Bila Tikar Evamatic Dikemaskan Dengan Wallpaper

Share

Macam-macam cara dan kaedah digunakan untuk menghias kediaman. Yang paling seronok adalah barang yang digunakan untuk deko rumah di buat sendiri atau DIY. Bukan sekadar cantik, malah jimat.

Barang lama, kalau kena pada makeover yang dilakukan mesti nampak lebih cantik dan menarik. Seperti yang dilakukan oleh puan Khadijah Armawai

‎ , tikar evamatic yang di beri kemasan wallpaper nampak lebih menarik dan cantik. Di samping itu juga, ia sebagai pilihan kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. KENAPA? kalau anak-anak anda tertumpah makanan atau air, ia lebih mudah dibersihkan berbanding karpet yang gebu.

Jom kita tengok macam mana puan Khadijah makeover tikar evamatic ni.

Bahan-bahan: 

2 helai tikar evamatic
1 gulung wallpaper kalis air (5 meter panjang)
1 gulung duct tape 2.5 inci

Cara-cara: 

1. Cantumkan 2 helai tikar tadi di bahagian tengah dengan menggunakan duct tape 

2. Tampal wallpaper pada permukaan tikar. Pastikan tampalan kemas dan tak ada gelembung angin. Kalau wujud gelembung angin pada permukaan wallpaper 

selepas ditampal, Gunakan jarum peniti dan cucuk sedikit untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.

2. Kemaskan sekeliling tikar dengan menggunakan duct tape 

Published by
Impiana