Bilik Tetamu Tetap Nampak Luas & Selesa Walaupun Tersalah Beli Katil Saiz ‘King’

Share

Bilik tetamu tetap nampak luas dan selesa walaupun tersalah beli katil saiz ‘king.’ Ruang yang ada di dalam kediaman usah ‘dibazirkan’ begitu sahaja. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan sekadar dijadikan tempat untuk menyimpan barang.

Bilik tetamu misalnya, adalah satu kerugian jika ruang ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Bukankah lebih baik jika ruang ini dihias dengan sebaiknya. Apa kata kita berikan nafas baru pada ruang bilik tetamu yang selama ini dijadikan tempat untuk menyimpan barang.

Berikut dikongsikan transformasi bilik tetamu yang sebelum ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyingkirkan barang-barang yang tidak diperlukan.

Menurut farahlyanana bilik tetamu tersebut bersaiz kecil sahaja. Berlaku pula sedikit kesilapan apabila tersalah beli tilam jenis ‘king’ jadi bedframe pun terpaksalah beli king juga.

Bagaimanapun dengan kreativiti dan susun atur yang tepat, ruang bilik yang sempit tetap nampak luas dan selesa walaupun dimuatkan dengan katil jenis king. Pemilik kediaman memilih cat warna ungu untuk warna latar di bahagian dinding (cat Nippon code Heather Bunch).

SEBELUM:

 

SELEPAS:

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram farahlyanana

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi