Kami banyak menerima rintihan yang menyatakan bahawa keluasan rumah antara faktor yang menjadi kekangan kepada pemilik kediaman untuk menata rias kediaman masing-masing dan ilham kreatif tersebut terkubur begitu sahaja.
Selain daripada itu, ada juga yang menyatakan bahawa kediaman sempit selalunya sukar untuk dihiasi berikutan salah membeli saiz perabot yang terdapat di pasaran. Kurangnya panduan menyebabkan pembeli hanya membeli berdasarkan rupa bentuk nya yang cantik di showroom. Apabila di bawa pulang rupanya ia memakan banyak ruang di rumah.
Rintihan tersebut menurut pemilik apartment yang hanya berkeluasan 700 kaki persegi iaitu En Firdaus Abu Bakar adalah salah dan tidak benar kerana beliau berjaya membuktikan kediaman sempit juga boleh dihias menjadi cantik seperti yang diidamkan. Fokus dekorasinya adalah di bahagian dapur serta ruang tamu yang mana beliau mahu ianya nampak lebih luas dan memberikan keselesaan.
Menurut pemilik apartment kos sederhana ini, ruang tamunya tidak terlalu besar dan terletak berhadapan dengan pintu masuk dan memilih sofa 1 seater rona hitam serta kelabu yang berkapasiti dua tempat duduk. Penggunaan cermin bersaiz besar adalah sebagai ilusi yang menipu pemerhati sekaligus beranggapan bahawa apartment ini bukan 700 sqft tetapi 950 sqft. Jom kita lihat hasil sentuhan kreatif pemilik.
Walaupun ingin nampak luas, ruang tamu serta dapur mesti ada pemisahnya, oleh itu pemilik telah memilih untuk meletakkan meja konsul bersaiz sederhana disebelah L Shape Sofa.
Ads
Jika diteliti ruang dapur pula, anda dapat melihat terdapat meja kaunter pulau yang dihiasi dengan lampu gantung hiasan malahan dindingnya dicat dengan warna putih untuk efek lebih luas.
“Pada asalnya, dapur ini direka secara tertutup dan saya mengambil keputusan untuk menukar 100% ruangan ini menjadi ruang terbuka dengan merobohkan beberapa dinding asal dan memasang kabinet tambahan”, katanya.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Tidak susah untuk memastikan dekorasi kediaman kekal lama jika anda tahu menguruskannya dengan bijak walaupun mempunyai tiga orang anak kecil”, ujar guru sekolah serta pemilik kediaman teres satu tingkat di Port Dickson ini.
Menurutnya, dia menetapkan ruangan khas untuk anaknya bermain serta makan dan minum dalam usaha memastikan ilham dekorasinya kekal lama malahan mengambil masa selama tiga bulan dalam menyiapkan dekorasi dalaman berkonsepkan hipster industri minimalis dengan berbelanja sebanyak RM15K.
“Saya sentiasa memilih dengan teliti setiap perabot serta aksesori agar ianya selari dengan konsep yang kami tetapkan seperti warna earthtone dan hitam serta banyak merujuk kepada poster yang menampakkan imej hipster atau gaya hidup yang mengikuti trend terkini”,katanya.
Tambahnya lagi, kediaman ini tidak mempunyai banyak perabot malahan memudahkan lagi proses membersihkan segala habuk yang melekat.
Rumahnya berkeluasan 1400 kaki persegi menggunakan tona warna hitam batu-bata industri menarik IMPIANA untuk mengetengahkan idea beliau untuk tatapan serta inspirasi pembaca majalah IMPIANA.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.
TIP PILIH KATIL
1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan
2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.
4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.
5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih adakah yang percaya akan mitos ini? Hijau tanda cemburu namun persoalannya hijau yang mana? Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis hijau untuk memenuhi permintaan khalayak. Dari pastel, krim, biasan putih, terang dan gelap. Pilihlah mana yang anda gemar yasng menepati cita rasa anda dan situasi di kediaman anda.Mengapa hijau?
Hijau baik untuk mata dan juga mempunyai daya meransang semangat dan memberi ketenteram terutama bagi tuan rumah yang mengidap penyakit seperti darah tinggi dan jantung. Inspirasi di alam semula jadi memberi kelebihan hijau sebagai sebahagian dari tumbuh-tumbuhan. Jadi berinspirasikan dari alam memudahkan kita menyesuai padan perabot berwarna kayu atau putih.
Uniknya hijau, ruang kekal elegan dan ia sebenarnya sangat fleksibel. Bayangkan perabot perang koko, kayu jati atau birch kekal cantik dipadankan dengan kemasan lembut hijau daun pisang atau epal. Malah kebelkangan ini pereka memadan kan perang koko dengan turquoise yang dengan tidak disangka-sangka menjadi ikutan kerana kemewahan warnanya. Itu tidak menghairankan kerana hijau merupakan warna bagi mereka yang berfikiran terbuka dan tenang serta kejujuran.
Bahkan perabot putih juga mula dipadankan dengan rona krim atau pastel. Jika dulu biru atau biru muda menjadi rona klise untuk perabot seperti ini. Tetapi kini pereka mahukan sesuatu yang nampak lebih menarik. Hijau turquoise lembut dn padankan dengan hijau terang juga dalam nada yang sama. Ia umpama dua karakter panas dan dingin menjadi satu. Padankan pada apa sahaja konsep. Scandinavian, moden klasik, shabby chic, nusantara, Inggeris, urban, country dan beberapa lagi konsep lain, hijau mampu menukar mood pandangan anda dengan sekelip mata. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.