Seronok bukan bila loan lepas untuk beli rumah, tetapi sangkut bila beli rumah tak boleh tukar nama pula, ini langkah perlu anda buat.
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu. Beli rumah tak boleh tukar nama, ini langkah perlu anda buat.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
Ads
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah :
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
Ads
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Ads
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000 menerusi laporan Sinar Harian.
jual rumah teres
Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.
Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kadar kemampuan pengguna yang berminat.
Perkongsian tersebut sudah semestinya menjadi berita gembira buat bakal pemilik rumah pertama yang bertuah memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar di kemudian hari.
IMPIANA : Menariknya boleh beli rumah bayar kemudian ni…hehe
Masa raya ni ibu bapa pokot makin nipis. Tapi, rezeki anak-anak, sampai tak muat beg di buatnya. Masa raya ni lah, anak-anak paling murah rezeki. Bukan je teriam duit raya dari ahli keluarga, sahabat handai dan bos mak ayah pun ada je bagi kan? Jadi, jangan terkejut kalau duit raya anak-anak anda boleh mencecah ribuan ringgit.
Ibu bapa, sebagai pemegang amanah, anda tiada hak untuk menggunakan duit raya anak-anak tu ye. Kecuali dengan izin anak dan dalam keadaan terdesak. Tapi, nanti kene ganti balik tau. Duit raya tu lah masa depan anak anda sebenarnya.
Selain buka akaun simpanan di bank, ada beberapa cara bijak lain yang di kongsikan oleh iproperty.com.my untuk simpan duit raya anak-anak anda. Antaranya:
Simpanan tetap (fixed deposit)
Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan di dalam akaun simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai akaun fixed deposit. Akaun ini sedikit berbeza daripada akaun simpanan bank yang biasa.
Bagi akaun ini, anda perlu meletakkan sejumlah amaun minimum deposit tetap yang akan disimpan di dalam bank buat satu tempoh masa (tempoh matang) untuk mendapatkan faedah seperti yang dijanjikan.
Cara ini sesuai digunakan bagi pelaburan jangka panjang kerana ia memerlukan suatu tempoh masa untuk memperoleh hasilnya.
Kelebihan simpan wang dalam simpanan tetap
Kadar faedah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan.
Membantu anak anda membentuk disiplin kewangan, bagi menunggu tempoh matang untuk mendapatkan ganjaran daripada segi faedah.
Kekurangan simpan wang dalam simpanan tetap
Tidak boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ada pihak bank yang menawarkan pengeluaran lebih awal, namun berkemungkinan akan dikenalkan penalti atau faedah yang ditawarkan tidak akan diperoleh dengan kadar yang penuh.
Terdapat sejumlah had minimum yang ditetapkan oleh pihak bank bagi membuka akaun ini. Anda perlu mempunyai wang yang secukupnya sebelum memilih untuk membuka akaun jenis ini.
robert-collins-lP_FbBkMn1c-unsplash
Tabung Haji (TH)
Bagi mereka yang beragama Islam, pilihan ini merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dibuat. Apabila duit raya atau simpanan anak di dalam Tabung Haji sudah mencukupi amaun sebanyak RM1,300, anda boleh teruskan untuk mendaftar giliran haji untuk mereka sejak dari kecil lagi!
Kelebihan simpan wang dalam Tabung Haji
Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
Tiada had Simpanan di TH
Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bagi anda yang ingin fokus simpanan untuk pendidikan anak di masa hadapan, cara ini boleh dilakukan sebagai salah satu alternatif yang baik.
Kelebihan simpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Perlindungan Takaful dengan premium dibayar oleh PTPTN.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Layak memohon pinjaman pendidikan.
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
Anda akan menerima dividen di atas simpanan
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Dana ini ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan untuk memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan pelabur.
Apa yang menarik, anda boleh membuka akaun remaja bagi AHB ini sewaktu anak anda berusia 3 bulan lagi hingga 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Maksud yang mudah di sini, anda berpeluang menggunakan duit raya anak untuk membuat dalam pelaburan hartanah sejak mereka kecil lagi bagi jangka masa panjang dengan modal minimum serendah RM100.
Kelebihan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Mendapat akses untuk melabur dalam hartanah komersial utama.
Pelaburan AHB adalah pelaburan patuh Shariah.
Mampu milik & Mudah didapati.
Harga dana yang tetap-RM 1.00 seunit.
Kekurangan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Bilangan unit yang terhad.
Pulangan tidak dilaburkan semula.
Ejen yang terhad.
Terbuka kepada golongan bumiputera sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi yang tidak berkemampuan, tidak salah untuk menyewa semantara menunggu peluang untuk memiliki kediaman sendiri. Namun, jangan teralu selasa untuk terus menyewa. Ini sebabnya:
1. KADAR SEWAAN SEMAKIN MENINGKAT
Nilai hartanah semakin meningkat. Tambahan dengan penyediaan kemudahan disesuatu kawasan perumahan, ia mendorong kepada peningkatan nilai haratanah tersebut. Oleh itu, sebagai pemilik ini lah peluang untuk mereka menaikan harga sewaan terutamanya apabila wujudnya permintaan yang tinggi. Jika anda menyewa terutamanya dalam tempoh lebih 5 tahun, tidak mustahil pemilik bakal menaikkan sewaan sekali ganda. Ada juga, pemilik yang akan menaikkan harga sewaan setiap kali kontrat diperbaharui. Jika anda tidak akur, maka pencarian rumah sewa lain perlu dilakukan.
Sanggup kah anda terus hidup nomad berpindah randah setiap kali pemilik mengambil keputusan untuk menaikkan harga sewaan? Tambahan, masih adakah lagi harga sewaan yang sama pada ketika itu? sudah pasti ramai pemilik turut menaikkan harga sewaan. Jika ada pun, mesti kondisi tidak sama dengan rumah yang disewa sebelumnya.
2. BUKAN HAK MILIK
Selain kenaikkan nilai hartanah, sudah pasti anda mengimpikan kediaman yang boleh direka atau diubah suai mengikut cita rasa sendiri. Namun, kebiasaanya pemilik mempunyai terma dan syarat dalam menyewa dan anda perlu akur. Yang paling pasti, untuk menebuk lubang pun tidak dibenarkan.
Ada juga yang beranggapan “rumah sewa, nak buat apa pun rugi”. Betul tak? hal ini membataskan anda untuk mencipta “rumahku syurgaku”. Jika anda mempunyai kediaman sendiri, apa sahaja yang anda ingin lakukan itu menjadi hak.
3. ASET JANGKA PANJANG
Membeli rumah sudah pasti akan menyebabkan anda menangung hutang dalam jangka yang lama. Tapi harus diingat, hartanah merupakan aset yang berkembang. Saban tahun nilainya meningkat. Kenapa perlu rasa rugi untuk berhutang di sebuah hartanah?
Jika di masa hadapan, anda ingin pindah ke lokasi lain dan tidak berniat untuk menyewakan kediaman tersebut, jualkan sahaja dan hasilnya boleh digunakan untuk membeli aset baru di lokasi yang bersesuaian dengan keperluan anda
4. TAWARAN MENARIK KERAJAAN DAN PEMAJU
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui sokongan pemaju. Seperti contoh skim rumah pertama, skim bayaran mudah pinjaman dan sebagainya. Usaha ini dilakukan untuk memberi peluang kepada anda yang belum memiliki hartanah sendiri untuk memperolehnya tanpa rasa terbeban. Apa kata rebut peluang ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.