Setiap kali sebelum membeli makanan pasti kita semak terlebih dahulu tarikh luput nya. Jika tarikh yang tertera masih lambat, itulah yang kita beli. Betul kah begitu?
Setiap bahan makanan yang dihasilkan akan disertakan dengan tarikh tersebut bagi menjaga tahap kualiti nya agar pengguna sentiasa menerima bahan dalam keadaan yang baik.
Kadangkala, label yang ditunjukkan tidak sama seperti produk lain. Antara expiry date, best before dan use before, ketiga-tiga nya mempunyai makna yang berbeza. Pasti ramai yang keliru kan? Ini perbezaannya!
BEST BEFORE
Label sebegini biasanya akan ada pada makanan yang dipek segar selama 90 hari atau kurang. Ia juga bermaksud bahan atau makanan tersebut telah dipek di tempat lain dan bukannya dijual terus daripada pembekal.
Tahap kesegaran makanan dengan label BEST BEFORE akan berkurang selepas daripada tarikh yang tertera bergantung kepada cara penyimpanannya.
Ads
Secara ringkasnya, label BEST BEFORE memberi indikasi bahawa kualiti bahan tersebut akan berkurang dari segi kesegaran, rasa, nutrisi dan juga tekstur. Gunakan deria hidu dan rasa anda untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu-ragu, lebih baik buang saja.
USE BEFORE
Makanan dengan label USE BEFORE atau USE BY perlu dimakan sebelum tarikh tertera. Tujuanny adalah bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pembeli. Jika termakan selepas tarikh tertera, mungkin akan mendatangkan bahaya.
Ads
Perbezaan Best Before dan Use Before :
Best Before – Masih selamat dimakan selepas tarikh sepatutnya walaupun pada hakikatnya kualiti makanan telah berkurang
Use Before – Dilarang makan jika sudah melepasi tarikh sepatutnya kerana makanan sudah tercemar
Ads
EXPIRY DATE
EXPIRY DATE biasa terdapat pada produk seperti susu formula, suplemen atau cecair formula. Selepas tarikh luput, bahan tersebut tidak akan mempunyai nilai nutrisi yang sama seperti pada label. Ia tidak boleh lagi dimakan dan perlu dilupuskan.
Jangan ambil mudah dengan kepentingan label ini kerana jika termakan bahan yang sudah melepasi tarikh sepatutnya, ia boleh mendatangkan musibah yang tidak dijangka. Jadi, jadilah pembeli yang bijak dan berhemah. Hati-hati!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA tertarik ingin berkongsi keunikan seni bina Stadium di Rusia ini yang pernah menjadi tempat perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018. Ingin melawati memerlukan belanja yang tinggi seperti tiket penerbangan, tiket memasuki stadium, dan tempat menginap. Jadi, IMPIANA ingin berkongsi serba sedikit jamuan mata buat pembaca serta pengikut majalah dekorasi nombor 1 di Malaysia tentang keindahan senibina 12 buah stadium rasmi yang digunakan sepanjang acara sukan berprestij ini.
Stadium Luzhniki, Moscow
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di perkarangan stadium, pengunjung akan disambut oleh ukiran patung Lenin yang mana ianya diinspirasikan daripada senibina Greek. Stadium ini mendapat sentuhan dari tiga buah firma Arkitek iaitu PA Arena, GMP Architekten dan Mosproject-4. Pada asalnya ia boleh memuatkan seramai 78,000 penonton dan apabila siap secara rasmi pengubahsuainnya, ia boleh menempatkan seramai 81,000 orang. Lokasinya amat strategik kerana terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan(CBD) Moscow.
Stadium St Petersbug
Dikenali sebagai stadium yang paling mahal dalam proses renovasi sehingga menelan USD 1 Billion. Ianya juga stadium yang paling canggih dan berteknologi tinggi kerana bumbungnya boleh dibuka dan ditutup jika berlaku hujan. Selain itu, ianya disokong dengan struktur lapan tiang pancang dan berbentuk seakan sebuah kapal angkasa. Ianya berada di bawah selian arkitek dari Jepun, iaitu Kisho Kurokawa.
Fisht Stadium, Sochi
Firma Arkitek Populous bertanggungjawab dalam merangka design pembinaan stadium bersejarah yang pernah menjadi host kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Pada asalnya, stadium ini berkonsepkan tutup bumbung, tetapi diubah pelan khasnya kepada konsep open-air untuk penganjuran Piala Dunia 2018, Russia. Jumlah keseluruhan perbelanjaan menelan sehingga USD 779 Juta ini diilhamkan daripada ukiran telur emas diraja Faberge Egg.
Stadium Yekaterinburg
Selaku penganjur rasmi edisi Piala Dunia 2018, Rusia mengambil langkah all–out dalam idea senibina stadium dengan merangka pelan yang pada asalnya nampak tidak masuk akal, tetapi end resultnya amat gempak dan memukau mata yang memandang. Jika stadium lain, semua penonton berada dalam stadium, tetapi pelan Stadium Ekaterinburg adalah dengan ‘mengeluarkan’ sedikit penontonnya yang duduk di belakang gol post. Walaupun terdapat banyak idea inovasi yang telah ditambah, itu tidak bermakna sentuhan asal klasikal-facade nya hilang malahan Ianya juga turut disokong dengan besi pancang Neo Klasikal Soviet untuk mengekalkan imej asalnya.
Nizhny Novgorod Stadium
Pelan senibinanya diilhamkan daripada elemen alam semulajadi berikutan lokasi stadium ini terletak di sebelah titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Volga dan Oka. Facade nya kelihatan beralun dan diwarnai dengan rona biru dan putih. Ianya dibina khas untuk penganjuran piala dunia dan menjadi pertemuan kumpulan F di antara pasukan Sweden dan Korea Selatan yang berakhir dengan jaringan sebanyak 1-0.
Stadium Rostov
Satu lagi stadium yang dibina di pinggir sungai adalah Stadium Rostov. Ianya terletak betul-betul sebelah Sungai Don dan mempunyai akses yang mudah untuk pejalan kaki serta penunggang basikal. Ianya dibuka secara rasmi kepada tatapan umum pada bulan April 2018 lepas. Stadium ini turut mendapat sentuhan firma arkitekture terkenal Populous.
Stadium Samara
Lokasi bandar Samara, Russia terkenal dengan institut kajian aeroangkasa yang dahulunya diterajui oleh Soviet Union. Oleh itu, jika diteliti, senibinanya berbentuk seperti ruang angkasa lepas yang dipenuhi bintang. Selain nama rasminya Stadium Samara, ia turut dikenali sebagai Kosmos Arena. Ianya boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu masa dan menyaksikan pemain AS Roma, Aleksander Kolarov dari Serbia menjaringkan sepakan percuma di separuh masa kedua.
Stadium Mordovia, Saranks
Kota Saranks merupakan bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, jadi Stadium Mordovia merupakan crowd–puller dalam usaha kerajaan Rusia untuk membuang tanggapan ‘bandar kurang pengunjung. Salah satu caranya adalah dengan mewarnai stadium ini dengan rona oren, merah dan putih. Ia boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu perlawanan.
Volgograd Stadium
Warganegara England menyaksikan jaringan cantik oleh Kapten mereka iaitu Harry Kane di Stadium Volgograd dengan jaringan sebanyak dua berbalas 1 dari pasukan Tunisia. Stadium ini dibina di lokasi yang amat strategik iaitu di tebing sungai Volga. Ianya juga turut memuatkan seramai 45,000 penonton. Binaanya berbentuk seakan roda yang berputar mengelilingi stadium.
Spartak Stadium, Moscow
Tema warna putih dan merah mewarnai stadium yang pada asalnya hanya menempatkan seramai 35,000 orang kepada 42,000 penonton. Ianya juga merupakan homeground kepada kelab bolasepak profesional Rusia iaitu Spartak Moscow FC.
Stadium Kaliningrad
Stadium ini berkonsepkan open air kerana struktur binaan bahagian atasnya tidak mempunyai bumbung dan ianya turut dikenali sebagai stadium yang paling mudah untuk dibina dalam jangka masa yang pendek. Ianya berkapisiti seramai 35,000 orang dan ideanya dicedok sedikit dari pembinaan Stadium Allianz Arena, rumah kepada kelab pasukan bola sepak profesional Bayern Munich, di German.
Stadium Kazan Arena
Ianya dibawah seliaan dua firma arkitekture iaitu Populous dan Foster+partners. Mereka juga turut bertanggungjawab membina Stadium Wembley yang terkenal di Kota London. Ia berupaya memuatkan seramai 45,000 penonton dan menjadi lokasi untuk perlawanan penentuan peringkat suku akhir.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Negara Morocco terletak jauh di Afrika Utara dan merupakan salah satu daripada tiga negara yang mempunyai pantai dikedua-dua Atlantik dan Mediterranean. Ia sering menjadi subjek fantasi indah yang romantis dan mewah. Reka bentuk dalaman dengan ciri morocco dapat mencerminkan kekayaan tradisi, budaya dan sejarah negara tersebut menjadikan ia satu konsep yang digemari untuk kediaman di serata dunia.
Dalam posting kali ini kita ingin meninjau sebuah kediaman yang terletak di Bandar Bersejarah Melaka, Atlantis Residence Kota Syahbandar milik Puan Irene Faridah Ismail dan pasangannya Dr Maznisham Mohd Su’ud. Konsep kontemporari morocco yang menjadi pilihan pasangan ini telah diilhamkan sejak zaman pengajian Puan Irene di Universiti Islam Antarabangsa lagi selain dipengaruhi dengan kunjungan ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah dua tahun yang lalu.
Menurut pemilik, rumah kondominium berkeluasan 1,265 kaki persegi ini baru sahaja didiami semenjak Januari yang lalu. Kedudukan yang agak tinggi iaitu di aras 32 menjadikan proses pengubahsuaian agak mencabar tatapi mujur segalanya berjalan dengan lancar berkat dari kerjasama dan kata sepakat pasangan ini. Pemilik telah melakukan perancangan awal yang teliti sebelum mula menghias rumah dengan menyediakan pelan serta lakaran deko bagi memudahkan lagi proses mendeko yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun kos keseluruhan yang agak besar namun hasilnya amat menarik dan memuaskan hati. Kawasan ruang tamu menjadi kegemaran pemilik, mahligai indah ini juga dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan satu bilik air. Panel pembahagi ruang bermotifkan geometrik morocco serta lampu-lampu perhiasan morocco yang menghiasi ruangan itu telah menjadi daya penarik yang sukar untuk pengunjung lupakan.
Di sini IMPIANA kongsikan beberapa keping gambar kediaman indah untuk tatapan pembaca, semoga terinspirasi dan terus bersemangat untuk mendeko. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali berpindah rumah atau melancong, bagai mana cara anda tentukan arah kiblat? Jika dulu, kita akan bertanya orang atau jiran arah kiblat. Tapi, sejauh mana kebenaran arah yang diberikan. Paling tidak mestia ada lari sikit.
Ditambah dengan perkembangan teknologi yang berkonsepkan “segalanya di hujung jari” banyak lah pula aplikasi di dalam telefon pintar yang di khaskan untuk memberi info arah kiblat di sesuatu kawasan. Nampak lebih mudahkan. Tapi pernah tak terfikir, aplikasi yang digunakan tu sahih ke tak?
Seperti yang berlaku pada En. Mohd Firdaus. Selepas 3 tahun mendiami rumah baru, Arah kiblat yang ditentukan melalui aplikasi telefon di dapati salah. Untuk kepastian En. Firdaus mendapatkan khidmat nasihat dari orang yang lebih pakar. Jom kita ikuti kisahnya.
Rumah ini dah lama duduk lebih 4 tahun. Mula-mula pastikan arah kiblat guna apps dari phone. Selepas 3 tahun terdetik nak check kiblat, buka apps arah lain pula. Terkejut. Ambil phone wife check ya sama arah baru. Terkedu sebentar solat salah arah.
Dalam 3 bulan check lagi, arah lain lagi guna apps. Macam mana ni. Apps Muslim Pro.
Call Jakim, Jakim kata tiada pengesahan kiblat untuk rumah persendirian kecuali surau masjid dan office. Tetapi Persatuan Ahli Falaq Negeri Selangor ada servis pengesahan kiblat. Dapat no dari Jakim dan call.
Set appointment Tuan Ridhuan pun datang. Datang bawa alat alat, laser semua. Sahkan kiblat. Harga servis satu sticker RM50. Sticker extra RM10.
Tuan Ridhuan bukan full time. Dia cerita ramai lagi rumah dalam permohonan untuk disahkan. 4,000 rumah semuanya bulan May sahaja. Jika anda berminat untuk menjadi Ahli Falaq sangat dialu alukan.
Banyak rumah salah kiblat cerita beliau, masjid dan surau pun ada yang salah. Ada yang 10 tahun salah kiblat pun ada.
Boleh share untuk manfaat semua. Mungkin apps sudah betul tetapi tak salah untuk double confirmkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.