DIY

Berseri Pintu Rumah Nampak Mahal, Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished

Share

Berseri Pintu Rumah, Nampak Mahal Guna Fluted Wall & Kemasan Cat Matte Finished. Pintu lama di rumah tak semestinya perlu tukar baru, hanya tambahkan fluted wall dan cat matte finished boleh merubah wajah dan menaikkan seri pintu kediaman. Malah kosnya pun lebih murah dan tak semahal nak beli pintu baru.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Shida Razak KC dalam ‘makeover’ pintu di rumahnya.

Sis makeover pintu lama jadi baru dan nampak macam mahal. Cukuplah di mata sis nampak mahal , tapi pembuatan dia murah tak mahal mana kosnya. Tak sampai RM500. Dari nak tukar pintu baru membazir je.

Progress. Dinding sis cat dulu warna kegemaran sis kelabu gelap.

Sebelum

Sis cat hitam matt finish beli di shopee ada jual jenis matt ni, boleh search Eco Paint MATTE FINISHED Wood Paint & Metal Paint( For Wood & Metal) 

Sis beli fluted wall hitam 6 keping dah cukup. Tengok besar mana pintu tu. Sebelum hubby pergi keje sis suruh dia potongkan fluted panel guna grinder mengikut tandaan yang sis dah buat. Sis tak berani guna grinder. Kalau takde grinder. Pakai gaji besi pun boleh.

Fluted wall hitam 6 keping sis perlukan. 1 keping berukuran 150mm lebar dan panjang 2900mm. Kiraan berapa keping diperlukan bergantung design, ukuran lebar dan tinggi anda perlukan.

Lepas tu masa nak gam. Kita guna Xbond Adhersive, sis lekat 3M double side tape skali bagi dia hold kemas masa nak lekat tak lari-lari kemana-mana. So hasil dia kemas dan tak berganjak dari lokasi yang ditetapkan sementara nak tunggu adhersive tu kering dan kuat.

Dah siap.Architrave frame pintu sis dah tempah kat tukang kayu. Tinggal nak pasang frame bg kemas dan pintu nampak lebih besar. Dah 2 minggu tak siap-siap..sis tak sabar. Sis cat dulu keliling tu macam frame..macam ok jugak.

Ni lah hasilnya bila kita bukak pintu. Sekarang sis asyik-asyik nak bukak pintu. Macam tak caya buat sendiri yang selama ni dok idam-idamkan sangat pintu lagu ni. Hari-hari lap pintu. Sayang.

Zoom dekat sikit. Tengok kemasan. Oklah ni untuk sis.

Di cat bahagian dalam. Takde fluted. Sebab ada soft door closer. Kacau.
Sekian perkongsian hari ni kawan-kawan.

Begitulah sedikit perkongsian dari sis harini. Mencantikkan pintu kediaman. Nampak mahal tapi jimat. Mahal di mata sis. Mata orang lain belum tentu. Mahalnya sebab kita buat sendiri.

IMPIANA: Menarik hasil makeover pintu ni guna ‘fluted wall’ dengan kemasan cat hitam matte finish . Naik seri pintu rumah, kos pun jimat tak sampai RM500. Boleh dijadikan inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.

Mesti Baca:Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya!
Baca Lagi Di Sini:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Artikel Menarik:Transformasi Bilik Tidur Utama Konsep ‘Modern English,’ Pintu Tandas Tersorok Dalam Almari

Sumber: Shida Razak KC

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab