Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan: 960 kaki persegi
Konsep: Scandinavia
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.
Jom kita lihat sentuhan magis pemilik ini untuk rumah miliknya, mungkin dapat beri anda ilham
Ringkas itu tidak semestinya membosankan. Bicara dekorasi polos juga mampu untuk menyempurnakan ambien sesebuah ruang jika kena dengan sentuhannya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baru-baru ini usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor,35 ada kongsikan gambar beberapa rekaan dekorasi serta konsep untuk kediaman barunya yang dinamakan Casa NH.
Bekas juara Dewi Remaja 2009 ini berkongsi keterujaan pembinaan mahligai impiannya yang kini sedang memasuki fasa dekorasi dan hiasan dalaman rumah.
Memang cantik nampak mewah namun tetap cosy. Konsep yang dipilih persis ‘Wabi Sabi Style’. Kemasan kayu dan rona tanah menjadi pilihan pada dekorasi kediaman. Memang mempunyai citarasa hebat yang tersendiri.
Perbincangan bersama pereka dalaman, pelan lantai di bahagian dapur menempatkan dapur kering serta ‘outdoor dining’. Malah kediaman ini turut mempunyai kolam renang.
Kerjasama Suami Isteri Bina Kediaman
Pasangan suami isteri Neelofa & Haris Ismail ini ternyata bersyukur dapat bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam pembinaan mahligai mereka. Neelofa bertanggungjawab dalam dekorasi dan rekaan dalaman, manakala suaminya menguruskan struktur dan perkara teknikal pembinaan rumah. Malah umi kepada Bilal dan Abbas ini cukup teruja untuk mendalami perincian melihat hasil sentuhan kemasan akhir rumah mereka.
“I’m on design duty while my husband’s handling the structure and all the technical stuff he’s good at. Syukur for this journey together! 🤲🏼
“Excited to dive into every detail and all the finishing touches!” ujar Neelofa.
Tahniah Neelofa & Haris, tak sabar melihat hasil dekorasi kediaman baru pasangan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan!
Mesti Baca: Besar Macam Rumah! Bilik Neelofa Curi Tumpuan Ramai
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Sumber: Instagram Neelofa
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Cara Pasang Lantai Vinyl Yang Mudah Dan Tak Perlu Banyak Barang
Selalu orang beranggapan bahawa kos untuk menukar design lantai rumah akan menelan belanja yang tinggi. Tetapi tidak bagi En Khairul Ezuwan, dia berjaya menukar lantai jubinnya yang agak bosan berwarna putih kepada lantai vinyl dengan kos kurang daripada RM1000 untuk ruang tamunya yang berkeluasan 300 kaki persegi.
Di antara bahan yang dibeli olehnya adalah seperti 13 kotak (1 kotak berharga RM 58) Luxury PVC Plank berketebalan 3mm dan panjangnya 3 x 6 inci serta Gam khas Vinyl Glue (satu tong berharga RM68).
Lantai PVC Plank ini merupakan alternatif baharu dalam dekorasi melibatkan lantai kediaman yang mana tidak semestinya kita harus mengekalkan lantai jubin yang dipasang oleh pemaju kerana segalanya bergantung kepada kreativiti pemilik kediaman tersebut. Malah tidak perlu berbelanja besar jika ingin menukar penampilan lantai kerana segala-galanya boleh dilakukan sendiri, apa yang penting rajin dan sabar seperti yang telah dibuktikan oleh pemilik kediaman ini.
Untuk maklumat, sebarang pengubahsuaian yang beliau lakukan adalah secara DIY tanpa mengupah mana-mana syarikat kontraktor. Disebabkan melakukan sendiri kerja-kerja memasang lantai vinyl maka beliau dapat menjimatkan kos renovasi yang bernilai RM3000-RM4000 dengan hanya mengeluarkan harga kos membeli barang-barang sebanyak RM1000 sahaja. Antara peralatan yang digunakannya adalah seperti Pembaris L, Pisau, Pensel, Berus Cat, Gunting dan Kain buruk untuk membersihkan sebarang kotoran sebaik sahaja selesai kerja-kerja pemasangan.
“Saya banyak merujuk video tutorial di youtube tentang proses pemasangan lantai vinyl ini dan rasa bertuah kerana anak saya yang berumur 8 tahun juga turut membantu serta menyatakan bahawa lantai ini kalis air” ujar Pengurus Insuran ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tapi Cantik
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI