Kediaman hari ini, semakin terhad ruang yang ditawarkan demi harga yang agak mahal. Malah gaya hidup ruang kompak juga ditawarkan bagi mereka yang tinggal sendirian atau berdua. Gaya hidup kota yang serba pantas dan sibuk, sememangnya serasi dengan kediaman seumpama ini.
Persoalan mula timbul, bagaimana caranya untuk kita menghias ruang yang sekangkang kera ini? Terdapat beberapa kaedah dan idea boleh kita pilih. Di samping memilih perabot dwi fungsi,ia sememangnya sangat berkesan dan menjimatkan ruang.
Kita juga boleh memilih perabot potongan ringkas dan tirus runcing, yang memberi ilusi ringkas serta tidak menyesakkan pandangan.
Ads
Ads
Di samping memilih kabinet binaan dalam yang samar dengan persekitaran dan yang memberi ilusi ruang, khalayak juga ditawarkan pilih warna selamat seperti nude yang cantik dan tidak keterlaluan. Biarlah aksesori seperti gambar atau lukisan, ada sebuah tetapi cukup besar dan strategik.
Ads
Anda yang memilih ruang kompak untuk tempat tinggal, jangan sesekali menolak elemen hidup seperti pokok hiasan semula jadi. Ia sangat penting dalam memberikan suasana damai, terapi dan oksigen. Selain dari penghawa dingin, dapatkan penyegar udara agar suasana ruang kecil anda segar, tidak lekas berbau dan terjaga. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Usah biarkan sudut meja mahupun kaunter anda terbiar kosong tidak bernyawa. Hanya berbekalkan barangan yang tidak lagi dipakai, putik gaya gubahan bercirikan rustic chic seperti ini.
Anda perlu sediakan:
Langkah-langkah:
1. Mula-mula, tuangkan air suam ke dalam belanga. Kemudian, lekatkan pita masking pada belanga secara bersilang. Pastikan lubang di antara pita tidak terlalu besar atau kecil.
2. Potong kuntuman Eustoma dengan kepanjangan berbeza (10’, 12’ & 14’) mengikut kesesuaian belanga. Tempatkan Eustoma di antara pita masking itu dari kiri ke kanan di bahagian belakang.
3. Kemudian, tempatkan bunga Daisy di bahagian tengah gubahan seperti bentuk S.
4. Bagi menaikkan depth pada gubahan, pilih daun paku-pakis dan Cordyline. Cucuk daun di antara bungaan tadi. Pastikan ia tidak terlalu besar. Jika tidak hasil gubahan akan kelihatan terlalu padat. Siap! #
Idea IMPIANA: Setiap gubahan memerlukan sejenis bunga yang boleh dianggap sebagai showstopper seperti Daisy. Pilih bunga dalam kuantiti ganjil dan susun pada ketinggian berbeza untuk memberi dimensi. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tiada apa yang lebih memberi kepuasan di hati selain melihat ruang kediaman indah dihias dengan air tangan sendiri. Bukan harga jadi taruhan apatah lagi perabot mewah bergemerlapan. Sederhana itu bagaikan satu ramuan mujarab menghias kediaman ruang terhad. Ruang dihias bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu persembahan kasih sayang untuk seisi keluarga. IMPIANA ke apartmen unik dengan dua kamar beradu jadi taruhan untuk pemiliknya melakar kreativiti menata hias dengan sepenuh hati.
Melangkah masuk ke kediaman pasangan suami isteri ini, Azman Ahmad dan Augustina Early, mata umpama dijamu dengan sentuhan seni yang tidak berkesudahan. Ruang tamu yang mempunyai keluasan sekitar 10 kaki + 20 kaki di dominasi dengan ilham hitam putih. Pandangan mata dengan pantas mendarat ke arah visual besar yang memainkan peranan sebagai feature wall ruang tamu. Menurut tuan rumah, visual tersebut disiapkan oleh pelukis muda Harith Daniel iaitu anak saudara Azman sendiri. Merupakan eksperimen sulung beliau dan kerja-kerja melukis mengambil masa hampir seminggu untuk disempurnakan.
“Saya merasakan perlu ada satu visual yang ringkas tetapi menarik menjadi pemancing mata di ruang ini. Tetapi bukan kertas dinding atau gambar. Saya mahukan sesuatu yang lebih dalam impaknya pada ruang tetapi tampil harmoni. Anak saudara saya memberi beberapa idea tetapi kami sepakat mahukan pemandangan ringkas, lorong di deretan kedai yang mempunyai satu nilai estetika tersendiri, ” ujar Augustina.
Lakaran perspektif itu juga diberi sentuhan minima hitam dan putih. Ini bertujuan agar elemen garisan yang ada memberi kesinambungan dengan idea hias ruang utama secara keseluruhan. Azman sendiri tidak menyangka, sentuhan mural yang bersaiz 10 kaki x 9 kaki tinggi memberi impak yang luar biasa pada ruang. Harmoni pula dengan hiasan kraf lain yang dibuat sendiri oleh tuan rumah.
DUA KAMAR DIHIAS MOLEK
Sederas masa berlalu, anak-anak mula membesar dan sudah bijak membuat keputusan juga cita rasa. Augustina menyatakan, sejak kecil lagi suaminya mahu ruang kamar bakal cahaya mata mereka bertemakan ‘Rock Star’. Jadi tidak hairan kamar anak-anak dicat hitam dan hiasan dinding seperti perkataan ‘Rock Star’ dibuat sendiri dengan kotak sarapan kepingan jagung. Begitu juga rak yang diperbuat daripada skate board yang bertindak sebagai para-para dan papan luncur tersebut juga masih boleh digunakan. Antara hiasan lain yang menarik perhatian sudah pasti kraf gantungan gitar yang diperbuat daripada kertas berkilat. Di sekitar katil dua tingkat ini juga dihias dengan beberapa hasil ilham Augustina seperti bekas menyimpan permainan kecil yang comel dan unik.
Melihat biasan kamar beradu utama pasangan ini, hati bagaikan teringat rona denim dimamah masa. Sesuai benar dengan elemen kreatif yang begitu banyak menghiasi ruang. Hasil usaha tangan dan minda Augustina. Menurut Azman, mereka telah mencampurkan cat biru muda bersama putih agar warnanya lebih nampak berkrim dan lain daripada yang lain. Usaha dan kreativiti pasangan ini ternyata mendapat hasil yang begitu luar biasa moleknya. Apatah lagi apabila ruang disimbahkan dengan pencahayaan semula jadi dan perhiasan rona sedondon serta bunga mawar buat pembangkit seri. Dari bangku yang merangkap meja sisi, botol perhiasan, perhiasan dinding, bekas serba guna ala beg kertas dengan corak bulu mata, semua dibuat sendiri oleh wanita yang mempunyai darah campuran Filipina ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Boleh dikatakan ramai yang memilih material kayu sebagai kitchen cabinet. Permukaan cantik, kukuh, mampu milik dan tahan bertahun-tahun antara faktor ia menjadi pilihan.
Jom ikut teknik mudah ini bagaimana ingin membuat maintenance pada cabinet dapur anda. Kosnya tidak mahal Cuma perlukan kerajinan ibu ibu sekalian. Suami yang nak tolong para isteri pun boleh.
Bahan
Campurkan satu cawan cuka ke dalam sebaldi air. Kacau sehingga kedua-dua campuran ini sebati. Kemudian gunakan kain dan lap ke keseluruhan permukaan kayu cabinet dapur. Sental kuat sedikit pada bahagian yang nampak kotor dan kehitam-hitaman.
Setelah selesai biarkan seketika ia mengering. Kemudian gunakan sehelai kain kering, letakkan minyak zaitun pada kain dan lap sekali lagi kabinet dapur. Ulang proses ini sehingga selesai. Hasilnya permukaan kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Lakukan rutin ini 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!