Gaya Hidup

Bil Elektrik Melambung, 3 Tip Jimat Elektrik Anda Wajib Cuba

Share

Bil Elektrik Melambung, 3 Tip Jimat Elektrik Anda Wajib CubaPenggunaan elektrik yang berhemah bukan sahaja membantu mengurangkan bil utiliti, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada usaha kita dalam menjaga alam sekitar.  Lebih banyak peralatan elektrik dalam rumah dan jumlah penggunanya, maka bil elektrik boleh melambung kepada ratusan, malahan ribuan ringgit. Tambahan pula, kebelakangan ini cuaca di Malaysia memang tidak menentu. Jadi, kita menggunakan elektrik lebih daripada kebiasaannya. 

Dari bilik tidur hingga ke dapur dan ruang tamu, setiap sudut rumah anda mempunyai potensi untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Jadi, kami ingin kongsikan 3 tip untuk mengurangkan bil elektrik di rumah, di samping dapat menjadi pengguna yang lebih berhemah.

1) Kawal Penggunaan Alatan Pemanas

Peralatan yang menggunakan pemanas merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan kadar bil elektrik rumah anda. Antaranya ialah seterika, pemanas air, pembakar roti, cerek dan dapur elektrik, oven, serta ketuhar gelombang mikro.

Sebagai contoh, seterika menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak sehingga ia mencapai tahap kepanasan yang telah ditetapkan.

Jadi, untuk mengelakkan pembaziran berlaku, anda disarankan untuk menyeterika ke semua pakaian anda sekaligus. Elakkan menyeterika baju setiap hari.

2) Kawal Penggunaan Penyaman Udara 

Penyaman udara juga merupakan antara peralatan yang meningkatkan bil elektrik anda. Jadi, untuk penggunaan yang optimum, gunakan penyaman udara yang mempunyai kapasiti yang bersesuaian dengan ukuran ruang bilik anda. Tetapkan suhu penyaman udara sesuai dengan penggunaan, dan pastikan suis dimatikan jika tidak digunakan/ tinggalkan rumah.

Elakkan dari menetapkan suhu yang terlalu rendah dari yang diperlukan kerana ia akan menyebabkan penyaman udara anda menggunakan tenaga yang berlebihan. Bagi sesetengah orang, pasti mereka akan menetapkan suhu aircond mencecah 16 celcius ketika musim panas. Namun, tabiat tersebut akan menyebabkan bil elektrik anda melambung. 

Membuka pintu dan tingkap terlalu kerap perlu dielakkan kerana udara sejuk akan keluar dari bilik.

3) Matikan Peralatan Elektronik yang Tidak Digunakan

Cara yang paling mudah untuk menjimatkan elektrik di rumah anda adalah dengan mematikan peralatan elektronik yang tidak digunakan. Contoh yang mudah, mematikan kipas dan lampu apabila keluar dari bilik sebelum anda keluar dari rumah.

Pastikan anda mematikan suis peralatan elektronik sepenuhnya ketika tidak digunakan, bukan hanya meninggalkannya dalam mode standby. Jadi, lebih baik jika anda cabut atau matikan palam elektrik apabila ia tidak digunakan.

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca: Nak Jimat Bil Elektrik Penggunaan Aircond, Boleh “Setting” Dekat Alat Kawalan Jauh Je

Baca Lagi Di Sini: Macam Ni cara Kira Size Horsepower Air-Cond Yang Sesuai Dengan Ruang

Artikel Menarik: Punca Bil Elektrik Masih Tinggi, Ramai Yang Tak Tahu!

IMPIANA: Jadi jika tidak ingin bil elektrik melambung, pastikan ikut tip-tip yang dikongsikan ini.

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Hani Azmy