Bijak Guna Ruang, Bilik kecil Ini Mampu Muat 3 Orang Lepas Makeover

Share

Bijak Guna Ruang, Bilik kecil Ini Mampu Muat 3 Orang Lepas Makeover. IMPIANA kongsikan proses dekorasi dalam bilik tidur perempuan yang bersaiz 18 kaki persegi. Apa yang menarik adalah bilik tersebut pada mulanya hanya boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja, tetapi setelah proses transformasi bilik kecil ini dijalankan, ia boleh menambah lagi seorang untuk tidur dalam bilik tersebut tanpa merasa sempit.

Tukar jenis katil

Perkara pertama yang diberi perhatian adalah penukaran katil daripada katil queensize yang mengambil 60% ruang dalam bilik tidur ditukar kepada katil double decker dengan tambahan tilam dibahagian bawah katil.

Apa yang menarik adalah, penghuni pada asalnya hanya boleh solat seorang diri pada satu masa dan kini dia boleh menunaikan solat bersama adiknya berikutan sudah mempunyai ruang yang besar.

Faktor Pencahayaan

Dalam ruang yang sempit, faktor pencahayaan serta pemilihan jenis lampu amat penting. Walaupun lampu sudah menerangi seluruh bilik, tetapi jenis lampu memakan ruang dalaman, ia masih tidak praktikal.

Alternatifnya adalah menggunakan lampu jenis gantung atau yang ditebuk pada dinding. Anda dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli lampu jenis berdiri berikutan penggunaan ruang yang banyak.

Video Tips Pemilihan Wallpaper

 

Merehatkan mata

Pada asalnya, bilik ini tidak mempunyai apa-apa hiasan di bahagian dinding, ia hanya diwarnai tona putih sahaja. Memandangkan pemilik bilik ini masih lagi dalam peringkat pelajar kolej dan sekolah, sesuatu harus dilakukan untuk membolehkan mereka dapat belajar dengan tenang serta ada faktor merehatkan mata.

Pihak IDW Design memasang kertas dinding bercorak alam semulajadi atau lebih dikenali sebagai ‘Visual Landscape’. Ini kerana jika kita memandang sesuatu subjek yang berwarna hijau, pasti akan memberi ketenangan tanpa kita sedar dan masa yang sama dapat merehatkan mata.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan dalam episod 8 pada minggu ini, saksikannya di siaran Astro Prima serta Maya HD pukul 1230 tengahari dan ulangannya pada pukul 9 malam di Astro Prima.

 

Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV 

Baca: Cara Kemas Bilik Tidur, Cepat Mudah, Macam Hotel

 

 

Published by
Impiana