual, mengurangkan masa pembersihan sebanyak 25% dan membolehkan robot merentasi persekitaran rumah yang berbeza dengan lebih tepat. Dengan menjadikannya lebih mudah untuk menyasarkan kawasan dan lokasi kotor tertentu, robot mengubah pembersihan kepada satu pengalaman yang lebih mudah dan cekap.
DEEBOT X1 Family menggunakan cip Horizon GAI. Ini merupakan kali pertama teknologi autopilot digunakan dalam robot perkhidmatan rumah. Cip baharu meningkatkan keupayaan robot dengan lebih ketara lagi untuk mengenal pasti dan merasakan jenis objek yang berbeza sambil membina maklumat persekitaran dalam 3D serta mencipta segmen rumah yang berbeza untuk pembersihan yang disasarkan. Perisian tegar cip juga menyokong peningkatan melalui udara (OTA).
Pembantu Suara YIKO ECOVACS meningkatkan pengalaman pengguna, disyorkan oleh Google, ECOVACS yakin bahawa interaksi bahasa semula jadi akan menjadi ciri yang paling penting untuk interaksi manusia-robot. DEEBOT X1 Family mempunyai pembantu interaktif bahasa semula jadi pertama dalam industri, YIKO. Dengan menggabungkan algoritma AI suara dan visual, YIKO membolehkan komunikasi bahasa semula jadi dan interaksi pelbagai mod dalam bahasa Inggeris. Apabila disepadukan dengan fungsi robot lain, ia membolehkan pengguna mengawal dan membimbing robot dengan tepat sambil memudahkan tugas rumah yang kompleks dengan arahan suara.
YIKO menggunakan beberapa teknologi interaksi suara pintar AI, termasuk semantik suara daripada Google untuk meningkatkan ketepatan dan masa tindak balas, membawa pengguna melalui pengalaman interaktif bahasa semula jadi yang pertama seumpanya. Pengguna boleh membina peta lengkap untuk pembersihan yang cekap dengan berkata, “OK YIKO, bina peta cepat.” YIKO mengubah pengalaman pengguna, menukar DEEBOT X1 Family daripada alat pembersihan yang sangat pintar kepada robotik perkhidmatan rumah yang sejati.
Jacob Jensen Design mengubah DEEBOT X1 menjadi karya seni Syarikat reka bentuk Denmark yang berprestij, Jacob Jensen Design menambah falsafah minimalisme Nordik asli dalam reka bentuk DEEBOT X1 Family, menjadikan robot rumah ini satu karya seni. Ini merupakan kali pertama Jacob Jensen Design mereka bentuk robot perkhidmatan rumah.
Stesen pangkalan dengan binaan badan logam perak tahan lama bersama butang sentuh berunsurkan segi empat tepat perak dan hitam melengkapkan persekitaran rumah mewah. Dengan reka bentuk minimalis Jacob Jensen Design, DEEBOT X1 Family menjadi karya seni yang diidamkan oleh setiap isi rumah. Dengan fungsi yang lebih berkuasa dan mengekalkan reka bentuk dan kualiti sebagai keutamaan, keluarga baharu DEEBOT X1 Family kini bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah dengan menggabungkan reka bentuk dan fungsi.
Harga dan cara pembelian
Harga runcit yang dicadangkan untuk DEEBOT X1 OMINI ialah RM7,999 dan ia boleh didapati di Shopee dari 26 hingga 27 Mac pada harga istimewa RM4,999. Manakala, harga runcit yang dicadangkan untuk DEEBOT X1 TURBO pula ialah RM6,999 dan ia boleh didapati di Lazada dari 26 hingga 27 Mac pada harga istimewa RM4,399.
Tentang ECOVACS ROBOTICS
Inovasi Sejak Dahulu – Membina Rumah Pintar. ECOVACS ROBOTICS menawarkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan gaya hidup anda. Berpandukan penggunaan dan pengalaman pengguna, kami menghasilkan robot-robot yang membolehkan anda “menikmati kehidupan secara pintar.” Dengan berpandukan kepakaran reka bentuk serta memacu penyelidikan industri selama lebih 20 tahun, kami menerajui pasaran seiring dengan pembangunan rumah yang lebih pintar dan responsif. Kami ingin mengurangkan beban kerja di rumah supaya anda dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti kegemaran anda.
Apa kata anda dengan pilihan IMPIANA kali ini. Tunggu apa lagi nak raya ni jom la cari pembantu rumah ni…
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.