Revolusi rekaan perabot dari dulu dan kini telah banyak menampakkan perkembangan sihat. Bagi yang mahu menyerlahkan gaya mewah dahulunya pasti dengan lagak perabot dempak disempurnakan dengan kemasan lembut berkilauan atau bercorak lebat umpama sang primadona berjalan di permaidani merah. Segalanya mesti berkerawang, berkilauan, dempak dan berlebihan barulah orang tahu kita orang berada.
Nilai itu kini semakin bertukar. Apakah benar nilai elegan itu hanya menunjuk-nunjuk segalanya? Atau mewah itu lebih privasi dan lagak yang lebih pintar? Dunia fesyen telah lama mengorak langkah memberi definasi elegan itu pada pelbagai bentuk dan rupa. Kini perabot lebih kepada sesuatu yang lebih kecil strukturnya tetapi jauh lebih kukuh seperti dramannya tubuh super model. Kurus, pipih kecil tetapi mampu menggayakan sesuatu yang besar malah jauh lebih elegan dan tampil eksklusif.Penerimaan masyarakat? Generasi kini semakin senang menerimanya.
Ads
Ia bukan sekadar memaparkan satu seni tetapi teknologi, daya fikir dan daya tahan produk masa kini. Bagaimana memaparkan percantuman material besi dan kayu dalam gaya minimal. Kita boleh lihat dari struktur sofa moden, meja kopi utama, meja sisi, candalier, perabot luar rumah, kabinet pamer segalanya mengalami perubahan dengan begitu dramatik dan adakalanya rekaan tampil begitu serius persis super model yang bersedia untuk beraksi di hadapan lensa.
Ads
Kediaman moden kontemporari atau urban banyak menggunakan idealogi seumpama ini . Pun begitu kini banyak lagi konsep sudah mula menerima idealogi rekaan sleek di dalam tata reka konsep mereka termasuk Scandinavian yang meminimakan material mahu pun gaya.Pun begitu, jangan dicampur aduk si kaki besi kurus ini dengan perabot kaki kayu yang lebih santai seperti tema kedesaan. Cuma jika ia di dalam idealogi reka bentuk yang sama, kurus pipih tetapi menggunakan material kayu, maka ia boleh disuai padan. Tetapi bukan untuk semua konsep. Jelas perabot ini berbeza liga dan tidak mempunyai arah tuju yang berlainan.
Ads
Umpama sebuah perarakan fesyen, dengan batang tubuh kurus, kasut tumit tinggi halus, tata rias minimal, rambut tersisir rapi kemas, perabot dan seni hias juga diberi suntikan sebegitu. Visualnya nampak agak kejung. Namun jangan lupa selalunya tata hias seumpama ini juga tidak pernah lupa menempatkan gaya santai dengan bantal-bantal kecil atau pokok hidup di dalam karyanya…sleek and sexy! Simple-simple je di IMPIANA…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
+INFO KEDIAMAN
Nama Pereka: AL Decodesign
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan : 1000 kaki persegi
Konsep: Moden Kontemporari
Makeover Kediaman Apartment Menakjubkan!
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka dari AL Decodesign . Mereka mengubah keseluruhan kediaman ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa untuk client mereka.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
+Dapur
+Bilik Air
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini? Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya)
Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Sumber: Muhammad Arif Arif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apakah sebenarnya yang cuba dinyatakan di sini? Bagaimana pereka boleh membabitkan unta dalam misi rekaan produk mereka? Bagi yang agak asing dengan terma ni pasti tertanya-tanya. Sebetulnya ia merupakan salah satu rekaan sofa yang popular di pasaran. Camel Back sofa. Ia bukan sahaja cantik malah cukup elegan dengan lengkungan dan bonjolan umpama titik puncak pada set perabot ruang tamu kita.
Camel Back sofa didatangkan dalam pelbagai bentuk. Dari English Country ke kolonial Amerika, ke moden klasik dan klasik tulen. Ia bukan sahaja cantik malah menjadikan ruang tamu kita nampak lembut dan tidak kekal kejung sebagaimana banyak sofa lain yang dempak. Cuma selalunya ia sesuai dengan konsep kedesaan atau kolonial yang mana inspirasi dunia di timur tengah semasa itu sedang popular.
Cantik dibiarkan polos dan hanya bentuknya sahaja menarik pandangan mata kita. Pun begitu, ramai juga pemilik kediaman gemarkan sofa ini berbunga kecil bagi menambah nilai femininnya. Biar pun anda menggemari bentuk seumpama ini, cukup hanya sebuah di dalam sebuah ruang. Mungkin anda boleh mengulangi bentuk seumpama ini di kepala katil kamar beradu anda sebagai satu identiti tata hias kediaman anda. Simpla-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.