Dekorasi

Bersihkan Karpet Lama & Kotor Guna GARAM, Hasilnya Macam Hantar Kedai!

Share

Hamparan karpet di ruang dan sudut kediaman memang menambah seri. Namun, sifat karpet yang bersaiz besar, berat dan berbulu pastinya menyukarkan kita untuk membersihkannya secara berkala.

Paling mudah, kita akan menghantar ke kedai untuk dicuci tapi makan modal la pula. Sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!

Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.

Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.

Bahan yang diperlukan:

  • Mop (jika boleh beli baru)
  • Air secukupnya
  • 2 sudu garam
  • 1 penutup Pure Detol

Cara-cara:

1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.

2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.

3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.

4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).

5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.

Selamat mencuba.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Syarifah Farhana Syed Fadzil

Published by
Nana