
Bila tandas dah cantik, kebersihan pun perlu dijaga. Namun, kebanyakkan tempat awam mengambil ringan akan kebersihan tandas hinggakan geli kita nak guna.
Menerusi laman media sosial rasmi milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), satu hantaran dibuat untuk mengumumkan pemenang utama bagi kategori tandas bersih.
Terdapat tujuh kategori bagi tandas bersih iaitu stesen minyak, pusat beli-belah, hotel, kawasan rehat dan rawat, restoran, PBT serta sekolah.
BHPETROL LADANG BIKAM ARAH UTARA MENANG TANDAS BERSIH
Pemenang utama bagi tandas bersih kategori stesen minyak dimiliki oleh BHPETROL Ladang Bikam Arah Utara, Sungkai Perak.
bruh this BHP Ladang Bikam toilet is insane 😭😭 no wonder they won pic.twitter.com/N0VGhOSvWq
— izzi (@IzzraifHarz) November 17, 2024
Kategori pusat beli-belah dimenangi oleh Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pemenang utama kategori hotel adalah milik Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Selain itu, pemenang utama bagi kawasan Rehat dan Rawat adalah RnR Machap Arah Utara, Lebuhraya Plus, Kluang Johor.
Pemenang bagi restoran pula Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur dan kategori PBT dimenangi oleh Tandas Awam MITC serta Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka.
Pemenang bagi tandas bersih kategori sekolah jatuh kepada SMK Merbau yang terletak di Miri Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang terlibat!
Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Sumber :
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Aksesori Yang Perlu Ada Untuk Lengkapkan Dekorasi Ruang Dapur Anda

Selain dekorasi di ruang tamu dan makan, ruang dapur juga perlu diberikan suntikan dekorasi yang menarik supaya keseluruhan ruang dalam kediaman tampak lebih cantik serta bergaya.
Mungkin ada juga di kalangan anda yang sebelum ini terlepas pandang mengenai pemilihan aksesori yang bersesuaian untuk ruang dapur. Tetapi tahukah anda, penulen air juga boleh dijadikan sebagai pilihan untuk melengkapkan dekorasi ruang dapur anda?
Dalam episod Ilham Impiana kali ini telah berkesempatan untuk meninjau sebuah kediaman milik pempengaruh media sosial, Aida yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.
Pemilik kediaman pempengaruh media sosial ini telah mengentengahkan konsep ‘Modern Monochrome’ yang bertemakan rona hitam dan putih untuk keseluruhan ruang dalaman kediaman seperti ruang tamu, makan dan juga dapur.
Konsep yang ditampilkan oleh Aida sebagai pemilik kediaman tersebut nyata membuat keseluruhan ruang dalaman kediaman tampak begitu menawan dan elegan. Apa yang membuatkan dekorasi kediaman ini tampak lebih menarik dengan kehadiran aksesori-aksesori yang sangat unik.
Jadi, apakah aksesori yang menarik telah menjadi pilihan Aida untuk melengkapkan lagi dekorasi di ruang dapur kediamannya? Sudah semestinya Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet.
Produk ini telah menjadi pilihan Aida kerana ia datangkan dengan reka bentuk yang menarik, unik dan berbeza daripada penulen air lain yang ada di pasaran luar. Rekaannya yang ringkas dan bersahaja sememangnya amat sesuai dijadikan sebagai pilihan untuk dekorasi dapur yang berkonsepkan moden khususnya.
Untuk maklumat anda, jenama LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) telah memperkenalkan era baharu penulen air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet. Dilengkapi teknologi penulen yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.
Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam teknologi penulen air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah. Dengan lima pilihan warna yang cantik – Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, and Calming Cream Sky* – koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.
Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma. Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya.
Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan.
Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet ini daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG. Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu Juruteknik.
Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:
- Panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air yang tepat (40°C, 75 °C, 85 °C) dan tetapan isipadu daripada 120ml hingga 1000ml untuk memenuhi keperluan masakan.
- Tap bergerak Automatik dapat menampung ketinggian cawan yang berbeza-beza, mengurangkan percikan sambil memastikan keselamatan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik dan ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar. Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award – membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti.
Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare | Koleksi Objet terbaharu pada harga berikut:
Model | Warna | Harga (RM) | |||||
Bayaran Penuh (RM) | Sewa Bulanan (RM) | ||||||
Langganan Penapis 2 Tahun (Layan Diri) | Lawatan Berkala 2 Tahun | Langganan Penapis 7 Tahun (Layan Diri) | Langganan Penapis 5 Tahun (Layan Diri) | Lawatan Berkala 7 Tahun | Lawatan Berkala 5 Tahun | ||
WD518AN | Calming Beige | RM3,200 | RM4,000 | RM60/ bulan | RM90/ bulan | RM80/ bulan | RM110/ bulan |
Pebble Grey | |||||||
Calming Cream White | |||||||
Calming Pink* | |||||||
Calming Cream Sky* |
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet, sila layari laman web rasmi LG https://bit.ly/3PQxVKG atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.
Dalam episod Ilham Impiana kali ini telah berkesempatan untuk meninjau sebuah kediaman milik pempengaruh media sosial, Aida terletak di Gamuda Gardens, Rawang yang telah diserikan lagi dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet. Jom kita saksikan bersama menerusi pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: LG Malaysia Kini Memperkenalkan Mesin Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri Terbaharu, LG PuriCare | Koleksi Objet
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Raikan Aidilfitri Penuh Makna Bersama Samsung Malaysia

Ramadan telah tiba dan seluruh umat Islam sudah mula berpuasa. Kehangatan Aidilfitri juga semakin terasa dan tahun ini rakyat Malaysia sangat menantikan untuk meraikan sambutan Hari Raya dengan lebih meriah bersama keluarga tersayang setelah setahun kekal berada di rumah.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, bermula 15 April, Samsung Malaysia akan mengadakan promosi ‘Raya Bermakna, Meriah Bersama’ yang memberi ganjaran berbaloi dengan menawarkan barang kelengkapan rumah yang hebat dan inovatif untuk membantu rakyat Malaysia melengkapi cara hidup masa kini. Dengan setiap pembelian, nikmati hadiah eksklusif, tawaran pembelian dengan pembelian (PWP)1, dan peluang untuk memenangi kredit e-Dompet Touch N’ Go bernilai sehingga RM1,0002.
Gayakan Ruang Tamu dengan Paparan Terbaik
Bermula 15 April hingga 30 Jun 2021, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai pilihan TV Samsung dengan penjimatan hebat termasuk produk yang baharu dilancarkan iaitu Neo QLED, Crystal UHD, dan pelbagai jenis Monitor. Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,700 apabila membeli TV Samsung terpilih dan berpeluang mendapatkan Soundbar dengan tawaran harga PWP.
Produk No. Model RRP (RM) Harga Promosi (RM)
85″ QN900A Neo QLED 8K Smart TV QA85QN900AKXXM 49,999
75″ QN90A Neo QLED 4K Smart TV QA75QN90AAKXXM 19,999
65″ AU9000 Crystal UHD Smart TV UA65AU9000KXXM 4,999
27″ M5 Smart Monitor LS27AM500NEXXS 1,188 1,158
32″ M5 Smart Monitor LS32AM500NEXXS 1,299 1,259
32″ M7 Smart Monitor LS32AM700UEXXS 1,999 1,899
Produk Model RRP (RM) Harga PWP (RM) Penjimatan (RM)
Q950A Soundbar with Dolby
Atmos and DTS:X HW-Q950A 6,499 4,799 1,700
Q900A Soundbar with Dolby
Atmos and DTS:X HW-Q900A 4,999 3,699 1,300
Q800A Soundbar with Dolby
Atmos and DTS:X HW-Q800A 3,999 2,999 1,000
Untuk menggandakan lagi kemeriahan, setiap pembelian bagi mana-mana model TV1, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi kredit e-Dompet Touch N’ Go bernilai sehingga RM1,000.
Nilai Touch N’ Go Jumlah Hadiah
RM 1,000 50 unit
RM 500 400 unit
RM 200 1,500 unit
RM 100 2,500 unit
RM 50 4,000 unit
Keseluruhan jumlah kredit bernilai RM 1,000,000
Memudahkan Tugasan Harian dengan Idea Moden
Perlukan mesin basuh atau pembersih hampagas yang lebih canggih untuk mencuci baju raya baharu dan membersihkan rumah dengan lebih mudah semasa Hari Raya? Ini adalah masa terbaik untuk beralih kepada yang lebih canggih dan membuat pembelian dengan tawaran berbaloi daripada Samsung! Bermula 15 April hingga 30 Mei, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM599 bagi setiap pembelian peralatan rumah Samsung yang terpilih.
Pelbagai pilihan variasi produk ditawarkan, daripada mesin basuh pintar AI kepada peti sejuk pintar Family Hub dan pembersih hampagas super-cleaning Jet dalam promosi Samsung ‘Raya Bermakna, Meriah Bersama’ yang memberi pilihan untuk melengkapi keperluan setiap keluarga.
Produk No Model RRP (RM) Hadiah Percuma
Side by Side with Family Hub,
660L RS62T5F01B4/ME 8,999 Tefal Home Chef Smart Multicooker bernilai RM599
Front Load Washer with AI
Ecobubble , 13KG WW13TP44DSH/FQ 4,399 BREEZE LID ANTI BAC & COLOUR PROTECT 1.5KG
WindFree Premium Plus ,
2.0HP AR18TYEAJWKNME 3,699 Tefal Cookware So Chef Deep Frypan 28cm bernilai RM199
Smart Air Purifier, 60 ㎡ AX60R5080WD/ME 1,799 PWP: Filter (CFX-D100) @ RM98
Jet 90 premium, up to 200W VS20R9048S2/ME 3,599 PWP: Clean Station (VCA-SAE90B/ME) @ RM399 dan PWP Battery VCA-SBT90 @ RM259
Convection Microwave Oven
with HOT BLAST, 35L MC35R8088LP/SM 1,699 Tefal Cookware Cook Healthy Frypan 28cm bernilai RM139
Kekal Berhubung Dengan yang Tersayang Dalam Suasana Norma Baharu
Untuk terus kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan walaupun terpisah oleh jarak jauh, teknologi dan peranti pintar akan membantu menjadikan sambutan Hari Raya anda tetap bermakna dan meriah walaupun kekal berada di rumah. Bermula 16 April – 31 Mei 2021, pelanggan boleh mendapatkan hadiah percuma daripada Samsung bernilai sehingga RM917 dengan pembelian mana-mana model Samsung Galaxy3 yang disenaraikan dalam promosi!
Model dalam Promosi Hadiah Percuma
Galaxy A02s Menerima satu unit Pengecas Kereta dengan Pengecasan Pantas secara percuma (bernilai RM59)
Galaxy A12
Galaxy Watch Active2 44mm Aluminum (Bluetooth)
Galaxy Watch Active2 40mm Stainless Steel (Bluetooth)
Galaxy Watch Active2 40mm Aluminum (Bluetooth)
Galaxy Watch Active2 44mm Stainless Steel (Bluetooth)
Galaxy Watch Active2 44mm Aluminum (LTE)
Galaxy Buds Pro
Galaxy Buds Live
Galaxy Tab A7
Galaxy Tab A8.0
Model dalam Promosi Hadiah Percuma
Galaxy A72 Menerima satu unit Galaxy SmartTag (2 pek) secara percuma (bernilai RM209)
Galaxy A42 5G
Galaxy A52
Galaxy A32 5G
Galaxy A32
Galaxy Watch3 45mm Stainless Steel (Bluetooth)
Galaxy Watch3 41mm Stainless Steel (Bluetooth)
Galaxy Tab S6 Lite
Galaxy Watch3 45mm Stainless Steel (LTE)
Galaxy Watch3 41mm Stainless Steel (LTE)
Model dalam Promosi Hadiah Percuma
Galaxy Z Flip Menerima barangan berikut secara percuma yang bernilai sehingga RM658: · Satu unit Galaxy SmartTag (2 Pek) – (bernilai RM209) · Satu unit Galaxy Buds+ (bernilai RM449)
Galaxy S21+ 5G
Galaxy S21 5G
Galaxy Note20 5G
Galaxy Note20
Galaxy S20 FE 5G
Galaxy S20 FE
Galaxy Watch3 45mm Titanium (Bluetooth)
Galaxy Tab S7
Model dalam Promosi Hadiah Percuma
Galaxy Z Fold2 5G Menerima barangan berikut secara percuma yang bernilai sehingga RM917: · Satu unit Galaxy SmartTag (2 Pek) – (bernilai RM209) · Satu unit Galaxy Buds+ (berniali RM449) · Satu unit Wireless Charger Duo (bernilai RM259)
Galaxy S21 Ultra 5G
Galaxy Note20 Ultra 5G
Galaxy Tab S7+
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi Samsung ‘Raya Bermakna Meriah Bersama’, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/rayabermakna2021/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
McDonald’s Lancarkan Koleksi Set Mainan Masak-Masak Happy Meal, Comelnya!

Wah, ini memang satu khabar berita buat semua pencinta koleksi mainan McDonald’s! Terbaharu, syarikat makanan segera terkenal itu telah melancarkan koleksi set mainan masak-masak Happy Meal.
Untuk koleksi set mainan masak-masak ini telah menampilkan sebanyak lapan jenis mainan pelbagai bentuk antaranya dulang makanan, burger, mesin duit dan banyak lagi.
Lihat sahaja lah kesemua rekaan set mainan masak-masak Happy Meal ini sememangnya unik dan comel-comel belaka. Sudah pasti, ia bukan sahaja boleh menarik perhatian minat si cilik comel kesayangan anda, malah orang dewasa juga turut sama!
Jadi mari kita lihat setiap satu reka bentuk yang ada dengan lebih dekat dan mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa kata anda kumpulkan kesemua reka bentuk set mainan masak-masak Happy Meal ini, sebab semuanya sangat comel!
Untuk pengetahuan anda, koleksi set mainan tersebut telah mula dilancarkan bermula 13 Oktober sehingga 3 November depan. Jadi tunggu apa lagi?! Segera pergi ke mana-mana cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia sebelum semuanya kehabisan stok!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Inspirasi 5 Gaya Mini Bar Dapat Jimat Ruang Dapur Sempit
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI