Ruang tamu sempit membataskan kita bukan sahaja melakukan aktiviti malah menghias kediaman. Ruang luas pun punya masalah. Lebih luas ruang, pelbagai benda nak diletakkan. Silap-silap, setiap sudut nampak bercelaru. Pokoknya, kecil atau luas anda perlu bijak menghias.
Seperti kediaman yang menerima sentuhan make over team IMPIANA kali ini. Ruang yang luas, tidak dapat dimanfaatkan dek sikap pemilik yang suka mengumpul dan sayangkan perabot yang mempunyai nilai sentimantal buat mereka sekeluarga.
Tambahan, si suami yang mempunyai koleksi Lego yang tidak disusun baik menyebabkan kediaman ini tidak mempunyai karekter. Team IMPIANA bersama pakar rekaan dalaman yang dilantik memberi sentuhan magis buat puan soraya seisi keluarga
SEBELUM:
Perka telah milih rona cat biru untuk menonjollan sisi maskulin dan padanan cat pink pastel untuk membangkitkan aura feminin. Walupun kombinasi ke dua warna ini jarang sekali menjadi pilihan, pereka yakin dan berani ia mampu membangkitkan karakter tersendiri kepada kediaman ini.
Bahagian atas dinding dialis rona kontra untuk memberi impak double volume bagi sesuatu ruang. Sekali gus, ia memberi kesan visual yang menarik.
Dinding yang di alis rona pastel pink dijadikan sebagai feature wall. Wainscoting digunakan membentuk bingkai segi empat sama dan di dalam nya diberi kemasan wallpaper bertekstur daun emas. Secara tidak langsung, feature wall yang dihiasi bingkai khas ini kelihatan lebih menarik dan mewah
Almari lama yang menjadi ruang simpanan koleksi lego si suami dan anak tidak di buang. Malah, pereka bijak mengguna semula perabot tersebut dengan sedikit tambahan rak kayu terbuka sebagai padanan. Untuk elak almari dan rak baru kelihatan janggal, pereka telah meletakkan fascia bord sebagai topi menghubungkan ke semua almari dan rak agar menjadi satu.
Tip dari pereka, sofa berbentuk L tidak sesuai untuk diletakkan di ruang tamu. Ia menyebabkan tetamu tidak selesa ketika duduk. Sofa L hanya sesuai di family area. Oleh itu, pereka telah memilih sofa yang lebih berkarekter dan memberi keselesaan kepada pemilik dan tetamu
Memandangkan pemilik mempunyai dua orang anak lelaki yang masih kecil dan lasak, sebuah dinding di alis kemasan chalk board. Ia memberi peluang kepada si cilik berkarya tanpa batas. Tambahan, kapur lebih mudah dibersihkan dengan lapisan chalk board ini
Untuk keselesaan optimum, permaidani rona hitam dan emas dihampar. Secara tidak langsung, pilihan rona hitam dan emas tadi mencetuskan lagi suasana mewah di dalam kediaman. Disamping itu juga, ia tidak mudah nampak kotor.
Untuk.lebih santai, mood pencahayaan turut dititik beratkan. Pilihan lampu yang tidak terlalu putih dan tidak pula oren mejadi padanan. Mood lampu begini dapat memberi pencahayaan optimum namun tidak terlalu keras dek pandangan mata. Ruang rak pameran turut di beri pencahyaan menyerlahkan lagi koleksi lego si suami dan anak-anak
Walaupun padanan rona biru, pastle pink dan gold jarang kelihatan. Namun dengan kebijaksanaan pereka ia berjaya menjadi sebuah padanan yang padu. Ruang yang luas dahulunya si pemilik pening untuk dihias kini menjadi sebuah dekorasi mewah tanpa modal yang banyak