Usah terlalu selesa jika selama ini bertahun-tahun hanya menyewa kediaman kediaman milik orang lain . Ada rezeki lebih usahakan untuk membeli rumah sendiri walaupun hanya bersaiz kecil. Banyak kelebihannya apabila memiliki kediaman sendiri, malah jika rumah bersaiz kecil, ia praktikal dan lebih mudah diurus.
Ini antara kelebihannya seperti yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
1. KEPEMILIKAN PERIBADI
Mempunya kawalan penuh ke atas rumah tersebut tanpa perlu risau tentang sewa atau kontrak yang mungkin berubah.
2.KEBEBASAN MENGUBAHSUAI
Bebas untuk tentukan konsep dekorasi dan ubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri tanpa sekatan daripada tuan rumah.
3. PENGURUSAN KOS LEBIH RENDAH
Rumah kecil biasanya lebih mudah untuk diselenggara dengan kos utiliti, pembaikan dan penjagaan yang lebih rendah disebabkan saiznya yang kompak. Namun elakkan membeli unit studio seperti SOHO, SOVO dan SOFO, terutamanya bagi rumah pertama kerana pembeli terpaksa membayar harga komersial yang lebih tinggi, jika mereka membeli unit terbabit.
Ads
– SOHO adalah gabungan tempat tinggal dan tempat kerja
– SOFO adalah unit kecil yang beri pilihan kepada pemilik sama ada menggunakan ruang rumah sebagai tempat tinggal atau tempat kerja
– SOVO adalah pejabat yang siap dibina dan dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan infra untuk memulakan perniagaan.
Ads
4. PENJIMATAN MASA & TENAGA
Saiz rumah lebih kecil bermakna memiliki ruang yang kurang untuk dibersihkan dan diselenggara. Sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.
5. PERSEKITARAN LEBIH INTIM
Rumah kecil sering kali mewujudkan suasana yang lebih mesra dan intim serta memudahkan interaksi dalam keluarga.
6. PELABURAN JANGKA PANJANG
Memiliki rumah sendiri adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang boleh meningkatkan nilai seiring waktu.
7. KESELAMATAN EMOSI
Memiliki tempat tinggal tetap memberikan rasa selamat dan kestabilan emosi, terutamanya untuk keluarga.
Ads
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jangan terlalu selesa menyewa, ada rezeki lebih usahakan untuk memiliki kediaman sendiri walaupun bersaiz kecil.
5 Tahun Terbiar, AIMAN TINO Beli ‘Rumah Busuk’ Sebagai Rumah Pertama.Siapa sangka dalam diam, penyanyi Aiman Tino atau pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Bin Yusri, 27 berkongsi cerita telah 2 tahun membeli kediaman sendiri yang juga merupakan rumah pertamanya di kawasan Kuala Kubu Baru.
Beli ‘Rumah Busuk’
Dalam perkongsian di Tiktok, penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu single “Ku Rela Dibenci” ini bijak merencana masa depan dengan membeli ‘rumah busuk’ yang telah terbiar selama 5 tahun untuk dijadikan aset jangka panjang. Kebiasaannya ‘rumah busuk’ mempunyai harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
Menariknya, rumah jenis teres setingkat tersebut merupakan rumah lama yang telah berusia 30 tahun. Dibeli pada harga RM250k. Memiliki 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu, dapur dan laman belakang yang agak luas. Malah mempunyai siling yang tinggi, boleh dijadikan loteng sebagai ruang tambahan.
Ruang DepanRuang Tamu
Bilik UtamaBilik KeduaBilik KetigaDapurLaman Belakang
Impian Hias Rumah Bagai Hotel 5 Bintang
Meskipun keadaan rumah terbiar yang dipenuhi dengan semak samun, sampah sarap dan kerosakan yang teruk, Aiman berazam untuk menjadikan rumah tersebut dihias cantik bagaikan hotel 5 bintang.
“Cerita hari ini, Rumah Pertamaku. Dah 2 tahun saya beli rumah ni, tapi sekarang baru ada lebihan manis untuk renovate buat jadi cantik. Ingat senang je beli rumah ni, tapi tidak realitinya banyak pakai wang, kena bayar macam-macam sampai pening kepala. Saya janji, rumah ini saya akan cantikkan dia jadi macam hotel 5 bintang!
“Kalau korang tahu kat mana nak beli barang rumah, barang dapur yang berpatutan & aesthetic tolong recommend kan kedai yang memang bagus untuk saya beli,”
Buat masa sekarang, saya masih lagi cari gate, pintu depan, pintu belakang & perabot untuk ruang tamu & bilik.
Kalau ada ingin berkolaborasi bersama pun apa salahnya hehehe. Doakan rumah baru saya siap sebelum raya, kalau siap awal nanti openhouse saya ajak semua kawan-kawan datang makan. Tunggu kan video akan datang lepas siap rumah nanti yee,” ujar Aiman.
IMPIANA: Tahniah impiana ucapkan buat Aiman Tino atas pencapaian membeli rumah pertama. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tunggu rumah siap di ubahsuai dan dihias cantik nanti.
TIADA apa yang mustahil sekiranya kita sentiasa berfikiran positif dan bekerja keras.
Seperti kisah viral yang baru-baru ini apabila wanita Orang Asli dari Suku Jahut bakal memiliki rumah impiannya hasil jualan menerusi TikTok.
Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau ini.
Berniaga hasil sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu membuahkan hasil. Malah, beliau tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi TikTok telah membuka pintu rezekinya.
Untuk pengetahuan, wanita yang menggunakan akaun @Jungle Girl ini mula aktif berniaga dilaman sosial mulai November lepas dan tidak sampai setahun. Malah, ibu muda ini juga dapat menjana pendapatan yang memuaskan dengan hampir 60,000 pengikut di TikTok.
Menurut wanita itu, beliau berkeyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lalu.
Menurutnya antara yang dipelajari daripada bengkel tersebut ialah kaedah merakam video dan penyuntingan, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik selain turut disediakan peralatan seperti mikrofon nirkawat, lampu dan tripod.
Bertitik tolak daripada itu, beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah cuba menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan.
“Saya tidak menjangkakan percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu,” katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.
Wah, tahniah kami ucapkan buat Nur Rafidah Man. Moga kisah kejayaannya menjadi inspirasi untuk orang asli di luar sana untuk menjana pendapatan melalui laman sosial ini.
Memiliki sebuah rumah idaman pastinya menjadi satu igauan jika rumah itu mampu dimiliki. Semua orang mampu miliki rumah idaman mereka. Hanya perlu tahu bagaimana untuk milikinya sahaja. Kini segalanya dihujung jari anda. Nak tahu bank apa yang menjadi pilihan pada masa kini untuk pembiayaan perumahan? Baca artikel ini sampai habis.
Tahukah anda untuk membuat pembiayaan perumahan ini bukan mudah jika rekod peribadi anda dalam pinjaman dengan bank tidak berapa baik. Tapi ia akan menjadi lebih mudah dan cepat jika tahu proses pembiayaan itu dengan betul.
Apakah itu pinjaman perumahan?
Pinjaman perumahan adalah sejumlah wang yang anda mohon atau pinjam daripada bank untuk membantu anda membeli rumah idaman anda. Setiap pinjaman akan dikenakan kadar faedah yang ditentukan oleh jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran balik. Oleh itu, perlu diingat bahawa setiap bank akan mempunyai kadar faedah yang berbeza, dan anda harus membuat beberapa kajian sebelum memohon pinjaman perumahan.
Apakah jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Bank Islam?
Bank Islam menyediakan 3 jenis pinjaman perumahan:
Pembiayaan Rumah Baiti-i
Pembiayaan Semula Rumah Wahdah-i
Skim Rumah Pertamaku (SRP) – (Skim Rumah Pertama Saya)
Apakah perkara yang perlu anda ketahui sebelum membuat pinjaman perumahan?
Kadar faedah
Anda mesti mengetahui kadar faedah yang akan dikenakan oleh bank kepada anda, sama ada kadar faedah tetap atau kadar berubah.
Jenis pinjaman
Di Malaysia, terdapat 3 jenis pinjaman yang ditawarkan: pinjaman berjangka, pinjaman separuh atau pinjaman fleksibel.
Tempoh terkunci
Mengetahui tempoh terkunci adalah penting kerana ia sering berlaku apabila terdapat keperluan untuk penyelesaian penuh, pembiayaan semula atau penjualan hartanah anda.
Margin kewangan
Anda mesti memahami margin kewangan anda, iaitu jumlah wang yang bank akan benarkan anda meminjam untuk pinjaman anda dan berapa banyak wang tunai/ pendahuluan yang perlu anda bayar untuk hartanah itu.
Yuran
Yuran termasuk yuran guaman, caj duti setem, yuran pembayaran lewat, yuran penyelesaian awal dan lain-lain.
Jenis bank
Anda harus tahu tentang bank yang telah anda pilih untuk memohon pinjaman rumah, kerana bank yang berbeza menawarkan jumlah pinjaman, syarat dan lain-lain yang berbeza. Pilih bank yang anda selesa untuk memohon pinjaman perumahan.
Siapakah yang layak memohon pinjaman perumahan Bank Islam?
Baiti Home Financing-i & Wahdah Home Refinancing-i
Warganegara Malaysia
18 tahun ke atas
Tidak muflis atau bukan subjek sebarang prosiding undang-undang
Bekerja atau menjalankan perniagaan yang menguntungkan sekurang-kurangnya 3 tahun
Rekod prestasi pembayaran yang baik sekurang-kurangnya 1 tahun
Skim Rumah Pertamaku (SRP) – (My First Home Scheme)
Warganegara Malaysia
18 tahun ke atas
Pembeli rumah kali pertama
Pekerja bergaji (penjawat awam juga layak)
Pendapatan isi rumah kasar bulanan maksimum:
Individu: RM5,000
Bersama: RM10,000
Tiada rekod kemerosotan nilai dalam 12 bulan terakhir dalam CCH
Untuk menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang ditawarkan oleh AKPK di sini.
Mengapa saya perlu memilih pinjaman perumahan Bank Islam?
Ia menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan pinjaman perumahan untuk memenuhi keperluan anda
Bank Islam menyediakan pinjaman perumahan Patuh Syariah berdasarkan Tawarruq (terdiri daripada dua kontrak jual beli).
Nikmati tempoh tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal.
Nikmati margin pembiayaan sehingga 90% (elemen tertentu eksklusif)*.
Kadar Keuntungan serendah BR + 0.38% p.a.*
Tiada tempoh kunci masuk, tiada unsur pengkompaunan dan tiada yuran pemprosesan akan dikenakan.
*Berdasarkan pinjaman perumahan terpilih.
Siapa yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut tentang pinjaman perumahan Bank Islam?
Untuk maklumat lanjut atau bantuan dengan pinjaman perumahan Bank Islam, sila
Hubungi Pusat Panggilan di +603269009000
Emel contactcenter@bankislam.com.my
Kunjungi cawangan Bank Islam terdekat
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan Bank Islam?
Baiti Home Financing-i & Wahdah Home Refinancing-i
Apakah yuran yang termasuk dalam pinjaman perumahan Bank Islam?
Duti Setem
Mengikut Akta Duti Setem 1949 (Disemak 1989)
Yuran Wakalah
RM25
Yuran pembayaran lewat
1% daripada jumlah tertunggak
Yuran pemprosesan
Diketepikan
Yuran pengeluaran
Yuran untuk pendaftaran caj dan caj lain yang berkaitan disertakan
Apakah istilah lazim bagi pinjaman perumahan?
Tempoh terkunci
Tempoh masa di mana anda akan dikenakan penalti jika anda membayar pinjaman perumahan anda lebih awal daripada yang dipersetujui. Denda biasanya antara 2% hingga 5% daripada jumlah keseluruhan.
Margin kewangan (MOF)
Jumlah wang yang akan dipinjamkan oleh bank kepada anda yang menentukan jumlah tunai yang perlu anda bayar pendahuluan untuk hartanah itu.
Kadar faedah
Jumlah wang yang anda bayar kepada bank sebagai tambahan kepada jumlah prinsipal.
Penilaian
Anggaran nilai hartanah, dan duti setem dikira berdasarkan nilai hartanah.
Kadar asas
Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia kepada bank perdagangan untuk pinjaman.
Kadar Pinjaman Asas (BLR)
Kadar yang ditetapkan oleh setiap bank berdasarkan kos peminjaman wang yang akan dipinjamkan kepada peminjam.
Pembiayaan semula
Membayar balik pinjaman sedia ada dan menggantikannya dengan yang baru dengan terma dan syarat baharu.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.