Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur

Share

Wallpaper memainkan peranan yang besar dalam menghiasi segenap ruang kediaman sama ada di ruang tamu, dapur, dan bilik tidur. Wallpaper dari sudut lain bertindak sebagai alternatif kepada hiasan lama iaitu mengecat.

Hari ini, mengecat sudah kurang dipraktikkan walaupun terdapat banyak produk baharu di pasaran tentang penjualan cat kerana munculnya seni hiasan dinding menggunakan wallpaper dan terkini, wainscoating. Entri kali ini IMPIANA ingin berkongsi tentang tips pemilihan wallpaper di dalam bilik tidur.

Jika di ruang tamu anda sudah cukup berhati-hati dalam pemilihannya, di bilik tidur lagi anda perlu serius dalam menetapkan corak yang akan menghiasi bilik tidur kerana keadaan serta moodnya amat berbeza dari tempat berkumpul dan bilik berehat untuk tempoh yang panjang.

Tona Floral

Jika anda memilih konsep bunga, anda suai padankan warna cadar dengan pilihan sarung bantal untuk memastikan tema flora anda tidak contra. Warna bunga juga harus sepadan, gunakan warna ungu lavender untuk disesuaikan dengan cadar berwarna putih atau kelabu.

 

Pukau dengan corak berulang

Wujudkan suasana memukau dengan memasang wallpaper yang bercorak pattern berulang. Corak sebegini berupaya merehatkan mata anda setelah seharian melihat bebanan kerja di pejabat. Sebaiknya cari lah corak berwarna yang menyejukkan pandangan mata seperti biru atau hijau. IMPIANA cadangkan corak alam semulajadi lebih merehatkan minda.

Suai padan corak jalur dan kosong

Jadikan bilik tidur anda lebih elegan dengan padanan warna bercorak jalur. Padankan wallpaper corak jalur ini dengan hiasan lain yang kosong tanpa apa-apa corak agar tidak terlalu ‘clash’ dengan corak di dalam bilik anda. Less is more oleh itu anda perlu bijak menggabungkan corak wallpaper dengan soft furnishing yang lain.

Monokrom di bilik tidur

Padanan kedua-dua warna ini tidak pernah lekang serta lapuk ditelan zaman. Warna hitam dan putih sentiasa menjadi pilihan tona warna tidak kira di mana ruang dalam kediaman. Warna ini amat sesuai untuk digandingkan dengan warna terang seperti bantal berwarna kuning atau jika anda mahu simplicity, sesuaikan ianya dengan warna biru gelap muda.

Tema rustik

Ramai yang takut untuk menggunakan tema rustik kerana merasakan impak dekorasinya kurang menarik. Sebenarnya tema ini ada nilai nya yang tersendiri cuma anda kena bijak memilih corak dan gabungkan ia dengan kemasan lembut yang lain dalam tema konsep yang sama.

Trend Terkini Geometri

Tema wallpaper sebegini amat popular di Malaysia. Banyak kita lihat di mana-mana group deko ramai orang menjadikan garisan geometri sebagai pelengkap hiasan dinding terutamanya di ruang tamu dan fokus hari ini di bilik tidur.

 

 

Published by
Impiana