Baru-baru ini, seluruh dunia telah digemparkan dengan wabak Novel Coronavirus yang menyerang warga Wuhan di China.
Berbekalkan dengan 10 hari, kerajaan China telah berjaya mendirikan sebuah struktur bersaiz 60 ribu meter persegi dilengkapi dengan ruang untuk 1,000 buah katil dan 30 wad rawatan rapi. Menurut media tempatan China, pembinaan hospital baru di wilayah Wuhan ini telah siap dibina lebih seminggu sejak kerja pembinaan dimulakan.
Foto via Getty Image
Foto via Getty Image
Sekumpulan 7,000 tukang kayu, tukang paip, juruelektrik dan pakar dalam bidang lain bekerja sepanjang masa untuk membina hospital Huoshenshan, kata media kerajaan China, pembinaan bermula pada 23 Januari dan berjaya disiapkan pada hari Ahad yang lalu.
Hospital yang akan dikendalikan oleh sekitar 1,400 ahli medik tentera dihantar ke Wuhan, dijangka bermula merawat pesakit pertama pada Isnin.
SIAPAKAH DR. HUANG?
Pada tahun 2003, di wilayah Beijing telah terbinanya sebuah hospital yang menempatkan 1000 katil masa seminggu! Hospital Xiaotangshan dibina bagi merawat pesakit SARS di China. Dan Dr Huang Xiqiu adalah pakar yang bertanggungjawab dan berjaya melaksanakan misi yang dikira agak mustahil pada ketika itu.
Apabila Wuhan memutuskan untuk membina sebuah hospital yang sama hujung bulan lalu bagi merawat pesakit koronavirus, Huang dipanggil untuk mendapatkan reka bentuk asal Hospital Xiaotangshan.
Huang dan pasukannya telah meminda lukisan asal itu dan memberikan nasihat berkenaan pembinaan hospital itu.
Menurut beliau, kunci untuk membina hospital kecemasan dalam tempoh masa yang singkat adalah model yang baik.
Wuhan, sebuah bandar yang didiami kira-kira 11 juta rakyat telah di kuarantin sejak 23 Januari lalu selepas ia menjadi tempat kes pertama wabak coronavirus. Jumlah angka kematian akibat virus tersebut di China meningkat kepada 361, dengan lebih daripada 17,000 dijangkiti.
Sebuah hospital baru yang kedua sedang dalam pembinaan di Wuhan dan dijangka siap pada 5 Februari.