Memiliki siling tinggi satu kelebihan buat sesebuah kediaman. Ia boleh dimanfaatkan dengan membina loteng untuk memaksimumkan fungsi ruang di rumah. Ia boleh dijadikan ruang sebagai tempat solat, bilik tambahan, bilik bacaan, ruang santai keluarga dan sebagainya.
Jika ingin membina loteng di rumah, boleh ikut idea binaan loteng yang dikongsikan oleh Mohamad Izwan ini. Memang kemas dan cantik hasil kerjanya.
Loteng 21ft x 11ft Tinggi dari tiles 9ft Tinggi dari lantai loteng 8ft
Material Diperlukan:
2x4x1.6mm frame besi
Lantai kayu Merbau 18mm
Ceiling PVC (RM90 19ft x 1ft)
Anak tangga PVC deck 1″
Wiring lampu atas 3 point (led)
Wiring lampu bawah 4 point (downlight)
Wiring kipas 1 point
Wiring 1 point plug (double) atas loteng
Ads
Ads
Info Ekstra!
Skru terus dekat rangka, tak perlu buat rangka untuk siling lagi.Wiring duduk dalam besi, jadi tak perlu buat rangka siling lagi.
Jarak anak tangga 10″.
Kos bergantung pada ukuran dan finishing. Loteng macam ni RM 13,000.
Almari baju adalah perabot penting yang diperlukan oleh semua orang agar pakaian dapat disimpan dengan teratur dan mudah diuruskan. Kebiasaanya ruang ini jika ditempah oleh tukang pastinya kosnya ribuan ringgit. Kebanyakkannya biasa dilihat di rumah mewah.
Namun, sebaliknya seperti yang dilakukan oleh Izuan Bin Che Ibrahim ini. Dengan kemahiran yang ada, beliau membeli sendiri kelengkapan untuk menghasilkan bilik pakaian khas. Hasil DIY memang berbaloi. Cantik dan kemas!
Ikuti perkongsian beberapa keping gambar hasil kerjanya. Boleh jadi inspirasi!
Ruang kosong dalam bilik
Frame bilik pakaian
Rak kayu
Sebahagian telah di tutup
Lebih berseri dengan gabungan papan shiplap
Pintu bilik
Kayu pine 1×2, playwood nipis 4mm. Tempek mdf board.
Tidak semestinya rak kasut itu perlu di lihat hanya sebagai rak kasut sahaja. Sebaiknya, jangan terhadkan reka bentuk rak kasut anda untuk menjadikan ia sebahagian daripada dekorasi kediaman anda. Tapi mesti ramai yang akan cakap nak beli rak yang cantik untuk dijadikan tempat letak kasut, harganya mahal. Tapi kalau anda pandai mengolah, daripada perabot lama pun sesuai dijadikan rak kasut.
Selain itu juga, anda boleh cuba diy sendiri rak kasut cantik anda. Antara material yang selalu menjadi pilihan untuk dibuat rak kasut adalah dari paip PVC. Dalam video yang disediakan, pereka telah menggunakan paip dari jenis copper. Tapi kalau nak guna batang paip copper, harganya agak tinggi. Jadi, apa kata anda cat atau sembur rak paip PVC anda dengan kesan warna seperti copper.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Unit atau layout rumah sekarang nak-nak untuk jenis kediaman kos sedarhana memang sangat kritikal. Yang paling memeningkan pemilik adalah ruang bilik. Ada yang bilik disediakan hanya muat-muat satu katil bujang sahaja.
Sedangkan kediaman berukuran 700++ kaki persegi pun biliknya sudah tersedia kecil, inikan pula yang bersaiz 650 kaki persegi seperti PPR dan flat. Tambahan, bagi pemaju di ibu kota, penyediaan studio house yang berukuran antara 600++ – 400 kaki persegi bagaikan satu trend. Jadi, pemilik perlu bijak menyusun dan menghias kediaman mereka.
Bilik kecil tak jadi masalah, IMPIANA kongsikan 6 idea bernas untuk ruang pengstoran tambahan bagi bilik bersaiz kecil:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.