Berita

Bijak Berkomunikasi Dan Open Minded, Warna Biru ‘Dedah’ Personaliti Sebenar Nadiya Nisaa

Share

Nama Nadiya Nisaa memang sudah tidak asing lagi dalam industri seni negara ini. Selain merupakan pelakon wanita yang amat berbakat, beliau juga merupakan seorang isteri dan ibu yang penyayang. Mula berlakon semenjak tahun 2009 lagi, Nadiya Nisaa mula mendapat perhatian apabila watak Manis yang dibawanya melalui filem CUN! mendapat pengiktirafan. Anugerah Pelakon Wanita Harapan Terbaik itu memang layak dimenangi kerana setiap watak yang beliau mainkan telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para penonton malah kepada penggiat seni yang lain. Selain berbakat dalam lakonan, bijak bergaya dan berketrampilan, pelakon ini tidak kurang juga mempunyai taste

tersendiri dalam dekorasi.

Selepas hampir sepuluh tahun bertapak dalam bidang lakonan, kini artis pujaan ramai ini telah melebarkan sayap ke bidang pengacaraan. Lebih membanggakan apabila rancangan televisyen IMPIANA bersama Astro yang pertama bakal bersiaran bermula 21 Ogos ini di Astro Prima, dengan besar hatinya telah mengalu-alukan kehadiran Nadiya Nisaa sebagai hos rancangan ini.

 

Berkongsi minatnya tentang warna biru dengan team IMPIANA, menurut pelakon ini, beliau amat meminati warna Royal Blue yang dilihat sebagai satu warna yang fleksible kerana mudah untuk dipadankan dengan apa jua warna dan corak. Sesuai dengan keperibadian Nadiya Nisaa yang periang dan happy-go-lucky, warna biru boleh dikaitkan dengan mereka yang pintar berbicara. Mereka ini mudah berkomunikasi dan merupakan seorang yang open-minded. Pendek kata, mereka yang menyukai warna biru ini tiada masalah untuk berhadapan dengan orang lain kerena sifatnya yang mudah mesra. Warna biru yang secara general nya melambangkan ketenangan yang sempurna, dalam masa yang sama ia juga mampu memberi kesan positif terhadap emosi, tekanan darah dan denyutan nadi seseorang. Jadi tidak hairanlah warna ini mejadi pilihan Nadiya Nisaa untuk interior idamannya.

Warna biru boleh terbahagi kepada dua dan Royal Blue telah masuk di kategori biru gelap. Warna-warna biru berona gelap melambangkan sebuah perasaan yang mendalam. Antara sifat utama warna ini adalah ia mampu memberi konsentrasi, kecerdasan dan ketenangan. Penggemar warna ini juga merupakan golongan yang percaya dan yakin dengan diri. Jika ingin melakukan sesuatu, mereka lebih percayakan naluri sendiri daripada kata-kata orang lain. Bukan itu sahaja, orang yang sukakan warna biru ini juga dilihat sebagai seorang yang kreatif ; satu sifat yang paling sesuai untuk menggambarkan personaliti Nadiya Nisaa.

Di sini kami telah  kumpulkan beberapa contoh hiasan dalaman dengan warna Royal Blue sempena meraikan host baru dan semoga menjadi inspirasi buat anda yang juga turut meminati warna ini.

Jangan lupa tonton rancangan TV IMPIANA bermula Selasa, 21 Ogos 2018 jam 12.30 tengah hari hanya di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Kredit : Instagram peribadi milik Nadiya Nisaa & Pinterest

 

 

Published by
Amalina