
Kamar atau bilik tidur merupakan ruang peribadi yang memerlukan tahap privasi maksima, juga bertindak sebagai sebuah santuari buat pemilik berehat dan menghabiskan masa lapangnya.
Jadi apabila seorang artis berkongsi keadaan kamar peribadi beliau, pastinya ramai yang teruja. Siapa tidak kenal pada Noor Neelofa atau lebih mesra digelar Neelofa atau Lofa ini. Nama yang tidak asing lagi dalam bidang lakonan, pengacaraan dan juga business ini cukup terkenal dan berjaya bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia! Ramai yang menjadikan beliau idola dan memasang cita-cita untuk berjaya sepertinya suatu hari nanti.
Baru-baru ini, kakaknya, Noor Nabila telah berkongsi sebuah video dilaman YouTube yang menampilkan segmen room tour bilik Neelofa yang telah ditatarias oleh pereka tersohor negara, Dato’ Rizalman. Selain itu, menurut Noor Nabila, ruang tersebut juga mendapat sentuhan istimewa dari ibu mereka iaitu Datin Noor Kartini serta Neelofa sendiri.
Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum ketika melihat sendiri keindahan bilik Neelofa.
SUMBER : INSTAGRAM NOOR NABILA, YOUTUBE ROSIX & BELLA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Pasang Sendiri Lampu Di Laman Rumah, Kena Tahu Langkah-langkah Perlu Buat

Tip pasang sendiri lampu di laman rumah, kena tahu langkah-langkah perlu dibuat. Pencahayaan di laman amat penting. Ia bukan sekadar menghidupkan laman diwaktu malam malah sebagai salah satu tujuan keselamatan.
Terdapat pelbagai rekaan dan jenis lampu laman. Namun yang menjadi kebiasaan dan kerap digunakan adalah jenis lampu suar (spotlight), lampu limpah (flood light).

Terdapat beberapa jenis lampu landskap atau lampu taman yang lain iaitu seperti wall light dan sebagainya. Namun, untuk melakukan pemasangan lampu di laman sedikit ilmu diperlukan untuk memastikan lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. PILIH LAMPU
Di pasaran, terdapat dua jenis lampu laman iaitu pencahayaan yang menggunakan GCFI outlet atau tenaga solar. Jika pemilihan lampu solar, pemasanagan dan pendawaian tidak perlu dilakukan. Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang lebih awal berapa panjang wayar yang diperlukan untuk menyambungkan lampu-lampu dengan outlet dan jenis penyambung.

2. OUTLET BERHAMPIRAN
Sediakan pembekal atau outlet elektrik di luar kediaman. Ia bagi memudahkan tugas-tugas penyambungan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan.
3. LETAK POWER PACK BERHAMPIRAN OUTLET
Kotak kawalan dan sambungan lampu perlu diletakkan berhampiran dengan outlet. Ia memudahkan anda untuk mengawal aliran tenaga yang perlu disalurkan pada keseluruhan lampu
4. PASANG LAMPU
Pasangkan lampu di lokasi yang telah dipilih mengikut arahan pengilang. Untuk pemasangan lampu pada lantai laman, gunkan trowel untuk memudahkan anda menanam tiang atau kaki lampu.
5. PENDAWAIAN
Selesai pemasangan lampu, lakukan pendawaian dari outlet terus ke bahagian yang telah disasarkan.

6. CABLE CONNECTOR
Sambungkan setiap lampu dengan pendawaian yang telah siap dengan menggunakan cabble connector.
7. TANAM KABEL
Untuk tanam kabel tak perlu menggali, cukup sekadar buat satu longkang kecil saiz kabel dengan menggunakan trowel. Posisikan cable di dalam longkang kecil yang telah disediakan dan tanam atau tutup semula lubang tersebut.
8. SAMBUNGAN PENDAWAIAN KE OUTLET
Selesai pemasangan lampu pada aliran pendawaian, sambungkan pula pada power pack untuk tujuan kawalan dan terus ke outlet.
Kredit foto (top image): Pexels
BELI LAMPU TAMAN DI SINI
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Mudah Nak Hias Ruang

PINTU
Pandangan pertama terhadap pintu menafsirkan cita rasa penghuni di dalamnya. Maka, pastikan reka bentuknya menampakkan anda seorang yang peramah dan sudi menerima kehadiran tetamu. Wujudkan suasana menarik dan inviting di muka pintu supaya anda ada dorongan untuk bersegera pulang ke rumah. Jika mampu, bila laluan memudahkan mereka ke muka pintu daripada membiarkan tetamu berjalan berhimpit-himpit di sisi kereta.
Susun pasu berisi pokok bunga berbilang warna dan haruman di sepanjang jalan ke muka pintu, supaya anda berasa dihargai setiap kali pulang ke rumah. Tulis alamat rumah dalam tulisan paling menarik, kemudian paparkan di tepi pintu pagar.
RUANG TAMU
Ruang tamu, ibu kepada semua ruang. Pastikan ruang tamu bersifat mesra kerana bukan anda sekeluarga berada di situ tetapi juga tetamu. Dahulukan kemasan dinding dan lantai sebelum anda membeli perabot. Pastikan perabot yang dibeli berpadanan dengan keluasan dan tema ruang. Bagi rumah berkeluasan terhad, anda tidak perlu membeli kerusi tamu dalam bilangan lengkap. Jangan sesekali menempatkan perabot kecil bersebelahan perabot besar bagi mengelakkan ketidakseimbangan penataan. Perabot utama di ruang tamu adalah tempat duduk, tidak kira sama ada kerusi, sofa atau hamparan kusyen lantai selain meja kopi, meja sisi, kabinet hiasan dan kabinet televisyen. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan ruang tamu anda bernafas dan keindahan reka bentuk perabot dapat dihayati. Ingatkan diri anda untuk memperagakan perhiasan tambahan di dalam jumlah berpasang-pasangan seperti pasu atau kaki lilin demi kestabilan penataan.
RUANG MAKAN
Tona jingga dan merah lebih sesuai di ruang makan kerana kemampuan mempengaruhi emosi, membangkitkan selera makan dan mempercepatkan kadar metabolisma. Biru dikatakan boleh mematikan selera makan kerana itu, amat sedikit ruang makan berkemasan cat atau dipasang kertas dinding berwarna biru. Jika ingin menyuntik suasana mewah di ruang makan, tukarkan sahaja meja makan kepada kayu bertona gelap seperti rosewood atau mahogany. Kemudian sarungkan kerusi dengan fabrik berwarna biru nilam.
Bagi ruang makan yang keluasannya terhad, tampung kekurangan itu menerusi penggunaan meja makan yang boleh dibesarkan dan dilipat bila tidak diperlukan.
RUANG DAPUR
Ruang dapur lebih sesuai dipasang lampu kalimantang dan bukannya halogen. Pasangkan juga penutup lut cahaya lampu kalimantang supaya senang anda hendak mencucinya nanti. Pastikan mendapat banyak pencahayaan semulajadi di situ, jika tidak, terangi dengan pencahayaan tambahan. Kerusi makan bersarung menyuntik seri di ruang dapur anda. Selain boleh menjamin kerusi tahan lama, sarungnya juga boleh ditukar ganti.
Jika anda terlihat gambar ruang dapur yang menarik minat, cuba fikirkan bagaimana ruang dapur berkenaan dapat disempurnakan di ruang dapur kediaman anda. Buku resipi pun boleh menjadi bahan hiasan sampingan yang berguna di ruang dapur. Susunkan buku itu dengan cara menegak atau baringkan di atas meja kerja. Bawakan suasana luaran ke dalam rumah. Gantunglah sepasu dua tanaman di dala ruang dapur. Tukar suasana ruang dapur dengan menukar warna pintu kabinet atau pemegang pintu.
BILIK TIDUR
Jika cat putih pilihan, anda sebenarnya masih boleh mengolah bilik tidur kepada tema tertentu menerusi perhiasan dalam tona lain. Tona merah, oren, biru dan hijau serasi dipadukan di bilik tidur bertema putih. Sebaik-baiknya padankan dua warna seperti merah dan oren atau biru dengan hijau dalam satu masa. Menggantung lukisan abstrak di kepala katil sememangnya menarik tetapi jangan menggantung di semua dinding. Gayakan langsir sesuai dihias di tingkap bilik tidur. Langsir sebenarnya mempunyai dua kegunaan, pertama menegaskan fungsi jendela dan kedua untuk menghalang kemasukan cahaya matahari.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mari Kenali Jenis-Jenis Soket Dinding Yang Ada Di Dunia. Part 2

Hai, Kembali bersama saya lagi dalam memperkenalkan tentang jenis-jenis soket dinding yang ada di dunia ini. Hari ini, saya akan tunjukkan lagi tentang beberapa sahaja jenis soket dinding lagi, tapi tidak semua ya. Hahahaha. Baiklah, di artikel yang lepas, saya telah menunjukkan soket dinding jenis A, E dan juga G. Hari ini pula, saya akan kenalkan kepada anda semua, jenis soket I, N dan juga O. Mari, kita saksikan.
JENIS I
Soket jenis I ini, ia unik sedikit kerana ia boleh mempunyai 3 atau 2 pin. Jadi, maksudnya di sini, mungkin plug yang digunakan di soket ini, boleh jadi ia ada 3 pin atau 2 pin. Akan tetapi, setiap pin ini mempunyai perbezaannya, iaitu, 3 pin mempunyai ground manakala 2 pin tidak mempunyai ground. Voltage yang digunakan adalah 220 sehingga 240 V dan plug jenis I sahaja yang sesuai untuk soket dinding jenis I ini. Dan juga, soket ini, hanya ada di Australia, New Zealand, China dan juga Argentina.
JENIS N
Soket ini popular di Brazil dan Afrikan Selatan dan ia mempunyai 3 pin. Soket ini juga ada ground dan voltage yang digunakan 100 sehingga 240 V. Soket ini juga hanya untuk plug yang jenis N juga.
JENIS O
Soket jenis O, adalah soket yang terakhir dalam label dan Cuma satu negara sahaja yang ada soket ini, iaitu, Thailand. Soket jenis O ini juga mempunyai 3 pin dan ground. Plug yang sesuai untuk soket ini, boleh juga plug jenis C dan O. Kalau anda nak tahu, plug jenis O ni boleh untuk soket jenis C, E dan F juga tapi tidak digalakkan kerana ia tidak selamat. Tambahan lagi, voltage yang digunakan adalah 220 sehingga 240 V.
Baiklah, sampai di sini sahaja artikel tentang jenis soket dinding di dunia. Ada banyak lagi jenis soket yang ada boleh lihat di website ini: Libur (https://www.libur.com.my/jom-ambil-tahu-jenis-soket-dinding-yang-ada-di-tempat-penginapan-di-seluruh-dunia/).
Di website tersebut, anda boleh lihat lagi banyak jenis-jenis soket yang pelik-pelik. Hahahaha. Baik, itu sahaja daripada saya, terima kasih.
Sumber: Libur (https://www.libur.com.my/jom-ambil-tahu-jenis-soket-dinding-yang-ada-di-tempat-penginapan-di-seluruh-dunia/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI