Usah terlalu selesa jika selama ini bertahun-tahun hanya menyewa kediaman kediaman milik orang lain . Ada rezeki lebih usahakan untuk membeli rumah sendiri walaupun hanya bersaiz kecil. Banyak kelebihannya apabila memiliki kediaman sendiri, malah jika rumah bersaiz kecil, ia praktikal dan lebih mudah diurus.
Ini antara kelebihannya seperti yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
Mempunya kawalan penuh ke atas rumah tersebut tanpa perlu risau tentang sewa atau kontrak yang mungkin berubah.
Bebas untuk tentukan konsep dekorasi dan ubahsuai rumah mengikut citarasa sendiri tanpa sekatan daripada tuan rumah.
Rumah kecil biasanya lebih mudah untuk diselenggara dengan kos utiliti, pembaikan dan penjagaan yang lebih rendah disebabkan saiznya yang kompak. Namun elakkan membeli unit studio seperti SOHO, SOVO dan SOFO, terutamanya bagi rumah pertama kerana pembeli terpaksa membayar harga komersial yang lebih tinggi, jika mereka membeli unit terbabit.
– SOHO adalah gabungan tempat tinggal dan tempat kerja
– SOFO adalah unit kecil yang beri pilihan kepada pemilik sama ada menggunakan ruang rumah sebagai tempat tinggal atau tempat kerja
– SOVO adalah pejabat yang siap dibina dan dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan infra untuk memulakan perniagaan.
Saiz rumah lebih kecil bermakna memiliki ruang yang kurang untuk dibersihkan dan diselenggara. Sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.
Rumah kecil sering kali mewujudkan suasana yang lebih mesra dan intim serta memudahkan interaksi dalam keluarga.
Memiliki rumah sendiri adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang boleh meningkatkan nilai seiring waktu.
Memiliki tempat tinggal tetap memberikan rasa selamat dan kestabilan emosi, terutamanya untuk keluarga.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi jangan terlalu selesa menyewa, ada rezeki lebih usahakan untuk memiliki kediaman sendiri walaupun bersaiz kecil.
Mesti Baca: Umur 21 Tahun Adik Beli Rumah Pertama Atas Nama Sendiri, Kakak Kongsikan Caranya!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah Sebelum Usia 30 Tahun Banyak Kelebihan Antaranya Pelaburan Jangka Panjang
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.