Pasti anda teringin hendak memiliki bilik air yang bersih seperti hotel. Namun kamar mandi anda sentiasa basah dan lembab, kadangkala ia menghadirkan bau yang kurang menyenangkan. Malu dengan tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas, pasti mereka menilai tahap penjagaan kebersihan kediaman anda.
Tahukah anda antara rahsia utama untuk bilik air kekal bersih dan tidak berbau adalah anda perlu pastikan bilik air anda sentiasa kering. Hal ini kerana bilik air yang sentiasa basah atau lembap akan mempercepatkan proses ia menjadi kotor akibat daripada aktiviti pembiakan pelbagai organisma mikro yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Antara bahan yang dapat membantu kamar mandi anda sentiasa kering dan bersih adalah seperti berikut;-
Ads
1. Bidai atau Langsir
Bidai atau langsir mandian juga perlu dipasang bagi mengelak air ke serata tempat. Pilihlah bidai yang diperbuat daripada material kalis air dan mudah dipasang serta ditukar.
Ads
2. Arang
Letakkan arang di bilik mandi anda. Anda boleh meletakkan ia di sudut sinki dan hias ia bersama beberapa aksesori lain. Arang mampu menyerap bau busuk yang kurang enak di bilik mandi anda.Ia akan kekalkan bau neutral pada kamar mandi.
Ads
3. Alas kaki
Letakkan alas kaki pada muka pintu bilik air. Ia supaya bilik air anda kekal kering dan bersih apabila anda keluar masuk ke dalam bilik air.
4. Lubang Udara
Apa yang penting adalah pastikan bilik air anda mempunyai lubang udara.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bayangkan percutian anda kali ini hanya di dalam negara yang sudah pastinya anda telah banyak berjimat dalam percutian mewah kali ini. Terletak dalam jarak yang berdekatan dari Singapura dan Kuala Lumpur, keunikan pantai Anantara Desaru Coast Residences yang mewah dan percutian mesra keluarga menonjol di antara villa-villa kediaman di Malaysia.
20 villa yang dilengkapi kolam renang, beberapa unit bilik yang menghadap Laut China Selatan. Pemilik dan penghuni menikmati akses ke Pantai Desaru dan kemudahan lima bintang di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu dengan akses mudah dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, Anantara Desaru Coast Residences menawarkan gaya hidup pantai yang unik dengan koleksi 20 villa kolam renang peribadi dan empat bilik tidur mewah untuk dijual. Kediaman yang dikendalikan oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini dilengkapi dengan kemudahan resort lima bintang, akses ke pantai peribadi dan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan untuk semua.
Terletak di 17 kilometer di tepi pantai, Desaru Coast adalah destinasi akan datang yang terdiri daripada hotel dan resort terkenal di peringkat antarabangsa, dua padang golf oleh The Els Club Desaru Coast, Adventure Waterpark – salah satu yang terbesar di dunia, serta tempat membeli-belah dan tempat makan.
Pemaju memenangi anugerah kediaman berjenama mewah di Semenanjung Tanah Melayu Minor International dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembangunan villa kediaman berjenama Anantara pertama di Malaysia – Anantara Desaru Coast Residences.
“Kami gembira dapat memperkenalkan kemewahan asli Anantara ke semenanjung Malaysia,” kata Micah Tamthai, Naib Presiden Real Estate, Minor International. “Terletak di salah satu daerah yang paling didambakan di negara ini, dan dengan hanya 20 kediaman yang ada, pembangunan ini merupakan penanda aras prestij dan eksklusif.”
“Anantara Desaru Coast Residences menawarkan perpaduan unik dari kemewahan, gaya hidup di tepi pantai dan kemudahan keluarga. Dengan lokasi yang ideal di tengah-tengah Pantai Desaru, kediaman baru adalah tempat percutian tepi pantai yang sempurna untuk keluarga dari Malaysia dan sebagainya, ”tambah Micah.
Dibangunkan oleh Minor International – salah satu syarikat perhotelan, restoran dan gaya hidup terbesar di Asia Pasifik, dan Resort & Hotel Bertema (TAR & H) – anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Anantara Desaru Coast Residences mempunyai 20 kolam renang peribadi, tiga dan empat bilik tidur villa masing-masing dengan pemandangan Laut China Selatan dan akses terus ke pantai. Villa yang berukuran dari 3,100 hingga 6,426 kaki persegi dan menawarkan ruang tamu dalaman dan luaran dengan cahaya semula jadi dan angin laut melalui tingkap-tingkap besar, ruang makan dan ruang santai terbuka serta kolam renang yang luas. Dikelilingi oleh pepohon yang rimbun untuk menambah nikmat privacy, kamar tidur suite yang luas menawarkan pemandangan kolam renang tanpa batas, pantai dan laut cukup mengujakan.
Kediaman diuruskan dan diservis sepanjang tahun oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Pemilik dan penghuni menikmati akses eksklusif, kemudahan lima bintang di resort ini. Ini termasuk pantai peribadi, kolam renang laguna dan kolam infiniti menghadap laut, Anantara Spa, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan remaja serta pelbagai pilihan tempat makan Malaysia, Thailand dan antarabangsa terdapat di sini.
Potensi pembangunan Desaru Coast yang luas sebagai destinasi mewah, ditambah dengan pengalaman Minor International selama beberapa dekad dalam pengurusan kediaman berjenama, menjadikan Anantara Desaru Coast Residences sebagai peluang pelaburan yang sangat baik. Kediaman ini boleh dibeli dengan harga bermula MYR 7.5 juta.
Untuk maklumat mengenai Anantara Desaru Coast Residences, sila layari: www.anantaradesaru-residences.com. Pertemuan peribadi boleh diatur dengan menghubungi +60 19 241 2296 atau
propertiysales@minor.com.
Sebuah pembangunan yang sedang meningkat nama di selatan, pastinya memberi impak yang cukup memukau bagi yang inginkan sebuah percutian mewah dalam gaya tersendiri. Lihat sahaja tawaran villa yang ada di sini, anda hanya perlu tanya selera apa yang anda inginkan sewaktu percutian kali ini. Jadikan percutian dalam negara ini satu kenangan terindah untuk anda sekeluarga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berkebun ni, tak ada istilah tangan sejuk, tangan panas. Tak ada masalah bagi yang kurang masa atau banyak masa. Tak semestinya, perlu kawasan yang luas baru boleh bercucuk tanaman. Seperti perkongsian Ganis Silvia, walaupun ruang yang terhad, ia berjaya menanam pelbagai jenis sayur dengan menggunakan teknik 3T (tanam, tinggal, tuai). Jom kita lihat teknik tanaman sayur yang dikongsikan.
Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja
Potong botol mineral kepada 2 bahagia dan tebuk lubang pada bahgian penutup dan leher botol (macam dalam gambar) menggunakan paku panas atau besi yang telah dipanaskan
Lubang pada penutup sebagai penyerap kelembapan atau air untuk melembapkan medium tanaman, manakala pada leher botol berfungsi sebagai sirkulasi oksigen untuk mengihindari akar dari cepat membusuk disamping menyingkirkan air yang berlebihan
Medium tanaman, guna tanah kpmpos dan baja NPK.
Boleh buka penutup botol kalau akar dah banyak
PEMBAJAAN
Pembajaan boleh dilakukan selepas tanaman mencecah usia 2 minggu. Sukatan 1 sendok makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali. Untuk tanaman yang akarnya telah melepasi botol atau dah mencecah permukaan air, baja boleh dilarutkan di dalam air dengan nisbah 1/4 sudu makan baja bagi setiap botol
MENUAI
Untuk tuai kangkung, hanya perlu potong bahgian atas sahaja, tinggalkan cabang atau daun paling bawah. Dalam tempoh 2 minggu dah boleh tuai baru
Untuk tuai 3T sayur sawi, salat, bak choi, bayam dan sebagainya, hanya perlu peting daun matang dan tinggalkan daun muda. Dalam tempoh seminggu dah boleh tuai lagi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sini, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.