Bila baju yang dibasuh tak berapa nak bersih, pulak tu ada kesan sabun masih melekat pada pakaian mesti ibu-ibu tak puas hati. Ia bukan sekadar nampak tak bersih, malah akan menggandakan kerja si ibu. Terkesan dengan keadaan tersebut, seorang wanita Ana Mariana Mariana mengambil langkah proaktif dengan mencuci dan servis sendiri mesin basuh miliknya selepas melihat perkongsian dari sahabat lain di media sosial. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh Puan Ana untuk mencuci keseluruhan mesin basuhnya.
1. Buka skru di empat penjuru pada bahagian penutup atas badan mesin basuh
2. Buka klip tepi drum
3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.
Ads
4. Buka skru di dalam tempat yang kita buka tudung tadi
5. Cabut plastik lantai dalam drum tadi
6. Buka skru di bahagian bawah drum pula, tapi harus hati-hati takut terpatah sebab skru di dalam tempat ni biasa dah berkarat dan ketat. Nak mudah gunakan pelincir atau semburan anti karat
Ads
7. Kondisi drum apabila dikeluarkan penuh kotoran
8. Sental keseluruhan body drum dengan berus lembut
Ads
9. Dah bersih, boleh lah pasang semula
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam masa tujuh bulan siap dekor satu rumah, renovasi dan hiasan dalaman yang telah dirancang oleh Wan Halimatun Syeimaa Mohamed,37 tahun bekerja sebagai seorang Eksekutif di Prudential sebelum dapat kunci rumah. Sering kali kita mendengar, kalau rajin menghias pasti malas masak.
Tetapi lain pula dengan kisah pemilik rumah ini pada waktu lapang beliau juga mengambil tempahan kek gula hangus. Laris menjual di media sosial @putehgamdum walaupun tidak menang tangan dengan tempahan, kediaman ini tetap bersih dan berseri serta rapi.
Melihat rumah yang serba serbi putih ini langsung tidak menyangka akan beliau rajin memasak dan juga memiliki tiga ekor kucing di dalam rumah ini. Bagi Syeimaa, disiplin dalam menjaga ruang dalam kediaman adalah penting. Warna putih memang pilihannya. “Saya memang ada masalah tak boleh duduk diam, saya mesti kemas rumah walaupun rumah dah bersih,” kongsinya sambil ketawa.
Rumah berkonsepkan minimalis dan muji ini menjadi pilihan Syeimaa. Inginkan suasana yang lebih terang agar nampak lebih luas untuk kediaman yang bersaiz 880 kaki persegi ini. Pemilihan kayu oak dalam ruang kediaman ini memberi nikmat yang sempurna untuk beliau. Warna kayu yang lembut ini mampu memberi rasa yang lebih tenang.
Melihat kediaman yang terlalu rapi dalam sentuhan ini, tertanya di mana terletaknya barang-barang seperti kotak, beg dan sebagainya di dalam rumah ini. Penggunaan barang yang minimal dan tempat penstoran yang cukup membuatkan ruang dalam rumah ini tidak bersepah dan berserabut.
Memiliki tiga buah bilik tidur, di mana salah satu bilik ini dijadikan bilik kucing. Ini yang membuatkan siapa pun tidak tahu yang beliau ada memiliki kucing tiga ekor di dalam rumahnnya. Tiada langsung bau kucing di dalam kediaman ini.
Syiemaa juga berkongsi beberapa tip untuk yang baru memiliki rumah. “Pertama mesti tahu apa yang anda inginkan. Buat persiapan sebelum masuk rumah. Pastikan bajet mengikut kemampuan. Jika tidak buat sedikit demi sedikit. Kedua, kalau nak barang murah dan berbaloi kena rajin berjalan dan buat survey banyak tempat, kemudian baru buat keputusan untuk membeli. Katanya, “saya sanggup turun sampai ke Muar untuk dapatkan set perabot yang saya idamkan serta kualiti yang terbaik.
Melihat ruang dapur yang bersaiz kompak yang terbahagi kepada dua ruang dapur iaitu ruang dapur kering dan basah ini memang sempurna. Walaupun kompak tetapi ia selesa dan teratur dari serba serbi perkakas yang ada.
Melangkah ke dalam ruang kamar utamanya yang mengenakan dekorasi ringkas ini memang selesa. Tertanya-tanya di mana Syiemaa menyimpan pakaian dan juga beg bagasinya. Tertawa besar apabila, saya seakan pelik mencari di mana tempatnya. “Almari baju saya letakkan di dalam kamar ke dua yang terletak di hadapan bilik saya. ‘Luggage pulasaya simpan di bawah katil saya. Katil yang saya beli ini mempunyai ruang penyimpanan di bawahnya.” Inilah rahsia rumah saya kemas tanpa barang bersepah.
Pendek kata, sesiapa memiliki rumah kompak juga boleh menghias dan tidak benar kalau mengenakan warna putih akan membeban kita untuk menjaga ruang dalam rumah, Syiemaa telah membuktikan kediamannya tetap sempurna dan bukan sahaja indah di dalam instagram @atree.littlenest zahirnya memang beliau seorang yang pembersih dan kemas.
Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan. Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Macam-macam cara dan teknik nak masak daging sampai empuk. Sampai kadang kala berjam-jam ambil masa untuk masak daging. Kalau peminat daging goreng bercinta la nak makan kalau tak beli daging batang pinang.
Tak kan lah asyik nak beli daging batang pinang je kan. Jom IMPIANA kongsikan tip mudah nak masak lauk daging kegemaran anda agar daging cepat empuk dan masak dengan sempurna.
Tambahan pula sekarang ni kan musim perayaan, ramai yang nak hendak menghidangkan juadah rendang. Nak masak rendang bukannya mudah, kalau tak ambil masa dua, tiga jam bukan namanya masak rendang la.
Ada pula yang kata nanti pakai ‘pressure cooker’ kan senang. Ye! benar tapi tak semua mampu milikinya. Tak apa siapa yang ada untung lah. Tapi yang masih belum memiliki periuk ini, IMPIANA kongsikan cara mudah yang ‘confirm’ daging lembut.
Tip masak daging lembut tanpa ‘pressure cooker’. sewaktu memasak daging letak sudu besi di dalam kuali tersebut. Tak perlu lah sudu besar, sudu kecil pun dah memadai. Seolah-olah anda masak sudu sekali. Kalau tak percaya boleh cuba cara ni. Nanti kongsikan pengalaman anda masak daging dengan IMPIANA ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!