Pasangan suami isteri ini mempunyai perancangan kewangan yang bijak dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah pertama.
Langkah awal mereka adalah mewujudkan simpanan khas untuk rumah selama lima tahun, yang akhirnya berjaya mengumpul sehingga RM160,000.
Hasil Kerja Keras Sebagai Pencipta Kandungan
Wang simpanan tersebut adalah hasil kerja keras mereka sebagai pencipta kandungan di media sosial pada usia muda. Fatin Nadiah Md Nazri, 29, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Aidil Abdul Rahim, 29, membeli rumah sekunder (subsale) iaitu teres satu tingkat berharga RM280,000 di Melaka pada tahun 2021.
Penggunaan Simpanan untuk Pembelian Rumah
Menurut Fatin, wang simpanan itu digunakan untuk membayar wang pendahuluan sebanyak 15 peratus daripada harga rumah iaitu RM48,000, yuran peguam untuk perjanjian jual beli rumah (S&P), dan pengubahsuaian sebanyak RM100,000.
“Dia menggunakan pendekatan ini kerana mahu mengurangkan komitmen pinjaman dengan bank serta memastikan mereka mempunyai kewangan yang baik dan berkemampuan untuk membayar ansuran rumah tanpa terbeban,” katanya.
Pemilihan Rumah yang Strategik
Pasangan ini memilih rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi kerana kedudukannya yang strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin dan Lebuhraya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). Kawasan perumahan tersebut juga menawarkan banyak kemudahan seperti sekolah dan kedai untuk keperluan harian.
Ads
Proses Pembelian yang Mudah
“Proses untuk membeli rumah ini mudah dan permohonan pembiayaan perumahan lulus dalam tempoh dua minggu,” tambah Fatin.
Pada peringkat awal, bank memaklumkan bahawa dokumen permohonan pembiayaan mereka kurang kuat kerana bekerja sendiri. Namun, Fatin menyediakan dokumen sokongan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji, yang membolehkan permohonan mereka berjaya dalam masa dua minggu.
Pengubahsuaian yang Menyeluruh
Fatin juga menyatakan bahawa mereka menyediakan bajet yang besar untuk pengubahsuaian kerana rumah sekunder berusia enam tahun itu memerlukan baik pulih beberapa aspek. Antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuk memasang kabinet dapur, siling kapur, lantai batu plastik komposit (SPC), dan menukar cat. Keadaan rumah berubah sepenuhnya daripada yang asal, mewujudkan persekitaran kondusif dan selamat untuk anak-anak mereka.
Ads
Pencapaian Peribadi dan Inspirasi untuk Golongan Muda
Jelas Fatin, kejayaan membeli rumah tersebut adalah pencapaian peribadi bagi mereka yang mahu memiliki kediaman pada usia muda. Beliau berharap kisah ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada golongan muda untuk memiliki rumah pada usia awal.
Nasihat untuk Pembeli Rumah Muda
Ads
“Nasihat saya adalah untuk tidak ‘markup’ pembiayaan perumahan atau membuat pinjaman peribadi untuk membeli atau mengubahsuai rumah. Tindakan tersebut boleh menjerat diri dengan bebanan hutang. Kita layak membeli rumah tetapi belum tentu mampu membayarnya, kerana bukan sahaja perlu membayar ansuran bulanan tetapi juga komitmen lain,” katanya.
IMPIANA : Semoga kisah ini dapat menjadi panduan dan dorongan kepada semua, terutamanya golongan muda, untuk merancang masa depan kewangan mereka dengan bijak dan merealisasikan impian mereka dengan penuh yakin.
Banyak paparan kisah inspirasi di usia muda mampu memiliki hartanah yang IMPIANA baca. Mesti ramai terfikir, kerja apa lah budak tu. Usia muda lingkungan 23-25 tahun dah ada sebiji rumah. Betul tak? Segalanya bukan lah mustahil jika anda bijak merancang. Berikut antara perkongsian di laman Facebook AMIR SYAHIR langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk membeli sebuah hartanah diusia muda:
Tahun 2019 telah tiba. Ada anak muda sudah merancang untuk membeli rumah. Baguslah. Niat dah ada ilmu pun kena cari. Tiada istilah terlambat, yang penting berusaha.
Nak membeli rumah perlu persediaan yang rapi. Jangan terus nak mohon pembiayaan perumahan tanpa baiki profail kewangan. Ambil masa untuk anda baiki profail kewangan terlebih dahulu.
Piih 10 hartanah terbaik, shortlist 5 paling bagus dan beli satu atau dua yang terbaik dan menguntungkan. Yang kena dengan gaji anda
Antara serba sedikit anda boleh bermula dengan memburu hartanah subsale dengan cara;
1. Anda harus mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Buat tabung kecemasan dalam 3-6 bulan gaji dan disimpan dalam ASB atau Tabung Haji supaya boleh generate dividen juga. Biar ada simpanan sedikit sebanyak. Barulah bank percaya anda mampu bayar ansuran bulan rumah nanti.
2. Mula-mula kena tahu anda layak ke tak buat pembiayaan perumahan. Mana tahu ada hutang yang lupa nak bayar. PTPTN sangkut ke. Lepas tu berapa jumlah pembiayaan anda boleh dapat. Ia bergantung pada DSR (Debt Service Ratio) dan scoring kredit individu. Macam mana nak kira DSR;
Katakan gaji bersih dalam RM2000.
Ada komitmen: Kereta: RM550 Pinjaman peribadi: RM200 Dan rumah nak beli ansuran dalam: RM610 Jumlah komitmen: RM1360✔️
DSR➡️Jumlah komitmen + ansuran rumah nak beli / Pendapatan X 100% = 1360 / 2000 X 100% = 68%.
Biasanya gaji bawah RM3K ni bank tengok DSR kena bawah 60%. Jadi kau kena tambah pendapatan sikit ataupun kurangkan komitmen hutang. Kena cuba cari rumah ansuran bawah RM610 tu.
*Ansuran rumah nak beli boleh cek guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.
3. Tiap hari buka Mudah.my, PropertyGuru, berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Berguru dengan orang berpengalaman dan orang positif yang minat pelaburan hartanah.
4. Kena pastikan ada 10% deposit. Nak senang kena ada 15% daripada harga rumah nak beli. Sebab ada legal fees kena bayar semua. Jadi bawa-bawa menyimpan lah ye.
5. Rekod CCRIS. Jangan takut jika kau ada rekod CCRIS. Ada rekod CCRIS ni bagus. Ia sebagai dokumen sokongan kepada bank untuk membuktikan kau seorang yang bagus dalam membayar balik ansuran. Tak culas.
Yang tak bagus tu kalau kau buat pinjaman tetapi tak reti nak bayar dengan jumlah yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan. Bila ada nombor selain 0 dalam laporan CCRIS tu mulalah kau nak menggelabah. Masa nak bayar hutang buat-buat lupa.
6. Baiki rekod kewangan. Jika anda ada tunggakan kad kredit, pembiayaan peribadi ataupun hutang yang lain, selesaikan terlebih dahulu. Logik bank kalau hutang tersedia ada pun anda tak mampu nak bayar, macam mana nak buat hutang baru. Kan? Kan? Kan?
7. Bila dah yakin, pergi lah memburu hartanah. Kalau masih baru, gunakan khidmat ejen hartanah. Mereka boleh membantu. Pergi tengok rumah nak beli. Jangan mengada nak beli rumah atas RM500K masa muda-muda ni. Buat pelaburan hartanah dulu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular tanah air, Nurul Jannah Binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick. Sebelum ini, anak kelahiran asal Sungai Petani, Kedah ini telah mendapat perhatian ramai selepas dikhabarkan telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya sekitar bulan September yang lalu.
Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 ini berkongsi khabar berita gembira itu bersama orang ramai menerusi beberapa entri di akaun laman media sosial miliknya.
Selain menjadi perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai, sikap yang ditonjolkan oleh Janna dengan membuat persediaan awal membeli sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun mendapat pujian.
Keperibadian yang ditonjolkan oleh Janna ini bukan sahaja hanya meraih perhatian malah telah menjadi contoh teladan yang baik kepada orang ramai khususnya golongan anak muda.
Bak kata orang, sedikit sebanyak dengan semangat yang ditonjolkan oleh Janna ini boleh dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dan pemangkin semangat. Betul tak?
Jadi, kami di IMPIANA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Janna. Semoga terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya pada masa akan datang.
Bercakap tentang hantu sudah tentu boleh membuatkan semua orang berasa takut. Gangguan makhluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini sangat digeruni khususnya di kediaman sendiri.
Di sini Impiana kongsikan beberapa rumah selebriti Hollywood yang punya aura mistik.
Adele
Penyanyi lagu ‘Hello’, Adele mengakui bahawa rumah mewah klasik miliknya di West Sussex, London, England berhantu apabila dia sering mendengar suara-suara yang tidak diketahui asal usulnya.
Dia juga mengatakan bahawa dia merasa sangat takut jika melalui salah satu lorong dirumahnya sehinggakan dia terpaksa mengupah penjaga wanita untuk menemaninya ketika berada di rumah. Kini rumah tersebut telah dijual.
Robbie Williams
Walaupun dia tidak pernah melihat hantu di rumahnya, bekas anggota Take That itu pasti bahawa semangat permaisuri terakhir Raja Henry VIII tinggal bersamanya.
Menurut Hello, dia mengatakan bahawa dia dapat merasakan kehadiran permaisuri ketika dia tinggal di rumah yang dibeli pada tahun 2007. Selain hantu, dia yakin pernah melihat penampakan UFO di rumah tersebut.
Michael Jackson
Sebelum meninggal dunia, salah satu kediaman mewah Michael Jackson di Neverland Ranch telah menjadi perhatian ramai orang. Dikatakan rumahnya yang berada di Neverland semakin diabaikan sejak kematian Michael Jackson pada tahun 2009.
Terdapat video menunjukkan bayangan hitam bergerak melintasi koridor dari kiri ke kanan, kemudian hilang secara tidak sengaja ditangkap pada kamera semasa siaran langsung di program televisyen CNN, ‘Indise Neverland’.
Marilyn Monroe
Pelakon cantik serba boleh Marilyn Monroe meninggal dunia di kediaman peribadinya di Brentwood, LA, Amerika Syarikat pada tahun 1962. Dia ditemui mati di bilik tidurnya kerana terlalu banyak mengambil pil tidur.
Menurut Hello, sejak kematiannya, pengawal dan penghuni rumah tersebut mengaku telah melihat kelibat Marilyn di beberapa penjuru rumah tersebut. Salah satunya adalah di kolam renang halaman belakang. Sehingga kini, rumah tersebut dikatakan masih menghantui penghuninya.
Amy Winehouse
Sebelum meninggal pada tahun 2011, penyanyi Amy Winehouse tinggal di sebuah flat di London Utara. Dia mengaku diganggu oleh hantu dalam bentuk seorang budak lelaki yang muncul kepadanya.
Amy sendiri sangat takut sehingga dia tidak mahu mengubahsuai salah satu bilik yang dipanggil ‘tempat rehat si kecil’. Sementara itu, beberapa saudara Amy telah mendengar rintihan manusia dan raungan binatang sehari sebelum kematian Amy.
Tapi, kalau boleh janganlah baca cerita ni masa dalam gelap sorang-sorang, nanti tak boleh tidur pulak!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.