Bidai Bukan Sahaja Boleh Beri Impak Sejuk Tapi Boleh Bangkitkan Seri Ruang, Pilih Yang Sesuai

Share

Bidai bukan sahaja boleh beri impak sejuk tapi boleh bangkitkan seri ruang, pilih yang sesuai. Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik.

Jika anda sentiasa sibuk, Pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Ini kerana, bidai menggunakan tali dan kita sering membuka serta menutup bidai dengan menarik tali itu. Bidai yang kurang berkualiti menyebabkan masalah tali terputus selepas beberapa bulan.

Kredit foto: Pexels

Bidai terdapat dalam pelbagai rekaan dan material antaranya seperti plastik, kayu dan kanvas atau fabrik. Jika anda sentiasa sibuk, pilih bidai daripada jenis yang berkualiti walaupun anda terpaksa membelinya dengan harga yang tinggi. Bidai terutama yang menggunakan tali jika kurang berkualiti selalunya mengalami masalah tali terputus selepas beberapa bulan selepas pemasangan.

BIDAI UNTUK RUANG TAMU

Ruang tamu rumah merupakan tempat utama dalam rumah kerana disitu lah tempat untuk melayan tetamu dan disitu juga lah tempat untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama.

Jenis bidai yang sesuai untuk kawasan ruang tamu rumah ini ialah bidai venetian. Bidai jenis ni ada diperbuat daripada pelbagai bahan seperti timber, aluminium dan PVC. Bidai ini juga ada pelbagai warna dan stail yang boleh dipadankan dengan tema rumah.

Kelebihan bidai venetian ini ialah ia bagus untuk mengawal privasi dan juga pencahayaan. Dengan pemilihan warna / colour yang betul, bukan sahaja menampakkan kemeriahan blinds ini. Ia juga menyerikan suasana.

Kredit foto: Pexels

Mungkin ramai yang berfikiran untuk menambah ceria kan meja kerja ketika ramai sedang work from home ketika ini boleh fikirkan untuk ubah suai meja kerja. Ini kerana dengan bidai ini kita boleh nampak orang di luar tetapi orang luar tak boleh melihat ke dalam kawasan rumah kita. Nak kawal cahaya yang masuk ke dalam rumah pun senang guna bidai ini.

Seeloknya, kalau nak pasang bidai ini pada kawasan yang besar seperti ruang tamu rumah kita, pilihlah yang mempunyai bilah yang besar kerana ia lebih sesuai untuk kawasan yang agak lapang. Kalau bidai kecil lebih sesuai untuk tempat yang tertutup dan kecil.

BIDAI UNTUK BILIK TIDUR

Bidai venetian kurang sesuai kalau nak dipasang dalam bilik sebab fungsi utama bilik tidur kita adalah untuk kita rehat jadi mestilah kita nak bidai yang boleh halang cahaya sepenuhnya supaya boleh tidur nyenyak. Bidai venetian kurang efektif untuk mengalang cahaya berbanding bidai roman.

Kredit foto: Pexels

Bidai roman ialah satu bidai klasik yang diperbuat daripada fabrik. Fabrik itu anda boleh pilih ikut kesukaan anda. Tapi kalau anda pasang dalam bilik sebab anda tak nak cahaya masuk langsung, anda disarakan untuk pilih fabrik yang berwarna gelap dan boleh mengahalang cahaya masuk walaupun pada waktu siang.

BIDAI UNTUK OUTDOOR DAN DAPUR

Sebab kebanyakan bidai adalah diperbuat daripada bahan yang kalis air, jadi bidai boleh guna untuk outdoor dan dapur. Untuk kawasan outdoor macam balkoni, patio, gazebo atau kawasan belakang rumah, anda boleh pilih bidai kayu.

Kredit foto: Pexels

Sesuai untuk tema ‘vintage’ ataupun untuk timbulkan suasana yang tenang macam di kampung. Anda juga boleh pilih bidai patio yang kalis air untuk mengelakkan tempias hujan dari masuk ke rumah. Untuk kawasan dapur yang biasanya terdedah kepada asap dan minyak , boleh pilih bidai yang diperbuat daripada aluminium sebab bahan ini sangat mudah untuk dibersihkan.

BIDAI GULUNG

Bidai yang hanya memerlukan penjagaan minimum. Bidai jenis ini senang untuk dijaga kerana tidak mempunyai bilah seperti kebanyakan bidai yang lain. Jenis bidai ini sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Kalau nak pasang di bilik tidur boleh pilih bidai gulung blockout yang boleh halang cahaya daripada masuk sepenuhnya dan boleh buatkan bilik tidur anda lebih sejuk.

Kredit foto: Pexels

Bidai gulung ini mudah digunakan dan dibersihkan. Tambahan lagi bidai ini boleh membuatkan kawasan rumah kita kelihatan kemas. Jika tingkap anda agak besar atau anda tidak suka untuk tarik tali bidai secara manual, anda boleh pasang bidai gulung yang bermotor.

BIDAI SELULAR

Bidai yang sesuai sekiranya ada orang tua dan kanak-kanak di rumah. Kalau anda jenis orang yang tak suka tengok tali bidai dan tak nak tarik tali bidai secara manual, anda boleh cuba bidai selular.

Bidai ini ada bentuk honeycomb bertingkat sekiranya dilihat dari tepi. Disebabkan bentuk inilah bidai ini boleh menyejukkan bilik anda. Selain itu, ia juga boleh menghalang cahaya sepenuhnya yang menyebabkan bidai ini sangat sesuai untuk bilik tidur.

Kredit foto: Unsplash

Oleh kerana bidai ini tidak ada tali bidai di luar, jadi ia nampak sangan moden dan minimalis. Paling penting sekali, bidai ini sangat ringan dan mudah untuk diangkat yang menyebabkan ianya sangat sesuai untuk rumah yang ada penghuni berusia ataupun kanak-kanak.

Sumber: Azura Curtain

Kredit foto (top image): Pexels

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi