Laman

Bina Kolam Renang Dengan Modal RM 2,000 Sahaja

Share

Memiliki sebuah elemen sebagai elemen dekorasi di laman tidak kira lah kolam ikan mahupun kolam renang, perkara pertama yang akan terlintas diminda adalah kosnya yang tinggi dan penyelenggaran rumit.

Hakikat sebenarnya, kedua-dua perkara tersebut bukan lah isu utama jika bijak mengolah. Seperti yang dilakukan oleh En Hafiz. Dengan kos bawah RM 2,000, sebuah kolam renang buat si cilik yang sedang aktif berjaya disiapkan dalam tempoh 2 bulan. Walaupun bertugas sebagai ahli TUDM, ilmu ditimba melalui kajian yang diperoleh di dalam youtube serta bertanya kepada kawan yang mahir

Saya mula membina kolam ini pada 5 september 2018 dan siap untuk digunakan pada 5 november 2018. Pembinaan buat secara sambilan sahaja selepas selesai tugasan dan pada hujung minggu. Kolam ini dibina sebagai hadiah kepada anak-anak sebab apabila hujung minggu sampai, mereka selalu ajak untuk ke kolam renang berhampiran. Disamping itu juga, memiliki sebuah kolam di dalam unit kediaman adalah impian saya sejak kecil lagi.

Artikel berkaitan;
Resepi Thailand Hasilkan Photosynthesis Bacteria Untuk Suburkan Tanaman dan Jernihkan Air Kolam


Ini Cara Mudah Bina Kolam Hanya Menggunakan Batu Bata Dan Canvas

Lokasi di pilih berhampiran dengan sump longkang yang mengalirkan air dari saliran. Ia memberi peluang kepada pemilik untuk menyalurkan lebihan air terus ke dalam saliran buangan dengan mudah. Ia bukan sekadar mudah, malah menjimatkan kos dan tenaga untuk menggali dan menyediakan saliran keluar air tambahan dari kolam

 

Hanya kemasan epron kolam yang menggunkan metarial jubin berona hitam. Pun begitu, bagi melengkapkan rekaan kolam ini, dinding water curtain yang dibina dari konkrit menjadi padanan . dinding water curtain dibiarkan kosong tanpa kemasan bagi menjimatkan kosnya. Namun, pemilik bijak mengolah diding polos tersebut dengan memberi kesan seakan susunan batu corak American Keystone. Untuk memberi impak yang lebih “real” dinding water curtain di oles cat berwarna gelap seakan batu sebenar.

Kerja-kerja binaan dilakukan secara berdikit-dikit. Almaklum lah, tenaga empat kerat en. hafiz seorang yang diusahakan untuk membina kolam ini. Tambahan, kerja jadi lebih terbatas di musim hujan. asas pembinaan kolam ini menggunakan konkrit yang telah di beri kemasan jenis sika top seal untuk lapisan waterproof yang dicantikkan dengan cat epoxy berona biru.

Selesai pembinaan keseluruhan struktur kolam, bagi memastikan ia beroparsi dengan baik dan air dapat dibekalkan sempurna, pemilik telah menggunkan 2 jenis pam bagi melancarkan operasi. Antara jensi pam yang digunakan adalah Bossman dan sebiji pam akuarium berkapasiti besar.

Walaupun kolam yang dibina tidak lah seindah kolam di hotel mewah, ia tetap menjadi hiburan dan ruang kegemaran buat en. hafiz sekeluarga. tambahan, masa bersama keluarga lebih banyak di rumah. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada pemilik untuk santai dan menenangkan minda dengan selesa sambil memerhatikan anak-anak yang sedang bermandi manda.

Published by
Impiana