Bagi yang tidak tahu, sejarah jenama barangan kelengkapan rumah terkemuka antarabangsa, IKEA telah berada di Malaysia bermula pada tahun 1996 dengan membuka kedai cawangan pertamanya dengan keluasan 8,000 meter persegi di pusat membeli-belah 1Utama.
Selepas tujuh tahun beroperasi, IKEA telah berpindah ke Mutiara Damansara untuk membuka gedung pertamanya yang dikenali sebagai IKEA Damansara pada tanggal 14 Ogos. Kini, telah genap 20 tahun gedung ikonik itu dibuka kepada orang ramai dan IKEA Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini!
Bagi menyemarakkan sambutan ulang-tahun ke-20 IKEA Damansara, satu siri aktiviti dan tawaran yang mengujakan bakal menanti para pelanggan, bermula dari 14 Julai sehingga sambutan kemuncaknya pada 20 Ogos.
“IKEA Damansara telah melangkah begitu jauh, berkat sokongan yang diberikan kepada kami selama ini. ‘20 Years of Damansara Lah!’ meraikan perjalanan menakjubkan yang telah kami kongsikan bersama pelanggan kami, serta setiap detik gembira yang membuatkan mereka berkata ‘wow’ atau ‘cantiknya’ dengan terujanya. Pelanggan kami terus menjadi sumber inspirasi IKEA, dan kami berazam untuk berkembang lebih jauh dan menawarkan penyelesaian kelengkapan rumah dan banyak lagi yang bertepatan dengan keperluan mereka,” kongsi Malcolm Pruys, Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia.
Sambutan itu dibuka tirai dengan penampilan sebuah replika gergasi kerusi kanak-kanak MAMMUT. Sejak diperkenalkan pada tahun 1993, kerusi tersebut yang berilhamkan komik dan merupakan sebahagian daripada rangkaian IKEA MAMMUT untuk kanak-kanak, telah membawa kegembiraan kepada ramai keluarga. Atas semangat itulah IKEA Damansara akan menganjurkan pelbagai aktiviti di gedungnya untuk dinikmati anak-anak anda!
Setiap hari, pelbagai aktiviti seni dan kraf akan disajikan khusus untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di IKEA Småland setiap hujung minggu sehingga 20 Ogos. Khabar baik untuk anda, kerana untuk penyertaan tersebut adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ke-20 itu, satu siri tawaran mingguan yang menarik akan ditawarkan secara eksklusif bagi ahli IKEA Family. Tawaran itu akan dilancarkan secara berperingkat bagi barangan terpilih sahaja di IKEA Damansara dan Cheras bermula dari 14 Julai hingga 20 Ogos, termasuk produk-produk IKEA yang popular seperti Meja GRÅSALA, Kerusi Permainan MATCHSPEL, Troli NISSAFORS dan sebagainya. Fasa pertama tawaran ini telahpun bermula dan akan berlanjutan sehingga 20 Julai.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: DIY Accent Wall Warna Biru Laut, Terus Berubah Aura Ruang Tamu Kediaman