Kami banyak menerima rintihan yang menyatakan bahawa keluasan rumah antara faktor yang menjadi kekangan kepada pemilik kediaman untuk menata rias kediaman masing-masing dan ilham kreatif tersebut terkubur begitu sahaja.
Selain daripada itu, ada juga yang menyatakan bahawa kediaman sempit selalunya sukar untuk dihiasi berikutan salah membeli saiz perabot yang terdapat di pasaran. Kurangnya panduan menyebabkan pembeli hanya membeli berdasarkan rupa bentuk nya yang cantik di showroom. Apabila di bawa pulang rupanya ia memakan banyak ruang di rumah.
Rintihan tersebut menurut pemilik apartment yang hanya berkeluasan 700 kaki persegi iaitu En Firdaus Abu Bakar adalah salah dan tidak benar kerana beliau berjaya membuktikan kediaman sempit juga boleh dihias menjadi cantik seperti yang diidamkan. Fokus dekorasinya adalah di bahagian dapur serta ruang tamu yang mana beliau mahu ianya nampak lebih luas dan memberikan keselesaan.
Menurut pemilik apartment kos sederhana ini, ruang tamunya tidak terlalu besar dan terletak berhadapan dengan pintu masuk dan memilih sofa 1 seater rona hitam serta kelabu yang berkapasiti dua tempat duduk. Penggunaan cermin bersaiz besar adalah sebagai ilusi yang menipu pemerhati sekaligus beranggapan bahawa apartment ini bukan 700 sqft tetapi 950 sqft. Jom kita lihat hasil sentuhan kreatif pemilik.
Walaupun ingin nampak luas, ruang tamu serta dapur mesti ada pemisahnya, oleh itu pemilik telah memilih untuk meletakkan meja konsul bersaiz sederhana disebelah L Shape Sofa.
Ads
Jika diteliti ruang dapur pula, anda dapat melihat terdapat meja kaunter pulau yang dihiasi dengan lampu gantung hiasan malahan dindingnya dicat dengan warna putih untuk efek lebih luas.
“Pada asalnya, dapur ini direka secara tertutup dan saya mengambil keputusan untuk menukar 100% ruangan ini menjadi ruang terbuka dengan merobohkan beberapa dinding asal dan memasang kabinet tambahan”, katanya.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mendekor kediaman perlu bijak. Tak semestinya untuk zahirkan sebuah dekor kediaman itu perlu perabut dan aksesori yang mahal. Jika pintar menyusun dan menyuaipadankan perabot dan aksesori yang di beli, ia tetap akan nampak cantik walaupun dari barang yang murah. Lebih best kalau anda DIY sendiri je semua benda. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Mishka SAlsabella, Kediamanya yeng berukuran 650sqf tetap nampak cantik dan menawan walaupun hanya menggunakan perabot biasa-biasa sahaja. Jom kita tengok tranformasi rumah flat menajdi kondo ni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Merealisasikan keinginan pemilik mengikut kesesuaian gaya hidup dianggap satu cabaran yan perlu digalas sempurna oleh pereka hiasan dalaman. Ketelusan dan ketelitian merias wajah kediaman yang diamanahkan semestinya antara perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan.
Itulah yang perlu pereka dalaman Shahreen Ghazali kendalikan apabila diminta menggarap sempurna kediaman jenis kondomininum milik Emasria Ismail ini. Dengan keluasan 952 kaki persegi, rumah ini ternyata mempunyai penataan seni hias yang menarik. Ringkas namum tetap eksklusif dengan konsep moden industri yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan juga pereka. Apa yang telah dilakukan oleh Shahreen ialah menampilkan konsep industri dengan beberapa elemen feminin yang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti tuan rumah.
Menurut Emasria, kos keseluruhan renovasi kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta dapur dan ruang tamu ini telah menelan belanja RM100k. Pemilik merasakan ia satu pelaburan yang berbaloi kerana tatkala berada didalam rumah ini terasa seperti sedang duduk berehat di kafe indah yang selesa.
Rona kelabu yang memenuhi segenap ruang kediaman ini telah di neutral kan dengan perabot serta aksesori yang diatur dengan pantulan cahaya lampu tepat, menyerlahkan lagi segenap sudut untuk tampil elegan. Selain itu, pembahagian antara satu ruang dengan ruang yang lain juga dilihat amat penting agar kediaman kelihatan lebih teratur tetapi tidak terlalu rigid. Pemilik memilih untuk menggunakan panel besi pada ruang makan untuk memisahkannya daripada dapur. Binaan dinding dengan kemasan cladding bertekstur batu bata merah dijadikan sebagai feature wall sudut ruang makan yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang tetamu. Segenap ruang yang ada telah dihias dengan rapi dan teliti mengikut konsep yang ditetapkan.
Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata melihat kediaman indah persis kafe hipster ini. Semoga menjadi inspirasi dan ingat, jangan takut untuk mencuba!
" Kalau ko ada bajet kan, ko nak deko rumah macam mana?""Hmmm, aku nak rumah konsep macam kafe, hipster & nampak industrial"Bermula dari minat, ke mimpi kini jadi kenyataan….
Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai guru sekolah, itu tidak menghalang Cikgu Saiful Bahrin daripada mencurahkan idea kreatifnya terhadap dekorasi dalaman di kediamannya yang terletak di Taman Kurau Lestari, Perak. Pemilik yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak dalam kediaman jenis Semi-D, mempunyai keluasan 1100 Sqft akan bertukar tema dekor setiap dua tahun. Ini disebabkan oleh minatnya yang amat mendalam terhadap dekorasi kediaman. Sebelum ini IMPIANA pernah memaparkan Dekorasi dapur En. Saiful Bahrin yang dibina hanya dengan modal RM 500 [klik sini untuk artikel lengkap] kali ini kita lihat pula dekorasi yag di hasilkan diruang tamu pemilik.
Keseluruhan, asal kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun, selesai renovasi kediaman moden glam ini hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Satu bilik telah diubah menjadi ruang surau dan sebagai tambahan, pemilik membina loteng,
“Dua tahun lepas, saya memilih konsep industrial indoor dan pada tahun ini saya cuba untuk mengikuti trend terkini dengan memilih tema modern glam dengan perincian wainscoting dalam menghias dinding di rumah saya”, jelasnya.
“Agak sukar untuk memastikan kediamana ini sentiasa dalam keadaan kemas memandang saya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Sebagai langkah proaktif, saya dan isteri akan mengemas rumah terlebih dahulu sebelum tidur dan pergi kerja.” Tambah pemilik
Bagi mengatasi pembaziran, perabot lama yang tidak bersesuaian dengan tema atau tataman konsep baru akan di jual. Hasil jualan, digunakan pemilik sebagai modal untuk membeli perabit baru yang bersesuaian. Masa yang diepruntukkan untuk renovasi kediaman ini adalah satu bulan dengan bantuan pelajar jurusan vokasional di bawah bimbingan pemilik. Tugas-tugas renovasi dilakukan diluar waktu belajar. Melihat kepada pilihan warna, pemilik menggabungkan warna kelabu sebagai ronan utama yang dipadukan dengan lantai vinyl membangkitkan lagi seri. Selain pencahayaan dari lampu siling, sebagai tambahan beberapa biji floor lamp dan table lamp turut digunkan untuk memperincikan lagi setiap sudut.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.