Isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi dek cukai perkhidmatan yang dikenakan baru-baru ini antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial. Malah, ditambah dengan cuaca panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.
Salah satu altenatif penjimatan bil elektrik ini ialah dengan pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sharing pengalaman guna solar panel
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Ads
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Syor kalau rumah bil elektrik RM250 ke atas
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
Ads
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
Ads
INFO : Penggunaan tenaga solar sangatlah digalakkan kerana ia lebih mesra alam, bersih serta merupakan sumber tenaga alternatif yang tidak mencemarkan alam sekitar. Pemasangan panel solar adalah cara terbaik untuk rakyat menjana tenaga elektrik sendiri sekali gus menjimatkan wang.
Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.
Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada.
Jenis Vented
Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganyajauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?
Sumber: Facebook Impiana Home
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tangga rumah ‘biasa-biasa’ bila pasang dinding ‘shiplap’ auto nampak mewah. Bahagian dinding terutama di ruang tamu pastinya kelihatan hambar dan membosankan jika dibiarkan kosong. Dinding yang menjadi titik tumpuan itu perlu diberi perhatian kerana ia boleh mengubah suasana sesuatu ruang.
Selain kertas dinding pelbagai warna dan corak, trend dekorasi terkini adalah memasang ‘shiplap.’ Ia adalah salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang bagi menampakkan kelainan dengan gabungan cita rasa rustik dan vintaj.
Walaupun kelihatan unik dan mewah tetapi kos sertacara memasangnya tidaklah serumit mana. Lapisan papan perlu disusun bertingkat dengan sedikit jarak di antara setiap satunya.
Kepingan papan boleh disusun dalam keadaan melintang atau pun menegak. Ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi. Selain di dalam kediaman, hiasan shiplapjuga menarik dipasang di luar kediaman.
Hiasan dinding shiplap boleh dipasang sendiri dengan kos yang berpatutan. Mari kita tengok hasil air tangan Saiful Rizal Glassy House yang memasang sendiri shiplap di kediamannya.
Projek shiplap di bahagian sisi tangga. Bahagian paling mencabar nak dapatkan shape gerigi tangga tu mmg kena sabar sabar sabar dan teliti…
Sebanyak 38 keping shiplap dengan tebal 6 mm saiz 150 mm X 4 kaki telah digunakan.
Dapur basah di luar rumah, teringat kenangan dulu-dulu masa di kampung. Memasak ‘di belakang rumah’ memang stail memasak waktu di kampung. Ketika itu dapur kayu digunakan untuk aktiviti memasak.
Pada zaman moden sekarang ini, konsep dapur di luar yang kebiasaannya adalah dapur basah masih lagi dipraktikkan. Selain dapur di dalam rumah, ramai yang suka menggunakan dapur luar untuk aktiviti memasak.
Dapur luar atau dapur basah merupakan antara ruang yang paling selamat untuk menyembunyikan segala perkakas-perkakas di dapur. Pendek kata, ruang ini biasanya tidak dikunjungi oleh tetamu kerana dianggap ruang peribadi tuan rumah.
Berikut perkongsian seorang pengguna Facebook, Zaza Zalina
“Inilah dapur luar tempat saya memasak. Nostalgia dulu-dulu saya membesar di rumah kampung, saya abadikan gaya klasik ini di rumah saya sekarang. Ada beberapa barang dapur lama yang menjadi hiasan di situ sebagai kenang-kenangan.
“Gambar pertama hingga ke empat adalah ruang dapur luar sebelum diubahsuai.”
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.