Bertarung Dengan Ruang, Apa Yang Sesuai?

Share

Kediaman hari ini, semakin terhad ruang yang ditawarkan demi harga yang agak mahal. Malah gaya hidup ruang kompak juga ditawarkan bagi mereka yang tinggal sendirian atau berdua. Gaya hidup kota yang serba pantas dan sibuk, sememangnya serasi dengan kediaman seumpama ini.


Persoalan mula timbul, bagaimana caranya untuk kita menghias ruang yang sekangkang kera ini? Terdapat beberapa kaedah dan idea boleh kita pilih. Di samping memilih perabot dwi fungsi,ia sememangnya sangat berkesan dan menjimatkan ruang.
Kita juga boleh memilih perabot potongan ringkas dan tirus runcing, yang memberi ilusi ringkas serta tidak menyesakkan pandangan.

Di samping memilih kabinet binaan dalam yang samar dengan persekitaran dan yang memberi ilusi ruang, khalayak juga ditawarkan pilih warna selamat seperti nude yang cantik dan tidak keterlaluan. Biarlah aksesori seperti gambar  atau lukisan, ada sebuah tetapi cukup besar dan strategik.


Anda yang memilih ruang kompak untuk tempat tinggal, jangan sesekali menolak elemen hidup seperti pokok hiasan semula jadi. Ia sangat penting dalam memberikan suasana damai, terapi dan oksigen. Selain dari penghawa dingin, dapatkan penyegar udara agar suasana ruang kecil anda segar, tidak lekas berbau dan terjaga. Simple-simple je di IMPIANA.

Published by
Impiana