Bagi umat Islam, perkataan pertama yang diajar oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah iqra bermaksud bacalah. Perintah Allah yang disampaikan menerusi malaikat kepada Rasulullah supaya membaca mengigatkan kita betapa pentingnya amalan membaca.
Raja Perancis, Napoleon Bonarparte yang menaiki takhta pada 1799 berkata “sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa-apa yang dibacanya akan dapat memerintah dunia”. Amalan membaca perlu dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia dan budaya itu tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau dibandar sahaja tetapi juga dikembangkan di luar bandar.
Jika anda suka membaca, tentunya bertambah himpunan buku dan masalah penyimpanan tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasi masalah lambakan buku di bilik tidur atau terpaksa disimpan di bawah anak tangga, IMPIANA hidangkan beberapa gaya rak buku yang boelh dijadikan pilihan untuk ruang dalam kediaman rumah anda.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyediaan paling asas untuk berkebun adalah dengan membina batas. Kebanykakkan pekebun memilih kaedah menggebur tanah sedia ada dan membentuk batas. Sebenarnya, ada cara paling mudah dan cepat. Bina batas dengan membuat tambakkan tanah di bahagian atas atau rise up garden bed.
Namun, yang menjadi masalah adalah batas yang telah ditinggikan mudah rosak terutaamnya apabila hujan lebat. Aliran air permukaan akan menyebabkan gelongsoran tanah pada batas.
Untuk atasi masalah ini, apa kata kita sediakan struktur khas menghalang gelongsoran tanah pada batas. Berikut antara idea yang boleh dilakukan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.