Bila baju yang dibasuh tak berapa nak bersih, pulak tu ada kesan sabun masih melekat pada pakaian mesti ibu-ibu tak puas hati. Ia bukan sekadar nampak tak bersih, malah akan menggandakan kerja si ibu. Terkesan dengan keadaan tersebut, seorang wanita Ana Mariana
Mariana mengambil langkah proaktif dengan mencuci dan servis sendiri mesin basuh miliknya selepas melihat perkongsian dari sahabat lain di media sosial. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh Puan Ana untuk mencuci keseluruhan mesin basuhnya.1. Buka skru di empat penjuru pada bahagian penutup atas badan mesin basuh
2. Buka klip tepi drum
3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.
4. Buka skru di dalam tempat yang kita buka tudung tadi
5. Cabut plastik lantai dalam drum tadi
6. Buka skru di bahagian bawah drum pula, tapi harus hati-hati takut terpatah sebab skru di dalam tempat ni biasa dah berkarat dan ketat. Nak mudah gunakan pelincir atau semburan anti karat
7. Kondisi drum apabila dikeluarkan penuh kotoran
8. Sental keseluruhan body drum dengan berus lembut
9. Dah bersih, boleh lah pasang semula