Bibik ‘Sakit Jantung’ Tengok Bil Elektrik Mencanak Naik, Netizen Turut Luah Nasib Sama
Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Hal ini juga disebabkan cuaca panas berbahang beberapa bulan ini dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Malah, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pembantu rumah kelihatan seperti mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik.
Bibik ‘Sakit Jantung’ Tengok Bil Elektrik Mencanak Naik, Netizen Turut Luah Nasib Sama
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok oleh @Alyaninazirah telah menjadi tular dan perbualan ramai apabila ramai pengguna meluahkan bahawa bil elektrik mereka juga meningkat.
Menurut Alyaninazirah atau nama sebenarnya Nur Alyani Nazirah Amran, 29, dia sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik boleh meningkat tiga kali ganda.
“Bukan bibik sahaja yang sakit jantung tengok bil, saya pun terkejut.
Ads
“Bulan lalu bil elektrik sekitar RM130 sahaja tetapi bulan ini naik tiga kali ganda sehingga RM400. Macam mana saya tak terkejut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menyedari kenaikan bil elektrik itu, Nur Alyani berkata, dia kerap menggunakan penyaman udara kerana cuaca yang sangat panas.
Dia menjelaskan bahawa dia mempunyai tiga penyaman udara di rumah, tetapi hanya satu sahaja yang sering digunakan, iaitu di bilik tidur.
“Saya hanya berkongsi momen bibik melihat bil elektrik itu kerana dia sangat terkejut,” ujarnya.
Netizen Luah Nasib Kenaikan Bil Elektrik
Ads
Ada dalam kalangan pengguna menyifatkan kenaikan bil utiliti itu tidak logik berbanding penggunaan tenaga elektrik.
“Saya tak sangka, ramai pengguna TikTok meninggalkan komen bahawa mereka turut mengalami nasib yang sama (bil elektrik naik),” kata wanita yang bekerja sendiri itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan bahawa bil elektrik mereka meningkat tiga kali ganda.
Bil elektrik kami pun melambung. Bulan Februari, dua minggu rumah kosong tiada orang, tetapi bil lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.
Ads
“Bulan Mac, bil makin melambung tiga kali ganda. Kerja dapat gaji nak bayar bil sahaja,” kata @daisy_white.
Sementara itu, @Sara_hamzah2 berkata, bil elektrik pada bulan April mencecah RM300 walaupun dia tidak mempunyai televisyen, rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WiFi), dan sebagainya. Dia hanya mempunyai satu penyaman udara yang jarang digunakan.
**Jadi kesimpulannya, berpada-pada menggunakan elektrik kalau tak nak terkejut bila dapat bil nanti!
Kayu merupakan bahan yang sentiasa in trend. Walaupun pelbagai konsep baru yang datang dan pergi, setiap satunya boleh dipadankan dengan kayu. Jadi tidak hairanlah jika material ini akan sentiasa mendapat tempat dihati pengguna. Selain gayanya yang tidak lapuk dek zaman, kayu juga merupakan bahan semulajadi yang versatile. Terdapat banyak kegunaan kayu yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan seharian. Banyak lagi faktor-faktor yang menjadikan kayu salah satu bahan yang masih kekal digunakan sehingga ke hari ni. Jadi mari kita selami elemen-elemen yang menjadikan material kayu ini menarik dan timeless.
Memiliki Nilai Seni Tersendiri
Rumah kayu dikatakan mempunyai nilai estetika semulajadi yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Warna natural kayu dan urat yang menarik juga menambah elemen kesenian yang sentiasa menjadi pilihan pemilik.
Memberikan Suasana Yang Nyaman
Rumah kayu tak kira moden atau tradisional sememangnya akan dapat memberikan persekitaran yang lebih selesa dan juga segar. Aliran udara yang lancar datang dari material itu sendiri juga dapat memastikan kediaman sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk didiami.
Menghadirkan Penampilan Yang Unik
Semakin sulit corak atau ukiran kayu yang digunakan, semakin tinggi pula nilai seni yang dimiliki rumah tersebut. Rumah kayu mempunyai penampilan yang unik dan menarik serta dapat memikat hati sesiapa pun yang melihatnya.
Material Kedap Bunyi
Bagi anda yang menggemarkan ketenangan dan menginginkan privasi, material kayu adalah salah satu bahan yang patut anda pertimbangkan. Kayu merupakan penyerap bunyi yang baik dan boleh menjadi pelaburan yang tepat buat anda menciptakan suasana yang aman di rumah.
Pelaburan Yang Bijak
Seperti yang sudah dikatakan pada perenggan sebelum ini, rumah kayu tidak hanya dapat dimanfaatkan sebagai kediaman impian tetapi juga sebagai pelaburan bijak. Ini adalah kerana rumah kayu yang kukuh dan tahan lama digabungkan bersama reka bentuk yang menarik akan dapat meningkatkan daya penarik rumah tersebut. Dan sudah tentu nilainya juga akan meningkat, menjadikannya sebuah pelaburan buat masa hadapan.
Struktur Tahan Gempa
Rumah kayu dikatakan memiliki daya tahan yang cukup baik terhadap gempa. Sifat kayu yang dikatakan elastik menjadikannya lebih tahan dan kebal dalam situasi gempa, berbeza dengan material binaan lain yang lebih mudah runtuh dan mendatangkan bahaya.
KEBURUKAN
Kos Yang Agak Tinggi
Buat anda dengan bajet yang minimum, material kayu bukan lah pilihan yang tepat. Ini kerana kekurangan sumber kayu telah mempengaruhi harganya sehinggakan menjadi semakin mahal dan hampir mustahil untuk memiliki sebuah kediaman yang dibina dengan 100% kayu.
Proses Pekerjaan Rumit
Tidak seperti batu bata yang di ‘ikat’ menggunakan simen, proses pemasangan kayu adalah amat rumit dan hanya boleh dilakukan pakar. Selain harga kayu yang mahal, bayaran upah membina daripada material kayu sudah tentunya lebih mahal kerana prosesnya yang susah.
Risiko Kebakaran
Perkara yang bukan lagi rahsia. Kayu merupakan bahan yang tidak tahan haba atau panas jadi ia bukanlah penebat yang baik. Satu kepincangan daripada material ini ialah jika berlaku kebakaran, segalanya akan dengan mudah dijilat api.
Tidak dinafikan kediaman yang berbau harum dan wangi akan buat pemiliknya lebih tenang dan selesa.
Tak perlu labur duit yang banyak pun. Pewangi kediaman ini boleh kita buat sendiri saja menggunakan sabun mandi buku bersama bahan lain yang sememangnya sudah ada di rumah.
Lebih jimat tapi hasilnya harum semerbak. Caranya dikongsi oleh Sayurbox, bagi yang nak DIY ikut saja panduan ini.
DIY pewangi rumah bajet guna sabun buku
Bahan-bahan
Sabun mandi buku
Pewangi pakaian
Sedikit cuka
Air
Cara membuat:
1. Sagat sebuku sabun mandi hingga habis.
2. Dalam satu bekas lain satukan air dan pewangi pakaian dan satu bekas. Letak sekali beberapa titis cuka makan.
3. Kemudian tuang sabun mandi yang disagat tadi ke dalam bekas berisi bancuhan tadi. Gaul sabun disagat tadi hingga menjadi kental.
4. Jika mahu lebih wangi, tambah pewangi pakaian. Kemudian kacau hingga sebati.
5. Sediakan plastik, kemudian masukkan bancuhan sabun tadi ke dalamnya dan ikat.
6. Menggunakan garpu cucuk plastik untuk membuat lubang supaya wangiannya keluar.
7. Plastik ini bolehlah digantung, lebih elok di tepi tingkat atau kipas supaya harumannya memenuhi ruang.
Ramai di antara para wanita menghadapi masalah mencuci pakaian atau kemasan lembut seperti cadar, langsir dan sarung kusyen, bau harum tidak melekat pada fabrik. Tambah-tambah lagi apabila cuaca hujan mula lah berbau hapak sebab lambat dikeringkan. Lagi satu situasi yang memeningkan kepala ibu-ibu adalah kesan kotoran yang tidak hilang sepenuhnya, masih ada tompok-tompok kuning yang melekat dan degil untuk ditanggalkan.
Ada kalanya serbuk pencuci sudah diletakkan dalam kuantiti yang banyak tetapi seolah-olah tidak meresap sepenuhnya. Impiana kongsikan 5 tip yang perlu anda buat agar pakaian/kemasan lembut kekal harum dan bersih walaupun selepas dikeringkan.
1. Sebaiknya asingkan pakaian mengikut fabrik dan warna. Jangan masukkan tuala atau apa sahaja pakaian tebal bersama dengan fabrik nipis. Ini agar cucian dibilas sekata dan pencuci dimasukkan mengikut kuantiti yang disyorkan.
2. Elakkan menyidai pakaian di ampaian terlalu rapat di antara satu sama lain. Ini bagi memberi ruang kepada fabrik ‘bernafas’ dan membebaskan lembapan.
3. Tidak ramai yang mempunyai mesin pengering di rumah kecuali anda menggunakan servis dobi. Apabila hari mendung atau hujan, sememangnya kita terpaksa menyidai pakaian di dalam rumah. Tidak perlu risau kerana pencuci TOP Micro Clean Tech™ dengan ciri anti bau hapak mampu membuatkan fabrik kekal harum walaupun mengering di dalam rumah.
4. Pilih produk pencuci pakaian di pasaran yang mampu mencapai kebersihan yang menyeluruh serta membuatkan pakaian harum semerbak. Detergen TOP Micro Clean Tech™ dengan teknologi baru anti sebum antara diyakini mampu menanggalkan kotoran dan menarik keluar kesan kuning dan bau peluh yang terperangkap agar hilang sama sekali. Rangkaian Blooming dilengkapi teknologi pewangi freshcare menjadikan fabrik kekal harum dan segar selama 30 hari* selepas cucian.
5. Kotoran-kotoran ketara seperti kopi, sos tomato, coklat dan darah serta kotoran degil seperti sambal belacan dan kicap mudah dibersihkan dengan TOP Micro-Clean Tech™.
Ia turut dirumus dengan formulasi untuk menghalang kotoran tersebar dalam air cucian daripada melekat kembali ke permukaan fabrik. Dengan slogan ‘Belum Bersih sehingga Mikro Bersih’, jenama ini memberi dorongan kepada para pengguna untuk mencapai tahap cucian mikro bersih malah bau pakaian diyakini harum selepas cucian.
*Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun
Apa kata wanita ini selepas menggunakan TOP?
Puan Barliya Bt Babah, berusia 44 tahun telah menggunakan sabun jenama X sejak dari kecil lagi memandangkan ia jenama pilihan ibunya sejak dulu. Sejak mencuba TOP beliau mendapati kesan kotoran mudah dibersihkan serta tidak berbau hapak walaupun lambat dikeringkan. TOP kini dilengkapi dengan teknologi baru iaitu anti sebum yang berkuasa menanggalkan kesan peluh dan sebum di teras fabrik untuk kebersihan yang menyeluruh. Kekotoran pada kolar baju, pergelangan tangan dan juga kekuningan pada baju putih hilang sama sekali.
Saya berpuas hati dengan jenama TOP, kerana harganya berpatutan dan mudah serta berkesan menanggalkan kotoran degil tanpa memudarkan warna pakaian. Dengan jenama lain, biasanya saya perlu larutkan dahulu serbuk pencuci dengan air bagi mengelakkan kesan capuk-capuk putih pada pakaian. tetapi dengan sabun TOP saya tidak perlu berbuat demikian. Paling penting fabrik saya kini harum dan wangi walaupun selepas beberapa hari di lipat. Pakaian juga tidak keras dan mudah digosok.
Menggunakan TOP sama ada cuaca hujan atau cerah pakaian tetap berbau harum dan bersih hingga ke teras fabrik selepas cucian. Berpuas hati dengan jenama TOP, tidak ragu lagi saya akan memilih jenama TOP selepas ini, dan akan mengesyorkan kepada ahli keluarga terdekat.”
Puan Barliya Bt Babah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.